CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Ahad, 21 Julai 2013

Resepi Rendang Tok

Gambar rendang tok dalam proses di masak...


Salam Ramadhan semua...
hari ni obie nak berkongsi salah satu resepi rendang..
iaitu rendang tok...
mesti korang teruys terbayang akan keenakan rendang tok ni kan..
bila makan dengan ketupat..lemang..perrghh tak boleh citer banyak-banyak..
dibulan puasa ni...

semoga korang boleh mencuba..dan menikmati hidangan rendang tok ini..sama ada dalam bulan puase mahupun paada hari raya nanti..
Bahan

600gm daging
250 gm  kerisik
1 liter santan cair
1 liter santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
4 sudu besar gula melaka 
4 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
4 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu teh lada hitam
4 sudu besar cili giling
4 batang serai
1 inci  halia
1 inci lengkuas
2 biji buah keras
2 biji bawang besar

Bahan tumis

4 biji bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

Cara-cara :

1. Daging dipotong dadu ( standard rendang ), dibersihkan dan ditoskan. Perap daging bersama bahan kisar, air asam jawa, gula melaka,gula pasir , sedikit santan dan garam. Biar seketika dan ketepikan (15-20 minit )

2. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Tumiskan sehingga wangi. Masukkan daging yg telah diperap tadi dan Kacau sebati.

3.Masukkan baki santan dan kacau lagi sehingga kuah tinggal separuh. Kemudian masukkan kerisik dan kacau lagi sehingga kering.

4.Perlu diingat, Masaklah dengan api yang agak perlahan sambil dikacau tanpa henti hingga kering. Bila dah kering bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.

steady...  kacau rendang ni dengan penuh kesabaran dan kasih sayang...


Terima Kasih

Sabtu, 20 Julai 2013

Kuih Raya - Almond Nut Cookies

Terima Kasih kerana melawat blog chef obie
yang biase-biase ni..
sempena dengan kedatangan bulan yang penuh keberkatan
kepada kaum muslimin dan muslimat di dunia ni..
chef obie ada menjual biskut raya tradisional dan moden juga rasa
fusion,Biskut raya ini juga obie jadikan goodies untuk pelbagai majlis.
Biskut-biskut ini dibuat dengan penuh kasih sayang..heee
yang penting kualiti dan penggunaan bahan untuk membuat biskut
raya ini adalah daripada bahan yang bagus dan berkualiti.
Bagi memenuhi citarasa tempatan....chef obie hidangkan anda
biskut raya chefbiskut... 2013



Almond Nut Cookies
Kaya dengan rasa almond dan kerangupan yang diluar jangkaan..
rasa susu yang melemakkan biskut ini menambah daya tarik..untuk terus makan dan mengunyah...
mengembalikan nostalgia sewaktu chef obie makan mama carrie..mmmm tapi resepi fusion ini
telah diubah agar mesra dengan almond... selamat mencuba

Cara Membuat Tempahan

Jumlah Kuantiti tempahan : ( xx )
Jumlah Harga : ( RMxx )
Bank In ke akaun : MBB Muhamad Gunawan Jamil
151409098193
Setelah Pembayaran : P/M atau MSG terus hubungi 017 22607119
Tetapkan Tarikh Pick up Tempahan : ( xx/0x/13 )
Lokasi Pick Up Tempahan : Merdeka Villa, Jalan Merdeka, Ampang ( landmark- spectrum mall )

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign