Bulan ini agak seronok dan mencabar juga..
mana taknye, chef obie diuji lagi..oven kesayangan tetibe tak boleh hidup..
tengah baking pula tu...hahahaha..
waktu kejadian chef obie perlu menyiapkan 3 kek 3D.. dan satu set red velvet cupcake...
dengan batter yang sedia...
untuk dibakar..tetibe oven tidak berfungsi seperti sedia kala..chef obie teringat masa pertama kali oven kesayangan ni
meragam, mintan bantuan teknikal daripda technician - fahmy & Farhan..die orang ingatkan chef jika berlaku kes
tetibe oven tak hidup atau lampu merah bahagian hadapan dan temperature tak bernyala..
chef perlu buka tepi oven ni, dan cek fius oven.., nak dijadikan cerita..tempat fius chef cari tak jumpa la..hampir setengah jam, buka sana keluar mentol bukan fius, buka sini pun keluar wayar-wayar pulak...mmmmm.. jadi
chef terpaksa call teman baik yang dulu chef sekarang dah jadi technician KTM Berhad iaitu chef eletrik japary..kira minta advise jugala.., japary pesan cari sampai jumpa fius, dan dapatkan fius yang sama di kedai hardware dan elektrik...
Akhirnya chef berjaya jumpa fiusnya..hahaha suka sukila rasanya berjaya mengeluarkan fius,mmmm sekarang cabaran mencari fius yang serupa seperti fius untuk oven kesayangan ni... ( bukan fius aje terbakar..plug untuk oven ni pun lose control..chef dengan ala-ala mc gyver cubalah cabut plug untuk ganti yang baru )
Cabaran mencari fius yang berakhir pada pukul 6 petang... bermula pukul 230 petang mula mencari..
fiusnya...kedai pertama adalah jedai hardware & eletrik jalan merdeka, kemudian ke bandar baru ampang 3 keadi juga telah pergi cari tapi tak jumpa lagi.. kemudian
ke ACE Hardware Taman dagang.. kemudian ke Jotun Ampang point..semua kedai hardware ni direkemenkan oleh kedai hardware juga.. tapi nak buat macam mana masih tidak dijumpai heee...
chef obie gigih tu.. tak putus asa..mesti cari sampai dapat.. kali ni tekad.. walau dah petang chef obie
menuju ke pasar pudu...kedai yang kedua di pasar pudu akhirnya chef dapatkan fiusnya Nama kedai "uni eletrik"..Alhamdulillah..syukur jumpa..dan suka ski la sesangat..
Tapi tiba giliran memasangnya pula..heee ( chef obie sipa buat lakaran takut tersalah masuk fius atau wayar plug ).
Dan berjaya... oven kesayangan telah berfungsi seperti sedia kala... peace.. alkisah jadi technician la...
Terima Kasih