Resepi Potato Wedges dan Sos Cheesy Wedges Ala KFC
Bahan-bahan:
6 biji kentang
6 sudu besar tepung gandum ,3/4 sudu kecil serbuk lada hitam,1 sudu besar tepung jagung,1 sudu kecil lada sulah,1 biji Telur , Serbuk stok ayam dan garam secukupnya
Air secukup untuk rebusan.
Cara Membuat:
Bersih dan cuci kentang tanpa membuang kulit dan dibelah mengikut potongan wedges.Kemudian masukkan air secukupnya serta sedikit garam dan rebus kentang sehingga empuk,toskan kentang dan air rebusan dan biarkan ia sejuk.
Untuk salutan kentang - sebelum digoreng dengan mencampurkan tepung gandum, tepung jagung, lada sulah, serbuk stok ayam, telur dan garam .Salutkan bancuhan pada kentang dan gorenglah sehingga warna keperangan.
Sos Cheesy Wedges
Bahan-bahan
500 ml Whiiping Cream atau Cooking Cream
100 gm Keju Parmesan
3 keping Keju Chesdale
1 sudu kecil Serbuk Stok Ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada Hitam
Garam secubit
Pewarna kuning
Cara Membuat
Panaskan whipping cream dalam pot, kacau menggunakan whisk.
pastikan jangan sampai mendidih, masukan keju parmesan dan kepingan keju chesdale kacau sehingga bahan mesra,pastikan api kecil sahaja sepanjang membuat sos cheesy wedges ni...
Masukkan ke semua bahan kering dan pewarna secukupnya,kacau sebentar matikan api.Siap untuk dihidang bersama potato wedges kite yang dah siap digoreng tu...
Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan