CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 9 Januari 2014

We Can't Stop - Miley Cyrus (Boyce Avenue feat. Bea Miller cover) on iTu...



Bie suke layan cover version juge,
dari boyce avenue feat bea miller..
melayan asal version dari milley cyrus video agak tak berape suke...
layan cover live macam ni ok ape...

selamat melayan... suke boyce avenue buat cover bruno mars- just the way you are

Terima Kasih

Birthday Boy!


Syukur Alhamdulillah,
bie diberi kesempatan- diberi kesihatan dan persekitaran yang menyayangi
dan menghargai bie...
Terima Kasih semua...tak kire
yang dekat yang jauh dan dimana aje beradanye...
yang mendoakan dan beri ucapan selamat harijadi
kepada bie hari ni..

" pagi-pagi dapat panggilan dari mak abah ..
terima kasih doakan yang baik-baik untuk anaknye kat sini..."
wan sayang mak abah ! muuuuaaaah..

huuu terharu ..mana taknye.. harijadi dah XX..ops!
always sweet 17 bak kate teman-teman heee...
tetibe aje!
terharu pade yang sudi ucapkan dan doakan
untuk kebaikan bie.. semoga Allah swt membalas jasa kalian semua...dan
mohon maaf juge sekiranye bie ader terlewat whish birthday kalian!






Terima Kasih

Baik Dan Buruk Makan Coklat


* Kajian oleh Holland's National Institute of Public Health and Environment mendapati coklat mengandungi 4 kali lebih antioxidants (catechins) berbanding teh hijau, yang mampu mencegah kanser dan sakit jantung. Antioxidants juga mencegah proses penuaan (aging) yang disebabkan oleh free radicals [Fakta: 100mg teh mengandungi 13.9 milligrams catechins; 100mg 'dark chocolate' mengandungi 53.5 milligrams of catechins].


* Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran.

* Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.
* Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung.
* Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) - pernah dengar "makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah"?
* Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood.
* Mengandungi vitamin B1, B2, D dan E, juga mineral seperti potassium dan magnesium.
* Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab UTAMA punca keroakan gigi. Ini kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya (ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria. Tapi ini tidak bermaksud anda tidak perlu gosok gigi (mak suruh) sebelum tidur yea.


Namun, coklat juga ada keburukannya..

* Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
* Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
* Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.
* Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.


Kredit : kebaikan dan keburukan makan coklat

Terima Kasih

Jom bola : Piala Dunia 2014

Assalammualaikum
semua , dalam bie sentiase sharing about food.. hari ni biea sharing info bola pule,
tak ape kan sbab kehangatannye dah mula terase walau lambat lagi nak mule ni....

ape pun pasti dikalangan kite ni dah rancang
nak melayan setiap perlawanan yang ade kat tv tu nanti..
ade yang kerja shift bertukar-tukar ngan member begitu lah sebaliknye..
ade yang ambil cuti pun ader..

Piala Dunia FIFA 2014


Piala Dunia FIFA 2014
Copa do Mundo da FIFA
Brasil 2014

Logo rasmi Piala Dunia FIFA 2014
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Brazil
Tarikh 12 Jun – 13 Julai (32 hari)
Pasukan 32 (dari 5 atau 6 konfederasis)
Tempat 12 (di 12 bandar)
← 20102018 →

Piala Dunia FIFA 2014 merupakan Piala Dunia FIFA yang ke-20 yang akan berlangsung di Brazil. Ini merupakan kali kedua Brazil menyelenggarakan kejohanan Piala Dunia(setelah 1950). Kejohanan ini juga merupakan Piala Dunia FIFA pertama yang diselenggarakan di Amerika Selatan sejak Argentina 1978. Sebelumnya tidak ada negara Amerika Selatan yang menyelenggarakan Piala Dunia FIFA lebih dari sekali.

maskot "Fuleco" adalah seekor armadillo (Tolypeutes tricinctus) atau sejenis tenggiling yang hidup di wilayah benua Amerika. Di Brasil, Armadillo hidup di daerah kering bahagian timur laut dan terancam .

Pemilihan Tuan Rumah

Rencana utama: Bidaan Tuan Rumah Piala Dunia FIFA 2014
Pada 07 Mac 2003, FIFA mengumumkan bahawa kejohanan itu akan diadakan di Amerika Selatan untuk pertama kalinya sejak Argentina menjadi tuan rumah pertandingan itu pada tahun 1978, selaras dengan dasar menggilirkan hak untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia di kalangan konfederasi yang berbeza. Pada 03 Jun 2003, Gabungan Bola Sepak Amerika Selatan CONMEBOL mengumumkan bahawa Argentina, Brazil, dan Colombia mahu untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014. Pada 17 Mac 2004, persatuan-persatuan CONMEBOL telah mengundi sebulat suara untuk menerima pakai Brazil sebagai calon tunggal mereka.

Brazil secara rasmi mengisytiharkan pencalonan pada Disember 2006 dan diikuti Colombia beberapa hari kemudian. Tawaran Argentina tidak pernah menjadi kenyataan. Pada 11 April 2007, Colombia secara rasmi menarik balik tawaran itu, Naib Presiden Colombia Francisco Santos Calderón mengumumkan bahawa bukankah Colombia akan menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20 FIFA 2011. Dengan perkembangan ini, Brazil menjadi satu-satunya calon rasmi untuk menjadi tuan rumah acara tahun 2014. Brazil memenangi hak untuk menjadi tuan rumah acara itu pada 30 Oktober 2007 sebagai satu-satunya negara yang memasuki proses pembidaan.


Kredit :
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign