CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 27 Mac 2013

Teringatkan Jack Frost.. kucing kesayangan yang kini dibela ayahanda , bonda dan fahmy di Telok Panglima Garang



Hari ni bila lalu dihadapan 'Galaxy ampang'
obie teringat lah akan si kucing kecil yang tak bermaya..
dengan mata kirinya tercedera, terkeluar merah bengkak..
waktu tu pukul 230 pagi, obie dan teman baru sahaja lepas melayan MBO cinema
citer Cartoon 'Rise of the guardians'..

Terdengar suara kucing kecil mengiau.. meow..meow.. kesejukan.. dibawah singki kedai mamak yang dah tutup..
dalam kotak yang basah..obie dan teman mencari-cari juga mana tau si ibu kucing kecil ni ada di sekitar kawasan...
Cari punya mencari tak jumpa pun sekor kucing...

Obie dan teman rasa tak sampai hati pula nak tinggal kan si kucing kecil ni...
obie tekad bawak balik aje si kucing kecil ni..hujan pun dah mula turun kembali...
untuk pengetahuan .. si kucing kecil ni besar tapak tangan obie aje.. dengan slumber..
kucing kecil ni obie bawak dengan motor.. meredah hujan, hantar teman obie balik rumah dulu..
pas tu..kucing kecil ni obie bawak balik rumah... bersihkan..sebab keesokkannya perlu dibawa ke klinik vaterinar.

Esoknya kucing kecil ni dibawa jumpa doktor veterinar kat jalan ampang.
setelah mendapat rawatan, dan diberi makanan yang sesuai juga ubat pada mata kirinya
yang cedera akibat benda panas-"doktor kata kemungkinan matanya telah dicucuh dengan putung rokok!
kejam sungguh manusia yang buat mata si kucing kecil ni.. semoga tuhan aje yang membalas perbuatan oarang yang menganiaya
haiwan seperti anak kucing ni....go to hell!"
si kucing beransur sihat...
dalam masa 3 minggu ..sikucing membesar dengan cepat..

OOOoo lupa la nak bagi tahu.. nama kucing ni obie beri nama 'jack frost' sempena hari pertama
obie jumpa die dengan teman, selepas menonton citer jack frost- rise of the guardians..heee..

Tapi selepas 3 minggu, jack frost tetiba jatuh sakit, muntah dan tak boleh makan..
jadi bawa lah jumpa doktor vaterinar lagi..
kali ni jack frost agak sakit berat sikit dan terkena virus...
jack frost admitted kat klinik vaterinar jalan ampang... cian die..

Seminggu jack frost admitted.. dan banyak botol air drip masuk dalam badan jack..
kini jack frost dah kembali sihat, cuma badannya susut dan tak gemok-gemok walau makan banyak, diberi appetite, vitamin...
tak apalah yang penting jack frost sihat,
kini jack frost tak tinggal dengan obie, maklumlah tempat tinggal obie tak boleh ada haiwan peliharaan, jadi jack frost perlu dihantar ke kg,
kini ayahanda, bonda dan fahmy yang menjaga jack frost, obie kerap balik kg untuk melawat ayahanda dan bonda, fahmy juga jack.

Gambar-gambar ini sewaktu jack frost admitted seminggu di klinik vaterinar jalan ampang.

Terima Kasih

Komen
2 Komen

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign