CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 6 Jun 2019

Hari Raya Aidilfitri Chef Obie & Keputusan TEKA DUIT RAYA BALANG COKELAT

Assalammualaikum wbt ,

Masih belum terlewat untuk Chef Obie Ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" Kepada Muslimin dan Muslimat di seluruh Dunia..gitew...Maaf Zahir Dan Batin " Semoga segala kekhilafan sesama kite sama ada sengaja mahupun tanpa disedari...Apa pun disini Chef Cuba luahkan...melalui tinta blogger ...



" Air Tidak Selalu Jernih ,
Begitu Juga Ucapanku ,

Kapas Juga Tidak Selalu Putih ,
Begitu Juga Hatiku ,

Langit Tidak Selalu Juga Cerah ,
Begitu Juga Hidupku ,

Jalan Tidak Juga Selalu Lurus ,
Begitu Juga Langkahku ,

Jika Maaf Itu Boleh Terucap Hari Ini ,
Aku Ingin Mohon Maaf Atas Kesalahan Dan Kekhilafan Mahupun 
Perbuatan Yang Sengaja Ataupun Tidak
Sengaja Yang Mungkin Membuat Terasa Hati Dan Sakit Hati Kalian.

Dengan Rendah Hati Aku ..Chef Obie Mengucapkan , Salam Lebaran Minal Aidil Walfaaizin , Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Chef juga nak ucapkan Terima Kasih kepada anda semua yang sentiasa menyokong apa sahaja yang chef obie buat , Program-program chef seperti Kursus-kursus Masakan , Kursus Baking , Kelas-kelas Masakan Untuk Perniagaan yang semakin hari semakin mendapat sambutan selain testimoni-testimoni kejayaan pelajar terserlah dan semakin ramai di Seluruh Malaysia termasuk di Sabah Dan Sarawak. Alhamdulillah Tahniah juga untuk Pelajar-pelajar Chef Obie semuanya.

Semoga setiap kerja yang kita usahakan berhasil dan berkat dari hari ke hari .



Berbalik kepada suasana hari raya..Chef Obie Tahun ini berhari raya di Jitra, Kedah !
Biasanya beraya di Kanchong Darat , Banting & Telok Panglima Garang , Selangor  tapi tahun ini chef bersama daddy #abangjamil teringin bersama-sama berhari raya dengan keluarga kekanda chef yang menetap di Utara dan juga mahir dengan masakan-masakan orang sana.

Kakak chef ni bukan seorang chef Biar chef beri nama " Madam M ", beliau seorang kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah selain seorang pelumba kereta sejati gitew..tak lah , kakak chef die kalau pandu kereta mengalahkan orang lelaki yang memandu tu aje nak cakap !.Tapi minat juga memasak dan turun ke dapur untuk anak-anak dan suaminya.

Gambar 2 orang gadis sunti itu..adalah anak buah chef , InshaAllah bakal Hafizah. Kini sedang menuntut disalah sebuah Sekolah Berasrama  Menengah Agama Kerajaan Kedah .

Raya Pertama...



Syukur pertama kali berpeluang bersolat Sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Ar Rahman , Kg Kepala Batu , Mukim Pelubang , Jalan Wang Tepus , Jitra...haaaa tu dia siap alamat ! 

Dikesempatan bertulis ini , Chef Obie nak ucap Terima Kasih Kepada Taylor Otai Dan Tukang Masak Tersohor Dungun Terengganu iaitu WARDAH KAK DAH @ KAK ASH , Menjahit pelbagai jenis pakaian dan uniform.Baju Mekayu Telok Belanga Chef Obie ini telah dijahit oleh beliau...kalau korang tercari-cari tukang jahit hebat dan dikala emergency...boleh terus hubungi 0108795331 WARDAH . Korang kalau berada jauh dari Dungun juga boleh booking , Chef Obie yang berada di Kuala Lumpur dan Ampang ini dah masuk Tahun Ke 4 , Baju-baju raya semua dijahit rapi oleh beliau...semua laju..siap cepat..Delivery Pos Kan Ada.

Bermaaf maafan tradisi dan amalan mulia yang dipraktik sejak dari kecik..Kalau Arwah Mak ada pasti lebih Indah suasananya..Al Fatihah Untuk Arwah Mak..








Rumah pertama yang dikunjungi..ialah rumah ibu mertua kakak chef , yang berada di Kampung Huma , Padang Hang Kota Setar..Kat Alor Setar..suasana rumah juga berdekatan sawah padi atau bendang orang sini panggil.Chef dijamu dengan Bee Hoon Sup Utara...Daging Lembu yang sedap..lembut...dan kuih muih raya...paling best kuih yang ada..ialah bahulu dulu-dulu yang dibakar menggunakan arang dibawah dan diatas.




Berkonvoi pula dengan saudara mara kakak disini , menuju ke rumah abang kepada abang ipar chef obie..,Beliau Seorang tukang Masak otai @ chef keramaian .
Rare menu hidangannya..kebiasaan orang Utara dgn #nasidagingnya , chef kite semalam menyediakan hidangan #nasidagingkerbau " NASI DAGING KERBAU ", kerbau pun fresh sbb Ada menternak kerbau ,lembu & Kambing ..semua bisa diatur...katanya. Sedap ..sup pun mantap..cukup rasa..selain salad sambal tomato..& Ada bahulu dulu-dulu yg bakar guna kayu arang atas bawah..Nikmat.. Alhamdulillah @ Kubang Pasu




Selain itu , pada hari raya pertama juga chef obie telah mengadakan 
"TEKA DUIT RAYA BALANG COKELAT "
yang telah dipostingkan melalui INSTAGRAM DAN FACEBOOK 

Infonya dibawah ini.



#chefobie nak beri duit Raya kpd yg dapat meneka Dengan tepat jumlah RM yg Ada Dalam Balang Cokelat ini ðŸ™Š
Sekadar suka-suka aje , Anda boleh meneka sebanyak 5 x .
Baik Kan chef sebab bagi peluang sampai 5 x teka ðŸ˜‡
Jangan Stress-stress ,sambil sibuk Kan diri dgn persiapan Raya...boleh lah Mencuba..
Siapa Berjaya MENEKA JUMLAH DENGAN TEPAT Akan menerima
🌈 Duit Raya RM100 + RM400 VOUCHER Kelas / Kursus Masakan Perniagaan Chef Obie
*Keputusan adalah Muktamad , TEKA DUIT RAYA BALANG COKELAT INI BERLANGSUNG SEHINGGA PUKUL 10 MALAM esok 5.6.2019
Jawapan dlm visual video dgn kiraan melalui mesin syiling .Jadi Tiada isu utk Tidak jujur dlm kiraan RM Balang Cokelat ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Antara facebooker dan instagrammer yang cuba meneka..










KEPUTUSANNYA TELAH ADA

HANYA SEORANG PENEKA TELAH BERJAYA MENEKA DENGAN TEPAT !
DAN BERJAYA MEMILIKI DUIT RAYA DARI CHEF OBIE 

RM100 + RM400 VOUCHER KURSUS / KELAS MASAKAN PERNIAGAAN

Peneka Bertuah Tersebut Adalah @atheenajaafar 
BERJAYA MENEKA DENGAN TEPAT melalui 5 PERCUBAAN 

JAWAPAN : RM265.50 
Video disertakan dalam Facebook Chef Obie chefobie untold

Tahniah daripada Pihak Chef Obie , 
Sila hubungi Pihak Chef di Talian 0172260719

* Terima Kasih kepada anda semua yang seronok mencuba meneka DUIT RAYA BALANG COKELAT CHEF OBIE !

InshaAllah ada Rezeki Berjumpa Lagi di tahun Hadapan.








Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign