CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 18 Januari 2014

Jom Makan : Dome Cafe Klcc


Malam minggu lepas bie sempatlah
makan malam kat dome cafe' klcc ni, niat asal nak pi
bens klcc..tapi bie dengan fiance keluar pun agak
terlewat dah nak pukul 10 malam jadi tak dapat r merase kat bens..
singgah kat apartment tapi menu tak berape ummpphh..
singgah la pulak kat dome, terima kasih teman yang
bertugas sebagai concierge di klcc
sempat cadangkan pada bie pi aje dome..
sebab bukak sampai kul 1130 malam...


pada malam tu sebenarnye, fiace betul-betul ajak makan malam, sebab bie dah lebih seminggu tak berape
sihat, dan makan selera pun kurang, sampai berat badan berkurangan 9 kg... satu pencapaian..
tapi cara yang tak sihat...tak berape sedap badan rasenye.kalau berat badan kurang cara yang betul mungkin selesa sikit rase...
Ok lah malam tu merupakan setelah lebih seminggu tak lalu makan benda yang agak berat,masa tak sihat selalu makan 2 keping biskut atau 5 sudu nasi putih aje
lauk pun tak boleh masuk.. nanti seasick!
Bie pun cube aje order yang rase mungkin tak kan loye...
air kena yang masam-masam..
air berry ngan sprite with calamansi and asam boi..



makan malam..
bie makan linguine..creamy seafood pasta ,
selain tu salad cajun chicken dengan cajun chicken drummet..

Alhamdulillah...bie boleh juge makan dengan baik..
boleh habiskan juge...
walau agak lambat sikit nak selesaikannye...
fiance juge agak suke dengan pilihan makan malam ni...
terima kasih ambil berat pasal bie..

ok..jadi kalau korang yang biase makan lewat kalau kebetulan
berade di klcc..
jawapannye singgah aje di dome cafe...
kat luar klcc blea nampak air pancuran lagi..
blea layan..
okay enjoy!


Terima Kasih

Jom Makan : Air Kelapa Muda Muhamad Salleh , Taman Dagang

Korang kalau pi Galaxy Ampang, pasti akan jumpe gerai air kelapa ni..
betul-betul disebelah laluan utama untuk masuk ke
Galaxy Ampang..
berhadapan dengan pertonas taman dagang yang ade mcD..
Dah berbelas tahun pakcik kelapa muda ni mengusahakan..
gerai Air kelapa muda..
korang boleh beli sebiji, ataupun dengan bungkus atau
cawan palstik, harga yang masih murah..dan berbaloi...


Bie cadangkan korang kalau pi taman dagang kat ampang ni,
singgahlah digerai pakcik muhamad salleh air kelapa mude..
mesti pekena dengan air kelapa muda ni...
baru ade ummmpphh...baru cukup bertenage heee...!


Terima Kasih

Kelas Masakan Januari & Febuari 2014 : Coklat Deko ( Coklat Plastik )

Kelas Extravaganza Januari / Febuari

KELAS EXTRAVAGANZA COKLAT DEKO ( COKLAT PLASTIK )

Dekorasi kek – Menggunakan coklat plastik

Yuran : RM 200.00 Harga Tahun Baru / Harga Asal RM400 ( persendirian )

Setiap pelajar akan menerima - 1 buku Masakan “Istimewa Pemanis Mulut” 96 resepi secara percuma hanya untuk kehadiran kelas Extravaganza.

Tenaga Pengajar : Chef Obie

Tarikh :

21 / 01 / 2014 ( Selasa )
22 / 01 / 2014 ( Rabu )
23 / 01 / 2014 ( Khamis )
25 / 01 / 2014 ( Sabtu )*
26 / 01 / 2014 ( Ahad )*
28 / 01 / 2014 ( Selasa )
29 / 01 / 2014 ( Rabu )
4 / 02 / 2014 ( Selasa )
5 / 02 / 2014 ( Rabu )
6 / 02 / 2014 ( Khamis )
8 / 02 / 2014 ( Sabtu ) *
9 / 02 / 2014 ( Ahad ) *
13 / 02 / 2014 ( Khamis )
15 / 02 / 2014 ( Sabtu ) *
16 / 02 / 2014 ( Ahad ) *
18 / 02 / 2014 ( Selasa )
19 / 02 / 2014 ( Rabu )
20 / 02 / 2014 ( Khamis )
22 / 02 / 2014 ( Sabtu ) *
23 / 02 / 2014 ( Ahad ) *
25 / 02 / 2014 ( Selasa )
26 / 02 / 2014 ( Rabu )
27 / 02 / 2014 ( Khamis )


Masa : 2 Jam 30 minit ( 11 Pagi hingga 130 tengah hari )

Lokasi : Merdeka Villa , Jalan Merdeka , Ampang ( Landmark- Spectrum One Cinema )

Yuran Tambahan : Kelas pada hari sabtu dan ahad sahaja akan dikenakan tambahan yuran sebanyak RM50.00
.
-Pengenalan kepada coklat

-Resepi membuat coklat plastik

-Tips cara membuat -bunga ros kecil , besar , daun bunga ros dan dahan, cara penggunaan coklat plastik dan cara penyimpanan coklat plastic.

-Pelajar akan membawa pulang – coklat plastic yang dipelajari dan 1 buku masakan bertajuk “ Istimewa Pemanis Mulut “ 96 resepi untuk dicuba.

-Pelajar perlu membawa kotak kek atau bekas penyimpan , alat tulis dan apron sahaja




Pendaftaran Kelas

BAGAIMANA MENDAFTAR?

1. Bank in deposit RM150 ke dalam account MBB 151409098193 Muhamad Gunawan
2. Selepas bank in, SMS ke Admin 017 2260719 dan nyatakan: NAMA, TARIKH, KELAS DAN JUMLAH BANK IN . Contoh : Siti, 26/01, Kelas extra coklat deko, RM150,.
3. Sila simpan bukti pembayaran dan kemukakan semasa kelas atau hantar MMS resit deposit tunai selepas membuat pembayaran.

TERMA DAN SYARAT

Minimum penyertaan ialah 2 orang sehari. Kami berhak membatalkan kelas dan memulangkan deposit jika tidak cukup penyertaan.

Peserta akan dimaklumkan 2 hari sebelum kelas.

Sila maklumkan sekurangnya 2 hari lebih awal untuk menetapkan tarikh kelas ,

sekiranya anda tidak dapat hadir atau Lewat dari tarikh tersebut,
deposit tidak akan dipulangkan kerana instruktor telah menyediakan semua bahan.
anda masih boleh menggantikan tempat anda dengan orang lain sekiranya tidak dapat hadir.

Oleh itu juga penukaran kelas di saat akhir tidak dibenarkan.
Sekiranya tidak hadir tanpa pengganti, deposit tidak akan dikembalikan

Tidak dibenarkan membawa anak/keluarga duduk di kelas sepanjang kelas berlangsung.

Terima Kasih

DIY : Resepi Ayam Kuzi


Hari ni bie memang nak sharing masakan berasaskan ayam..
hujung minggu kan ade yang bercuti..
bolehlah try resepi ni..

Resepi Ayam Kuzi

Bahan

1 ekor Ayam ( potong 12 )
1 inci Halia
8 biji Bawang merah
3 biji Bawang besar
2 ulas Bawang putih
5 batang Cili Merah ( jika tiada cili merah boleh diganti dengan cili kering )
5 sudu besar Rempah kari daging
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu kecil Belacan
½ cawan Kismis Hitam
½ cawan Bawang goring
1 ½ cawan Santan / krim
2 biji Cili Hijau ( dibelah tengah )
1biji Buah tomato
Segenggam Daun Pudina
3 helai Daun Pandan ( diikat )
2 batang serai ( dititik )
1 biji perahan limau nipis
150-200gm Mentega / marjerin / minyak masak
Gula, garam secukup rasa.


Cara membuat

1. Panaskan minyak / mentega / marjerin masukkan bahan yang dikisar- iaitu halia,bawang merah,bawang besar,bawang putih, belacan dan cili merah juga masukkan serai dan daun pandan pastikan sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk kunyit kacau sehingga hamper garing, masukkan ayam dan kacau rata.Kecilkan api biar ia mereneh sebentar.

3. Apabila agak kering masakan ayam, masukkan santan atau krim , buah tomato, kismis ,bawang goreng,masak sehingga ayam empuk,kemudian masukkan pula cili hijau dan daun pudina masak lagi 5 minit, masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.Akhir sekali perahan limau nipis.Siap dihidang sesuai untuk dimakan dengan nasi putih, nasi miyak ,buryani dan sebagainya.

4. Jika anda suka masakan kuzi ini lebih berkuah , boleh tambahakan 1 cawan air ketika mereneh.Selamat mencuba.

Tips- jika korang ade rempah kurma , bukhari atau buryani boleh digunakan dengan menggantikan rempah kari daging .marbeles!


Terima Kasih

DIY : Resepi Gulai Ayam Minang


Harini bie sharing satu resepi masakan dari negeri sembilan...
resepi berasaskan ayam ni memang sedap...
tengah hari ni kalau makan gulai ayam minang dengan nasi putih
dah cukup puas..

Selamat mencuba

Resepi Gulai Ayam Minang

Bahan
1 ekor Ayam ( dipotong 12 )
10 biji Cili merah
10 biji Cili padi
4 biji Bawang Merah
2 ulas Bawang putih
2 batang Serai
1 inci Halia
1 inci Kunyit Hidup
2 helai Daun Kunyit ( dihiris halus )
4 helai Daun limau Purut ( dihiris halus )
3 biji Buah Tomato
1 cawan Air
Minyak
Garam secukup rasa

Cara membuat

1. Kisar cili merah , cili padi , bawang merah, bawang putih , halia serai , dan kunyit hidup.

2. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar sehingga wangi.

3. Apabila telah wangi masukkan ayam kacau sebatii, kemudian masukkan 1 cawan air dan biarkan ia mereneh.

4. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut, garam secukup rasa, biar 5 minit kemudian masukkan buah tomato yang dipotong wedges.

5. Siap dihidang, sesuai dimakan dengan nasi putih. Marbeles!


Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign