CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 6 Oktober 2016

Anda Dari Negara Brunei Darussalam & Singapura kini boleh membeli eBuku Masakan - chef obie

Berita Paling Seronok Hari ini !

eBuku atau buku eletronik chef obie kini mampu dimiliki oleh 
Warga Negara Brunei Darussalam Dan juga warga Singapura @ Singapore 
selain warganegara Malaysia yang telah memberi sokongan kepada chef obie selama ini.

InshaAllah akan datang ,  mereka yang berada di Britain / United Kingdom dan USA juga boleh memilikinya.
eBuku chef obie yang terpilih sedang dalam proses alih bahasa ke dalam bahasa Inggeris


Tunggu info daripada pihak chef obie 
yang akan menjelaskan cara memiliki 
ebuku @ ebook masakan dan baking chef obie ini !

Terima Kasih atas sokongan anda semua...

Jika anda inginkan segera informasi
Boleh whatsapp ke

60172260719 

Terima Kasih



P/S ebook ialah buku eletronik dlm software PDF mudah dibuka dlm hp,smartphone,laptop@lappy & komputer.Ia sungguh praktikal & anda boleh baca &buat rujukan ebook dimana2 sahaja.


 
 

 

 

 

 









Terima Kasih

Resepi Ganache'


Share & LIKES
(smallplate cooking group)
GANACHE' by Chef Obie

Cara membuat ganache' oleh chef professional

Bahan

280 / 300gm coklat susu atau coklat hitam ( kouverture ) potong kecil
200gm UHT whipping cream 
1 sudu besar Madu Asli

Cara Penyediaan :


1-Tuangan whipping cream dalam mangkuk steel , kemudian -Gunakan teknik Double Boiled @ Bain Marie ( Didihkan air dalam pot , kemudian mangkuk diatas pot ) Panaskan whipping cream menggunakan cara ini, pastikan jangan sampai mendidih.Sekadar panas sahaja.Kemudian matikan api.

2- Masukkan coklat dalam mangkuk steel - dimana whipping cream telah dipanaskan dan kacau perlahan hingga sebati.

3-Akhir sekali Masukkan pula Madu dan sebatikan.Madu digunakan bertujuan untuk mendapatkan ganache' yang berkilat dan cantik.

Selamat mencuba.. kepada anda yang telah menghubungi chef obie bertanyakan resepi coklat ganche' bolehlah menggunakan resepi yang telah chef obie kongsikan ni...

Follow my ig : chef_obie_official
whatsapp 0172260719

Terima Kasih

Resepi Pavlova Popular


Share & LIKES


RESEPI AUSTRALIA PAVLOVA
( pavlova manggo and passionfruit )



Bahan :

8 biji putih telur
1 3/4 @2 cawan gula castor
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh cuka makan

Peralatan : Rim kek 7 @ 8 inci , Loyang @ Tray baking , parcthment paper , spatula ,pensil

Cara Membuat :

Bahagian 1 :

Alas loyang dengan partchment paper Lukiskan 2 bulatan berdiameter 7 @ 8inci dengan pensilKemudian terbalik kan partchment paper. Jika ade rim kek bulat boleh juga digunakan Panaskan oven dengan api bawah 170 C , pavlova ingin dimasukkan barulah turunkan suhu kepada 120-100C

Jika anda menggunakan fan oven, panaskan 200'c kemudian apabila pavlova ingin dimasukkan turunkan suhu 120'c

Bahagian 2 :

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu sambil masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.( sehingga Menjadi meringue )

Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka danKacau hingga semua bahan larut.

Akhir sekali masukkan ke dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik

Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis

Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.

Tips-Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan:

250gm /ml Whipping cream
1 sudu teh vanilla flavour
Buah mangga potong dadu
Passion fruit @markisa / puree buahnya shj pun boleh

Pukul whipping cream bersama vanilla flavour sehinggal kental dan hiaskan buah mangga dadu dan markisa. Diatas pavlova yg telah siap bakar.

FOLLOW IG : chef_obie_official



Terima Kasih

Pengemis


Terkesima sebentar..


Aku berjalan menuju ke PASAR SENI LRT STESEN , terlihat seorang Pengemis lelaki sedang cuba meminta bantuan mereka yang lalu dihadapannya tanpa dihiraukan atau dikisahkan.

Fizikal pengemis melayu itu yg cacat kakinya tidak boleh berdiri mengesot-ngesot meminta bantuan..
( pasti korang fikirkan pengemis ini meminta-minta duit kan ? )

Silap sama sekali , Pengemis ini tidak meminta duit..
Aku cuba mendekati pengemis itu dan bertanya, " abang nak minta dibantu apa yea ? "
Pengemis dgn berbudi bahasa..menjawab " Saudara ,boleh tak tolong padamkan api yang sedang menyala dalam tong sampah tu, tadi ada orang buang potong rokok dalam tu..ambillah botol air milik saya ini dan siramkan "

Aku tersentap..aku ambil botol air miliknye dan siramkan api yg mula menyala dlm tong sampah tu..

Aku pulangkan botol air miliknya & memberi sedikit RM ...
Terkejut lagi aku..mmm 
Pengemis ini menolak dia sempat kata "Dari tadi saya memanggil orang yg lalu lalang depan saya tak ada satu pun yg ambil kisah..tapi saudara sudi mendengar apa yg nak saya sampaikan..saya tak ambil duit tu..walau memang saya perlukan ,abg simpanlah"

Aku..terkesima..pengajaran..utk aku ..HARGA DIRI SAUDARA@pengemis ITU LEBIH TINGGI DARI ORANG YANG LALU LALANG DEPAN NYA.. MORAL YG TINGGI...AWAK YG HISAP ROKOK JENIS ROKOK MASIH MENYALA BOLEH BUANG PULAK DLM TONG SAMPAH..LAIN KALI BAGI PADAM DULU LAH...AKAL TIADA..MATI LAGI BAIK!





Terima Kasih

Tiada Yang Lama Maka Tiadalah Yang Baru


Salam & Good Morning

" Tiada Yang Lama , 
Maka Tiadalah Yang Baru "...

Selamat menjalani rutin dgn selesa & 

Jangan tension tension kan diri...

I like...

#selfie




Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign