CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 27 Oktober 2012

Majalah Aroma Tahun Baru Cina - Resepi Tat

Salam Aidiladha kepada Muslimin dan muslimat semua, obie ingin berkongsi resepi dan cara membuat pelbagai jenis tat.obie ingin mengucapkan terima kasih kepada Majalah Aroma kerana memberi peluang menjemput obie berkongsi resepi masakan dalam majalah mereka.Resepi tat ini telah dikeluarkan pada isu tahun baru cina 2012.Obie harap harap masih tidak terlambat untuk obie berkongsi dalam blog.
Obie dalam majalah aroma isu tahun baru cina,tat obie juga telah dipilih untuk menjadi cover hadapan majalah.RESEPI TAT OREN MANDARIN
Obie memberi kebenaran kepada sesiapa sahaja untuk copypaste atau mengambil resepi yang telah obie berikan ini. TAT BLUEBERRY KEJU DAN TAT STRAWBERRY KEJU
Tart Pudding Coklat ini cubalah resepinya, kepada surirumah mahupun peniaga selamat mencuba!TAT PUDING COKLAT
Tart ini mudah untuk dibuat,TAT LABU DAN KELADI / TAT KELAPA HALIA
Obie amat suka apabila ada yang sudi mencuba resepi ini.TAT LINZER OREN DAN APRIKOT / TAT TELUR MACAU
TAT LEMON MERINGUE DAN TART CRUMBLE GAJUS DAN ALMOND. Selesai juga obie download kesemua resepi tat yang telah dikeluarkan dalam majalah masakan Aroma Isu Tahun Baru Cina 2012.Kepada anda yang tercari-cari resepi tat, bolehlah mencuba resepi obie ini dan war-warkan kepada sesiapa yang berminat.Terima Kasih LOVE,PEACE AND RESPECT. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi HOTLINE 0127144840

Terima Kasih

Rabu, 24 Oktober 2012

Obie - Demo Memasak di Wanita Hari Ini TV3

Bercerita mengenai gaya pemakanan seimbang dan sihat sebelum ini telah memberi satu azam kepada diri obie sendiri dan obie harap ada dikalangan kita yang telah cuba-cuba berdiet den makan secara sihat, obie juga dalam proses diet juga, terima kasih kepada keluarga dan teman-teman yang sentiasa memberi sokongan kepada obie.Selera dan suka akan makan dan masak menyebabkan kadang diluar kawalan,tidak mengapa lah juga kadang sebagai juri perlu merasa masakan peserta, sebagai chef perlu merasa masakan sebelum siap dihidang betulkan atau dalam mereka menu dan sebagainya, suatu yang tidak boleh dielak.. tapi gaya pemakanan boleh diubah perlahan-lahan dan tidak perlulah terlalu mengejut. Obie ingin berkongsi pengalaman obie menyediakan masakan sihat untuk tatapan peminat rancangan "Wanita Hari Ini" di TV3.Obie telah dijemput oleh penerbit wanita hari ini dan TV3 dalam Isu Makan Sihat Dan Ikan Sungai.Resepi Obie Pada hari itu ialah "Ikan Haruan Kukus Bersama Daun Kadok" yang amat sesuai untuk diet, untuk kecantikan luar dan dalamam juga sesuai untuk wanita yang lepas bersalin atau untuk mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan atau luka-luka yang besar .
Obie membuat persediaan sebelum demo masak secara langsung di Seri Pentas TV3
Beberapa minit sebelum obie bersiaran langsung
Obie bersama Azizah Arifin dan Atie AF
Siaran langsung Di Seri Pentas TV3
Bertukar-tukar posisi
Sesi soal jawab antara azizah dan atie kepada obie ( dup dap dup dap dalam hati obie.. jangan la tanya kenapa ikan haruan ni tidak ensem heee... )
Santai sungguh demo masak ini..
Bila boleh rasa "Ikan Haruan kukus bersama daun kadok ni" tanya azizah arifin kepada obie, sambil atie merenung ke arah ikan haruan tu.. ( lapar ni.. )
selesai juga demo masakan obie di Rancangan Wanita Hari Ini di Seri Pentas TV3,terima aksih kepada yang membantu obie pada hari tersebut dan tidak lupa juga kepada TV3 dan penerbit rancangan wanita hari ini. Insyaallah obie akan berkongsi resepi Ikan Kukus Bersama Daun Kadok dalam blog ini dalam masa terdekat terima kasih daripada obie. LOVE, PEACE AND RESPECT HOTLINE 0127144840

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign