CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 19 September 2015

Cake Boss Malaysia : Selebriti Pastry Chef Malaysia - Chef Obie Dan kek 3D


Antara Contoh hasil tangan chef obie - kek 3D Enjin Honda antara tempahan popular
dalam kategori kek 3D 











Kek lebih ‘meriah’ dan ’hidup’

Oleh Siti Salmiah A Hamid 

salmiah@hmetro.com.my

Untuk berjaya dalam sesuatu bidang, tidak cukup seseorang individu itu mempunyai bakat tetapi yang lebih penting ialah kesungguhan untuk menguasainya.
Bukanlah sesuatu yang mudah apabila terjun dalam dunia masakan kerana bukan setakat hanya tahu memasak bahkan seseorang itu perlu bijak menyediakannya dan mendalami pel­bagai teknik untuk mempersembahkan sesuatu hida­ngan.
"Merubah bentuk makanan bukan hanya apa yang kita lihat, tetapi ia perlu disertai minat dan memiliki cita rasa kepada makanan.



"Manakala, pengalaman yang pernah dikutip dalam bidang itu pula umpama satu bonus kerana mampu mempel­bagaikan ilmu yang kita miliki," kata Gunawan Jalil dari Ampang, Selangor.
Lebih dikenali sebagai Chef Obie, beliau menimba ilmu di Akademi Laut Malaysia (ALAM) dalam bahagian katering marin selama setahun sebelum mengutip pengalaman sebagai pembantu tukang masak di atas kapal.
"Bekerja di dapur kapal agak berbeza sebelum saya memasuki industri perhotelan, namun saya melihat banyak peluang untuk bergerak dengan lebih aktif dalam bidang masakan sewaktu belayar di Eropah.
"Di Eropah khususnya Belanda, industri masakan pastri, kek, biskut dan roti sangat popular kerana masyarakatnya gemar menyediakan masakan seumpama itu tanpa mengira masa.
"Industri masakan masih lesu di negara kita ketika itu dan ia memberi saya idea mengorak langkah dengan menguasai pastri berbanding jenis masakan lain," kata­nya yang menerima inspirasi daripada gurunya, Chef Mah­mod 'Golden Hand' dengan mempelajari masakan pastri selama tiga tahun di KL Airport Services.
Chef Obie mempertaruh­kan usia mudanya pada 2011 dengan memulakan perniagaan sendiri selepas melepaskan jawatan sebagai tukang masak di Prince Court Medical Centre.
Masakan beliau pernah disajikan kepada tetamu kehormat Arab Saudi, ketika perkahwinan Sultan Brunei dengan bekas isterinya, Azrinaz Mazhar Hakim, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta artis tempatan Hafiz Shuib dan Sharnaaz Ahmad.
Namanya mula meniti di bibir peminat selepas memulakan kek cawan atau 'cupcake' yang satu ketika dulu menjadi kegilaan ma­syarakat terutama pekerja syarikat dan pelajar kerana me­nyukai kek yang bentuknya comel serta sangat sesuai untuk diberikan kepada teman selain mudah dihidangkan dalam sebarang majlis.


"Kek cawan tiga dimensi (3D) amat popular di Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan Eropah. Ia turut dikenali dengan nama lain seperti 'cupcake karakter' atau 'cupcake model'.
"Saya membuat cupcake 3D menggunakan bahan asas seperti 'fondant' dan 'gumpaste' kerana memiliki aneka rasa dan boleh digunakan dengan pelbagai bahan lain.
"3D bermaksud reka bentuk kek yang kelihatan menonjol, wujud bentuk figura yang sangat menyerupai bentuk asal dan pelbagai bentuk lain yang dihasilkan menerusi fondant dan ­gumpaste.
"Cupcake 3D ini lebih tahan lasak berbanding kek cawan berasaskan krim dan lain-lain, tahan lebih lama pada suhu bilik, mempunyai isi padu yang lebih berat berbanding cupcake biasa serta memerlukan kemahiran dalam pembuatan fondant dan gumpaste.
"Ia masih baru dikenali ketika itu dan belum ada chef yang mahu memperkenalkannya secara terbuka justeru, saya mengadakan bengkel kepada semua golo­ngan yang mahu mempelajari pastri terutama kek cawan 3D.
"Ramai yang berminat kerana mahu mengubah masakan daripada kek cawan biasa kepada 3D yang nampak lebih meriah dan 'hidup', malah golongan ibu dapat meningkatkan pendapatan keluarga menerusi penjualan atas talian.
"Saya turut menerima tempahan kek cawan 3D dalam jumlah yang banyak daripada pasa­ngan pengantin yang mahukan ia sebagai buah ­tangan kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan mereka.
"Tetapi, ia lebih bermakna apabila dijadikan hadiah untuk hantaran pertuna­ngan dan perkahwinan kerana saya akan menyiapkannya mengikut tema perkahwinan sama ada dari segi warna, bentuk, hiasan 3D dan warna pembalut yang mahu digunakan.
"Tema terbabit memenuhi permintaan pasangan pe­ngantin yang mahukan ia kelihatan segar, menarik dan paling utama melukis makna tersendiri buat si pengantin. Sudah tentu kek sebegitu akan kekal diingati dalam lipatan perkahwinan," katanya.
Chef Obie turut merealisasikan permintaan peminatnya dengan me­ngeluarkan sebuah buku resipi berjudul Cupcake 3D oleh Chef Gunawan yang dikeluarkan pada 2012.
Sikap kreatif Chef Obie jelas dilihat pada hasil air tangannya yang menarik sewaktu menunjukkan beberapa tempahan kek cawan 3D mengikut permintaan pelanggan.
Tidak terhenti setakat itu, Chef Obie meluaskan jari­ngan masakan dengan memperkenalkan kek 3D dan ia mempunyai bentuk lebih besar, menarik dan mencabar kreativitinya.
"Sama seperti kek cawan 3D, saya masih menggunakan bahas asas yang sama untuk membuat sebuah kek 3D. Semakin banyak figura yang mahu diletakkan di atas kek, semakin banyak bahan diperlukan.
"Saya lebih suka membentuk sendiri satu-satu figura berbanding membeli yang sedia dijual atau patung yang tidak boleh dimakan.
"Kek 3D yang beratnya satu atau dua kilogram me­ngambil masa satu hingga dua jam untuk disiapkan bergantung kepada figura yang diingini.
"Dalamnya dipenuhi ­dengan coklat manakala luarannya diwarnai mengikut tema kartun, majlis dan bentuk seperti kereta, motosikal, bunga, buah-buahan, kamera dan karakter adi wira seperti Spiderman.
"Semakin sukar membentuk kek itu, semakin ting­gi cabarannya dan sudah pasti kek 3D dilihat lebih menarik, mahal dan memiliki kelasnya tersendiri," kata­nya.
Bahan asas seperti fondant dan gumpaste memainkan peranan untuk membentuk satu-satu kek 3D kerana ia perlu lembut, mudah diurus, tahan lama dan sesuai untuk mereka bentuk figura.
"Harganya juga boleh mencecah ribuan ringgit dengan mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan kerana ia mengikut cita rasa unik pelanggan dan ­tidak boleh berlaku kesilapan.
"Justeru, tidak hairanlah mengapa kek 3D kini menjadi kegilaan masyarakat dan mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit jika kek 3D itu mampu menyerupai wajah dan karakter yang disukai," katanya.
Walaupun trend hantaran perkahwinan menggunakan kek 3D belum meluas dalam kalangan masyarakat negara ini, tetapi beliau yakin dalam tempoh beberapa tahun lagi, ia menjadi kegilaan.
"Bentuknya lebih realistik, seolah-olah bentuk itu 'hidup' dan bukannya kek.
"Itulah kelebihan kek 3D berbanding kek yang biasa terdapat di pasaran," kata­nya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:01 AM
- See more at: http://www1.hmetro.com.my/node/7066#sthash.d8kDmPfS.dpuf



Terima Kasih

DIY : Resepi Mee Hailam Paling Sedap !




MEE HAILAM POPULAR
Bahan :
1/2 paket mee kuning
8-10 ekor sotong/udang – potong nipis
1 keping fish cake
200 gm sawi hijau
100 gm kobis
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil Kicap karamel
1 ketul kiub ayam
4 ulas bawang putih – ketuk
4 ulas bawang merah – hiris
3 sudu besar minyak
1 cawan air
1 sudu tepung jagung – bancuh dengan air dulu
Garam Dan Gula secukupnya



Cara Memasak:
1. Celurkan Mee Kuning.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
3. Masukkan air, sotong dan fish cake. Biarkan sehingga lembut.Masukkan Mee kuning.
4. Masukkan kicap cair dan karamel, sos tiram dan kiub ayam. Kacau rata. Masukkan pula kubis dan sawi.

5. Perasakan garam. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung dan angkat. Hidangkan.


Terima Kasih

Info Suka Suki : Mr. Bean

Sambut ulang tahun ke 25, ini 10 fakta Mr.Bean yang anda tidak tahu

Sambut ulang tahun ke 25, ini 10 fakta Mr.Bean yang anda tidak tahu
Tanpa dialog, lawak Mr.Bean rekaan Atkinson dianggap lawak universal yang mampu difahami sesiapa sahaja.
Siapa yang tak kenal dengan watak komedi Mr.Bean? Hanya dengan gerak tubuh dan mimik muka, watak itu mencipta fenomena yang sangat luar biasa di seluruh dunia.

Sempena sambutan ulang tahun ke 25 siri popular itu, kami berikan kepada anda 10 fakta tentang Mr.Bean yang anda mungkin tidak tahu.

1. Watak Mr.Bean dicipta sendiri oleh pelakonnya, Rowan Atkinson, ketika sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di University Oxford pada tahun 1979.

2. Atkinson kemudiannya mempersembahkan idea itu di hadapan sekumpulan penonton berbangsa Perancis pada tahun 1987. Tujuannya adalah untuk mengetahui jika lawak yang dipersembahkannya boleh difahami mereka.

3. Sebelum menggunakan nama Mr.Bean, Atkinson dan pihak penerbit memikirkan nama Mr.White sebagai nama karakter. Tetapi salah seorang krew mencadangkan agar nama sayuran digunakan, dan nama Mr. Cauliflower dipilih sebelum mereka akhirnya bersetuju menggunakan nama Mr.Bean.

4. Mr.Bean diterbitkan secara rasmi pada tahun 1990.

5. Tidak diketahui nama sebenar watak Mr.Bean, namun dalam beberapa episod pernah dipaparkan pasport Mr.Bean dengan nama Atkinson di hadapannya.

6. Mr Bean tinggal di Flat 2, 12 Arbour Road di utara London. Walaupun ia bukan alamat yang wujud di alam realiti, namun Arbor Road merupakan sebuah kawasan perumahan di Enfield, juga di utara London.

Episod Merry Christmas Mr Bean catat rating tertinggi. Video kredit: Mr.Bean Youtube


7. Episod siri Mr.Bean dengan rating paling tinggi ialah episod 'Merry Christmas, Mr.Bean'. Ia mencatat jumlah penonton lebih 19 juta pada tahun 1992.

8. Siri Mr.Bean ditayangkan di lebih 190 negara di seluruh dunia.

9. Jumlah kutipan dua buah filem Mr.Bean, Mr Bean: The Ultimate Disaster Movie dan Mr.Bean's Holiday, mencecah AS$330 juta.

10. Laman Youtube rasmi Mr.Bean pula mencatat tontonon lebih 1.3 bilion, manakala jumlah likes di Facebook rasminya ialah 65 juta.
Sumber : 

http://www.radiotimes.com/news/2015-02-15/mr-bean-25-facts-and-figures-for-his-25th-anniversary

http://mentalfloss.com/article/62455/15-things-you-might-not-know-about-mr-bean

http://www.myinterestingfacts.com/mr-bean-facts/

kredit Astro Awani.


Terima Kasih

DIY Resepi Kuah Rojak Pasembor Popular



RESEPI KUAH ROJAK PASEMBOR

Bahannya:

500gm keledek kuning *
150 gm udang *
130 gm kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak masak*
15 tangkai cili kering *
3 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*+ 4 biji bawang kecil*
2 sudu besar asam jawa yang tlh diperah bersama 1/2 air
1/2 cawan gula
sedikit garam
7 keping biskut marie direndam dgn air kosong 
4 cawan Air



Cara Membuat :

1. Goreng cili kering,bawang besar dan bawang putih sehingga layu sahaja dengan sedikit minyak.Setelah layu
    angkat.ketepikan.  
2. Rebus keledek.Bila dah empuk kisar bahan bertanda* keledek,udang,bawang putih,bawang besar,cili
    kering  dan kacang tanah sehingga hancur dan lumat
3. Masukkan dalam periuk bersama 4 cawan air dan biar sehingga mendidih.( boleh tambah mengikut
    tahap kecairan yang dikehendaki )
4. Setelah mendidih tambahkan air asam jawa juga gula dan garam.Kacau rata sehingga
    kedasar periuk.  
5. Setelah seimbang kesemua perasakan dengan biskut marie yang telah direndam .Masak lagi
    sehingga 35~45 minit.Sentiasa kacau kuahnya kedasar periuk.Jika anda menggunakan keledek yang
    berwarna putih dan kuahnya agak pucat bole letakkan sedikit pewarna oren kedalam kuah dan kacau
    rata
6. Bila semua rasa kuah rojak pasembor telah seimbang, bolelah diangkat.





Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign