CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Ahad, 6 Oktober 2013

Fruit Carving Di Komplek Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay

Ahad yang lepas sempat Bie
memenuhi undangan daripada
melonman malaysia iaitu chef junaidi..
biase r sebagai kawan lama mesti Bie memberi sokongan padu..pada
melonman sebagai ketua juri pada pertandingan
mengukir buah-buahan dan sayuran di
Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, Kuala Lumpur...
sempena " PROMOSI HIASAN DALAMAN & SENI TAMAN 2013"



melonman sedang memberi penerangan kepada peserta..dan sempat membuat demo ukiran buah..cayalah..


haa tu dia pakar mengukir pun ade joint,memang meriah la... chef yusof dan chef sharizat.. peace


gambar-gambar candid dari Bie yang amateur ni...heeee


melonman dan orang kuat program sebagai juri pertandingan.


ok tak gambar candid yang Bie ambil..heee

apa pun tahniah kepada pemenang pada hari tersebut,
Cantik-cantik ukiran buah dan sayurannye...
kreativiti setiap peserta menjadikan pertandingan ukiran buah ni..sengit dan agak
panas sesama peserta... juri pun susah hati!
mana satu yang terbaik...semua terbaik..tapi
pemenang perlu dan tetap ade...
Ape yang boleh Bie komen..
Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi dan dipelbagaikan lagi
kategori yang bertanding....peace

Wassalam..







Terima Kasih

Sabtu, 5 Oktober 2013

Resepi Nasi Goreng Kampung

Assalammualaikum wbt,
pejam celik dah hari sabtu...
Hope korang semua..dalam keadaan yang sihat,
ceria... kalau dah ceria tu..ape kate..
kite pi kuar jalan-jalan hari ni..heee
kepada yang free la...
Maklumlah..
ade yang buat majlis kahwin pada hari ni..
ade yang menjemput...kan InsyaAllah pi..
kalau tak free ..abaikan aje,paling tak..
ang pow kirim pun dah kire cun....

Bie bukan nak citer mengenai isu majlis kahwin sebenarnye..
tapi saje nak sharing resepi..
resepi biase-biase tapi confirm sedap!
resepi "nasi goreng kampung"..
bukan ape...malam kelmarin teringin sesangat
nak makan orang lain yang masakan
nasi goreng untuk Bie...
jadi..pi kedai makan ajelah..
MMmmmm. rasa boleh tahan...
Bie pi kedai kat Jaya Jusco Maluri..
Restoran Madam Lim...


RESEPI NASI GORENG KAMPUNG


Bahan 1:

3 cawan beras (cawan rice cooker)
air secukupnya

~ tanak nasi spt
~ gemburkankan dan letakkan dlm dulang / mangkuk dan biarkan sejuk.

Bahan nasi goreng:

kangkung secukupnya ~ dipotong
1 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
7 biji cili padi ~ tambah jika ingin lebih pedas
4 batang Cili Merah
2 biji telur
Belacan
garam
sedikit gula
minyak


Cara Membuat :

1.Ambil sebahagian dari ikan bilis yg digoreng tadi dan tumbuk hingga hancur. Boleh juga jika nak guna pengisar kering.
Kisar bawang putih, belacan , bawang merah dan cili padi separuh dan cili merah.

2.Panaskan minyak ,Masukkan bahan yg dikisar tadi dan tumis hingga garing.

3.Kemudian masukkan telur ( kacau )Masukkan ikan bilis yg ditumbuk/kisar, garam dan sedikit gula.
Masukkan kangkung, nasi dan sebahagian dari ikan bilis tadi.

4.Kacau sehingga mesra dam masak.

5.Hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan keropok ikan.

tapi yang bie makan ni tak beri keropok...bie suggest..tambah keropok ikan dan sambal belacan serta timun...



Sempat juge nak merase dessert... yang penting pemanis ade..
Popiah goreng durian.. memang marbeles rasenye...cukup lemak manis duriannye...
karamel gitu!


Penutup...layan tea o ais limau aje...enjoy..




Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign