CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 16 Januari 2014

Tempahan Kek : Viennies Chocolate Cake


Viennies Chocolate Cake

Kek Viennies @ sacher cake dari austrian-
penggunaan kokoa yang berkualiti, raspberry jam , penggunaan coklat gelap ,
krim dan madu dalam penghasilan viennies ganache.

Harga :

1 kg = RM 90.00
2 kg = RM170.00


Penggunaan bahan berkualiti - hotel / fine dining Restaurant



Cara Membuat Tempahan

Jumlah Kuantiti tempahan : ( xx )
Jumlah Harga : ( RMxx )
Bank In ke akaun : MBB Muhamad Gunawan Jamil
151409098193
Setelah Pembayaran : P/M atau MSG terus hubungi 017 22607119
Tetapkan Tarikh Pick up Tempahan : ( xx/0x/13 )
Lokasi Pick Up Tempahan : Merdeka Villa, Jalan Merdeka, Ampang ( landmark- spectrum mall )

Terima Kasih

Tempahan kek : German Black Forest


German Black Forest

Kek german black forest- kek coklat hitam, disaluti krim coklat indulgence,
buah dark sweet cherry dimasak german style , disaluti lagi krim , dan coklat susu dan gelap,
serta buah cherry maraschino atau pilihan dark sweet cherry dan snow powder.

Penggunaan bahan berkualiti - hotel / fine dining Restaurant

1 kg = RM85.00
2 kg = RM170.00

Cara Membuat Tempahan

Jumlah Kuantiti tempahan : ( xx )
Jumlah Harga : ( RMxx )
Bank In ke akaun : MBB Muhamad Gunawan Jamil
151409098193
Setelah Pembayaran : P/M atau MSG terus hubungi 017 22607119
Tetapkan Tarikh Pick up Tempahan : ( xx/0x/13 )
Lokasi Pick Up Tempahan : Merdeka Villa, Jalan Merdeka, Ampang ( landmark- spectrum mall )




Terima Kasih

Petua Dapur : Hilangkan Bau Hangit Nasi


3.Hilangkan Bau Hangit Nasi

Korang jika mengalami situasi ini, biasenye yang menanak nasi menggunakan dapur manual,biase berlaku kepada yang tidak biase atau tidak pandai mengendalikan aakan berpotensi tinggi untuk hangit nasinye.

Jangan Panik apabila nasi sudah meninggalkan bau hangit, Ambil 3 batang cili kering yang sudah dibersihkan, letakkan dalam periuk Kemudian tutupkan penutup periuk nasi biarkan seketika, Insyaallah baunya akan hilang

Kalau takde cili kering , boleh gunakan cili merah segar atau potongan wedges sebiji buah tomato juga dapat membantu mengurangkan bau hangit.

Selamat Mencuba.




Terima Kasih

Petua Dapur : Mengurangkan Masin Dalam Masakan Yang Terlebih Masin


2.Mengurangkan masin dalam masakan terlebih masin

Ini petua orang lame, jika korang masak masakn berkuah dan terlebih masin pulak tu, betul-betul makan garam lah orang kate, jadi jangan panic- gunakan petua ni- ambil kelapa parut dan bunjutkan ke dalam kain yang diikat kemas kemudian rendamkan ke daalam masakan berkuah korang yang terlebih masin tu, biarkan seketika kuahnya sehingga rasa seimbang.

Satu lagi cara ni juga sesuai digunakan dalam masakan berkuah dan bersantan atau tidak bersantan yang terlebih masin,korang perlu tambahkan sedikit air dan letakkan 2 biji ubi kentang yang dipotong dadu, biar mereneh sehingga kentang lembut, kentang mengurangkan rasa masin yang terlebih , selain korang boleh tambah sekeping asam keping dalam masakan.

Boleh gantikan mentimun jika tiada ubi kentang.

Selamat mencuba.


gambar courtesy google





Terima Kasih

Petua Dapur : Mengilatkan Periuk Dan Kuali


PETUA DAPUR

1.Mengilatkan Periuk dan kuali


-Biase lepas memasak kite hadapi masalah ni,periuk dan kuali yang kehitaman dan sukar untuk dibersihkan.Petua menggunakan sabun buku mandi tak kirelah jenama ape sabun mandi boleh diguna pakai. Caranya ambil sabun mandi buku dan gosokkan dibelakang periuk atau kuali dibawah air yang mengalir, sental sehingga bersih dan anda akan dapati hasilnya lebih hebat lebih bersih dari biase, selamat mencuba.

- Satu lagi petua jika korang menggunakan periuk besar untuk memasak nasi atau lauk untuk sesuatu majlis,
perlulah korang sapukan minyak masak sekeliling bahagian bawah periuk dan tepi periuk. ia bertujuan akan memudahkan korang
untuk mencuci bersih dengan hanya menggunakan sabun pencuci pinggan sahaja dan bilasan yang tak perlu menggunakan air yang banyak.

selamat mencuba


gambar courtesy google.

Terima Kasih

DIY : Resepi Vadai atau ulundhu vadai


kepada yang suke makan vadai , ni die resepi dari bie
korang boleh mencuba bile free nanti..
kepada yang nak gunakan untuk berniaga pun boleh..
dipersilakan ambil dan gunakan resepi ni..

ianya mudah untuk dibuat..

Resepi Vadai

Bahan

240 gm Kacang dhal / ulundhu
1 sudu besar Tepung Beras
1 sudu kecil Soda bikarbonat
8-10 helai Daun kari
1 biji Bawang Besar
4 biji Cili hijau dicincang
3 biji Cili merah dicincang
2 tangkai Cilikering digunting halus ( jika ingin pedas jika tak nak pedas cili kering abaikan )
3 sudu besar Air Panas
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng

Cara membuat

1.Basuh bersih kacang dhal dan rendam selama 4 jam atau sehingga lembut.

2.Kemudian kisar sehingga halus menjadi seperti pes.

3.satukan pes kacang dhal tadi bersama bahan cinccang, daun kari, tepung beras, soda bikarbonat dan garam dalam mangkuk adunan.Uli sehingga sebati dan masukkan air panas sedikit demi sedikit.teruskan uli.

4.Kepal-kepalkan dan bentukkan bulat , buatkan lubang kecil ditengah-tengahnya,lakukan sehingga selesai.

5.Panaskan minyak dan goring terendam sehingga doh bewarna kuning keemasan, angkat dan toskan miyak.

Siap untuk dihidang.


Terima Kasih

DIY : Resepi Chutney Kelapa


ini pula bie sharingkan resepi chutney kelapa yang sedap dimakan bersama tosai dan seadik beradik dengannye..
marbeles!

Resepi Chutney Kelapa

Bahan 1

250gm kelapa parut
2 sudu besar Chana Dhal
½ genggam Daun Ketumbar
Air secukupnya
Garam secukupnya

Bahan 2

2 biji Shallot / bawang kecil
2 tangkai Cilii kering
1 tangkai Daun kari
¼ sudu Minyak masak
1 sudu kecil biji sawi


Cara membuat

1.Satukan bahan 1 didalam mesin pengisar dan blend sehingga halus.

2.Kemudian panaskan miyak dan tumis bahan 2 sehingga naik bau.

3.Akhir sekali masukkan bahan 1 dan kacau ratta.Sedia untuk dihidang.

senang aje..selamat mencuba



Terima Kasih

DIY : Resepi Rawa Tosai


Assalammualaikum wbt,

haaa.. hari ni bie nak sharing resepi rawa tosai..
kepada peminat tosai.. korang bolehlah mencuba resepi ni..
boleh buat kat rumah aje....
rajin-rajinkan diri yea...
ini juga merupakan makanan febret dari India selatan


Resepi Rawa Tosai

Bahan

240 gm / 480 gm Beras
120 gm / 240 gm Ulunthe / ulundhu
20 gm / 40 gm Nasi Putih
1 biji / 2 biji Bawang besar (cincang)
1 biji / 2 biji Cili Merah ( cincang )
1 inici / 2 inci Lobak merah ( cincang )
1 biji / 2 biji Cili hijau ( cincang )
Garam secukupnya
Air Secukupnya
Minyak

Cara Membuat

1.beras,ulunthe dan nasi - kisar bahan tersebut bersama air secukupnya sehingga menjadi halus.Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.

2.Setelah itu masukkan garam dan gaul sebati,peram adunan selama 8 jam supaya adunan berganda ( naik )

3.Apabila adunan telah naik,panaskan kuali leper tanpa lekat dengan minyak.Sebelum disudukan diatas kuali, kacau terlebih dahulu sehingga sebati adunan.

4.Lebarkan adunan di atas kuali leper dan biarkan seketika.

5.Akhir sekali, taburkan bawang, cicli merah,hijau, lobak merah cincang di atas tosai.Biarkan seketika dan tutup tosai.Angkat dan sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba...


Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign