CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 21 November 2013

Man of Steel - Superman v.s. General Zod - Full Final Fight scene



cuci mate dengan melayan fight scene- dari filem
Man of Steel...
antara scene terbaik man of steel...

Terima Kasih

Makanan Kaya Dengan Zat Besi


Assalammualaikum, semua..
dah lebih seminggu obie tidak update info aktiviti kerja obie dan bersama teman-teman.
sepanjang minggu lepas memang agak sibuk sedikit dan banyak aktiviti dan info, InsyaAllah akan obie update satu persatu,dari- aktiviti di kl ke j.b - stulang laut,hutan bandar, danga bay, bandar dato' on, felda taib andak kulai , meeting dan juri, kelas memasak dan baking giatmara segambut bersama chef imran dan penduduk kg pasir segambut yang ramah dan meriah,jumpe group 2 uitm shah alam,pencarian 3 layer tea, juga minggu ini obie akan berada di Program Community College Entreprenuership Challenge (CCEC) 2013 Ayer keroh Melaka dan Fire Chef Challenge Peringkat kebangsaan- Bomba D' Dapur di Hotel KSL Johor Bharu dari 23- 27/11/13 sebagai juri pertandingan dan demo chef- di melaka dan johor bharu chef obie akan bersama chef hadrul haq ..
rakan seperjuangan chef!

hari ni Obie ingin sharing dahulu sedikit info kepada anda semua.., kali ni nak citer mengenai zat besi
yang ada pada makanan kite seharian..
semoga ianya memberi kite sedikit info yang berguna.. peace

Watch Out!

Zat Besi merupakan salah satu mineral penting yang diperlukankan tubuh manusia. Fungsi dari zat besi adalah mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh. Zat besi bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam darah yang memerlukan. Zat besi digunakan dalam pembuatan hemoglobin dan berperanan penting dalam fungsi normal daya tahan tubuh.

Kekurangan zat besi menyebabkan terhambatnya hemoglobin dalam darah. Penyakit kerana kurangnya hemoglobin (sel darah merah) disebut anemia. Tanda Gejala penyakit kurang darah merah ini seperti kurang bermaya dan kurang bersemangat, mudah letih dan penat, pucat serta sering pening.

Kekurangan zat besi boleh diatasi dengan mengambil makanan yang mengandung zat besi seperti bayam, kentang, daging lembu , dll.

berikut ini merupakan makanan sumber zat besi yang boleh Anda dapatkan secara mudah.

1. Kulit Kentang

Kulit Kentang, mungkin sebagian besar kite tidak makan kulit dari kentang dan mengupasnya untuk dibuang. Ternyata pengkaji makanan
telah menemukan bahwa kulit kentang memiliki zat besi lima kali lebih besar dibanding daging kentangnya sendiri. Jadi sekarang cuba lah makan kentang dengan kulitnya.
actually, chef obie sewaktu berkhidmat bersama princecourt medical centre suke gunakan potato skin- dijadikan
tea-break seperti potato skin baked with creamy cheese..pergh memang sedap!

2. Daun Bayam

Bayam, adalah sayuran yang sangat membantu kita untuk mengikat zat besi. Dengan bayam kita dapat mengumpul banyak zat besi, dan memang bayam sudah dikenali
dapat mengurangi gejala anemia. Jadi jangan ragu untuk menyantap bayam setiap hari. Selain zat besi, bayam juga mengandung vitamin A.

3. Jagung

Jagung kaya akan zat besi dan tembaga. Jagung juga menjadi sumber yang baik untuk vitamin A dan C.ape kate buat jagung bakar..syok!

4. Kangkung

Kangkung adalah sumber yang sangat baik untuk vitamin A dan vitamin B serta C. Kangkung mengandung jumlah tinggi zat besi, kalsium, dan kalium.

5. Chard - siew pak choi, bokchoi, chard english,france dan lain lagi

Chard merupakan sayuran yang mengandung vitamin A dan zat besi.

6. Buah Aprikot

Buah ini mengandung zat besi yang sempurna untuk memastikan tubuh mendapatkan asupan zat besi.

7. Buah Bit hijau / merah- lobak

Bit hijau / merah merupakan sumber vitamin A dan B2. Bit juga dapat memperkaya darah dengan besi dan logam.

8. Buah oren

membantu memerangi penyakit akibat kekurangan vitamin C,buah oren mengandungi asam folat.

9. Buah Prune

Buah Prune, adalah jenis buah yang memiliki banyak zat besi dibanding buah epal dan betik. Dalam jus prune terdapat 3mg zat besi. Jadi cuba buah ini untuk memperlancar perjalanan darah kita keseluruh tubuh.beli sunsweet pun ok!

10. Kacang tanah, kacang hijau dan kacang soya

Kacang tanah, kacang hijau dan kacang soya merupakan jenis kacang yang mudah diolah. 100 gram kacang kedelai mengandung 381 kkal energi, dan 10 mg zat besi. Sedangkan kacang hijau mengandung 323 kkal tenaga dan 7,5 zat besi per 100 gram.

11. Kacang Lentil atau kacang dhal

Lentil yang bentuknya bulat dan kecil ini bisa disajikan untuk menu sehari-hari. Bisa dibuat sup atau bubur manis. Dalam 1 cawan lentils mengandung 6,6 mg zat besi.

12. Beras merah atau beras perang

sumber serat, vitamin E, asam folat, dan zat besi.

13. Roti Gandum

Roti Gandum adalah pilihan bagi mereka yang sedang berdiet untuk memenuhi diet mereka, selain itu ternyata gandum mengandung zat besi yang besar, selain memiliki fungsi mencegah penyakit jantung dan kanser.

14. Kismis

Kismis mengandung zat besi yang sangat tinggi. Kismis juga merupakan makanan yang bersifat basa dan dapat membantu mengatasi asid dalam tubuh.

15. Bijirin

Makanan yang sering disajikan untuk menu sarapan ini sangat baik untuk kesihatan. ¾ cawan bijirin mengandungi 18 mg zat besi. Sedangkan 100 gram oatmeal instan mengandung 11 mg zat besi.

16. Buah Kering

Buah kismis, pig, apel, pir, aprikot dan peach adalah buah yang paling sering dikeringkan. Namun buah kering yang banyak mengandungi zat besi adalah kismis dan plum. Dalam ½ cawan kismis terdapat 1,9 mg zat besi dan dalam 1 cawan plum terdapat 1 mg zat besi.

17. Yoghurt

Minima anda akan menerima sepertiga kandungan kalsium per hari dalam satu cawan. Kalsium akan membangun dan mempertahankan kesihatan tulang.

18. Telur

Telur kaya akan semua mineral, termasuk besi, dan vitamin B. Telur ideal dimakan waktu sarapan pagi kerana mengandung jumlah tenaga yang mencukupi.

19. Daging Lembu

Seperti daging lembu yang mudah diolah. Dalam 100 gram daging lembu segar mengandung 201 kkal tenaga, 14 gram lemak, dan 2,8 mg zat besi.

20. Ikan

Salah satu makanan laut
ini dipercaya kaya akan omega-3 dan 6. Ikan baronang atau rabbitfish mengandung zat besi sebanyak 3,8 mg per 100 gram. Selian itu ikan sarden juga mengandung 2,5 mg zat besi per 100 gram. Ikan salmon merupakan sumber utama protein dan asid lemak omega 3. Dan jangan lupa satu lagi yaitu ikan tuna.lagi satu Jangan lupe ikan keli dan sembilang juga kaya dengan omega.. jadi rajin-rajinlah makan ikan keli ni.. ikan keli goreng berlade..memang sedap!

semoga sedikit perkongsian info ini, dapatlah kite faham sedikit..makanan-makanan yang kaya dengan zat besi.

Kredit : gambar courtesy google

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign