Terima kasih kepada yang melawat blog chef obie,
Hari ni chef obie ingin berkongsi kepada anda satu resepi...actually resepi ini istimewa
untuk student-student chef yang menghadiri kelas red velvet cake dan rainbow cake..
Chef obie telah tekad untuk berkongsi sahaja dalam blog ni supaya ilmu kek opera ini dapat digunakan bersama sebaiknya. Memudahkan juga untuk student chef obie atau sesiapa sahaja yang pernah meminta resepi ini.
Apa pun janji tetap janji..dan perlu dikotakan...,
next coming resepi "NEW YORK CHEEESE CAKE"
Selamat Mencuba...
jangan putus asa pula..bila lihat stepnya agak rumit...
bila dah cuba..sebenarnya tak rumit mana pun...
Bahan-bahan Kek
Bahan 1
210 gm serbuk almond
90 gm gula caster
6 biji telur
Bahan B
50 gm butter - di cairkan
Bahan C
60 gm tepung gandum - diayak
Bahan D
120 gm putih telur - anggaran dalam 3 biji gred B/A
60 gm gula castor
Apa yang perlu anda lakukan-
Panaskan oven pada suhu pada 180C.
Sediakan 2 loyang kek 4 segi berukuran 20 x 20 cm atau 18 x 18 cm
(chef obie guna yang 20 x 20 cm)
Jangan lupa-loyang gris dengan sedikit mentega atau marjerin dan alas dasar loyang dengan parchment paper( kertas minyak atau baking pun boleh )
Cara Membuat Bahan 1
Dalam mangkuk mixer atau mangkuk seramik, satukan serbuk badam, caster sugar (90 gm), dan 3 biji telur.
Pukul dengan kelajuan maxima selama 8-10 minit.
Kacau sekali sekala dengan spatula supaya bahagian dasar dan tepi bergaul sempurna.
Tambahkan telur lagi 3 biji sebutir demi sebutir dan terus memukul selama 10 minit lagi
Ambil 4 sudu besar adunan almond ( Bahan 1) tadi dan campurkan dalam butter yang telah di cairkan.
Ketepikan
Jangan lupa tambahkan pula tepung yang telah diayak ke dalam baki adunan almond (bahan 1)
Kacau adunan dengan kaedah kaup balik sehingga adunan bergaul sempurna.
Ketepikan
Guna bekas lain, putar putih telur hingga berbuih.
Tambahkan gula castor (50 gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi sehingga adunan padat.
Ambil 1/3 dari adunan putih telur, dan campurkan ke dalam adunan almond (bahan 1)
Kacau rata menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Masukkan baki adunan putih telur, dan kacau lagi dengan kaedah yang sama sehingga adunan sekata.
Tambahkan pula adunan butter yang di campur dengan 4 sudu besar almond ke dalam adunan.
Kacau rata juga dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Perlu diingat-Jangan kacau kuat-kuat kerana kek akan mendap selepas di bakar, jika aduanan terlebih kacau.
Bahagikan adunan kepada 2 adunan yang sama banyak.
Tuang adunan dalam 2 loyang yang telah di sediakan tadi
Bakar kek dengan suhu 180 C, selama 25 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
Resepi Moca Buttercream
Mocha Buttercream
120 gm putih telur - anggaran 3 biji
210 gm gula caster
320 gm unsalted butter / Mentega - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh nescafe gold / nescafe classic
Cara-caranya
(Sediakan 1 periuk kecil dan panaskan air didalamnya.)
Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar.
Gunakan kaedah double boiler- letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur, nanti masak pula telur putih...
Panaskan telur dan gula hingga gula larut sahaja ,kemudian alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan tinggi sehingga adunan jadi berkilat dan kental, masukkan butter / mentega sedikit demi sedikit sehingga selesai mentega,tambahkan mocha paste dan nescafe gold,pukul adunan hingga sebati.
Siap ketepikan.
Resepi Chocolate Ganache.
Chocolate Ganache
300 gm Dark Chocolate Coins ( chef obie guna brand cicao-cellabaut)
100 gm Milk Chocolate ( brand cadbury pun boleh sedap..)
1 sudu besar Madu
200 gm fresh cream
Kaedah Double boiler-
Panaskan fresh cream( suam )kemudian tutup apinya,
Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.
tambah madu dan kacau hingga adunan sempurna.
Biarkan ia sejuk dan sedikit likat ( madu akan menjadikan ganche berkilat )
Ketepikan
Resepi Coffee Syrup.
Sebaiknya menggunakan espresso/ jika sukar nak dapatkan espreso boleh gantikan nescafe
Coffee Syrup
100 ml espresso atau nescafe
Cara menyediakan kek opera
1.Bila kek dah masak keluarkan dari loyang.
Letakkan atas wayar rak dan biarkan kek sejuk.
2.Potong kek kepada 2 bahagian setiap satu kek.
kita akan dapat 4 keping kek yang nipis.
3.Ambil sekeping kek.
Bahagian atas atau bawah kek tadi kita letak di sebelah bawah.
Bahagian yang di potong letak di sebelah atas.
Sapukan permukaan kek dengan coffee syrup
4.Kemudian sapukan Mocha buttercream atau piping di atas kek yang telah kita sapukan coffee tadi.
5.Selepas itu lapikkan lagi sekeping kek atasnya.
Tekan sedikit bagi rata dan padat.
Kemudia kita sapukan lagi coffee syrup atas kek.
6.Selepas itu, tuangkan 1/2 daripada Chocolate Ganache.
Ratakan.
Kemudian letakkan selapis lagi kek.
Sapukan coffee syrup
Tuangkan Mocha Buttercream atasnya dan ratakan.
Kemudia letak lapisan kek yang terakhir.
Sapukan juga coffee syrup
7.Baki Chocolate Ganache, panaskan sebentar bagi Chocolate Ganache tu cair kembali.
Tuang atas kek
guna ring kek 4 segi yang ukuran 20 x 20 cm,Jika guna 18 x 18 utk baking kek tadi anda gunalah saiz yang sama yea...
Masukkan kek dalam ring tu dan tuang chocolate ganache atasnya.
Jadi lapisan ganache yang terakhir tu akan sama tebal dengan lapisan tengah.
Kemudian simpan kek dalam peti ais dalam 2 jam atau sehingga Chocolate Canache keras.
Apabila kek telah sempurna keras, boleh dipotong dan kemaskan kek.
Maafkan chef obie jika ada kekurangan, walaubagaimanapun....
chef obie sukacita jika anda cuba resepi ini..
peace.. no war..
peace with love
Terima Kasih