CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 18 Februari 2014

10 Cupcake Popular Di Dunia


Assalammualaikum,
hari ni bie sharing info 10 jenis cupcake paling popular di dunia-
Kajian daripada TLC Cooking:

Tempat Ke 10


Vanilla Cupcake- cupxcake asli atau yang asal merupakan perisa vanilla, mmmmm aroma yang wangi dan agak klasik!masih menjadi pilihan penggemar cupcake.

Tempat ke 9


Pumpkin Cupcake - labu yang lemak manis menjadi pilihan sesetengah penggemar cupcakes.

Tempat ke 8


Banana Cupcake- kalau di eropah mahupun di u.s banana cupcake bukan lah satu yang asing, die orang suke pisang tau...

Tempat ke 7


Coffe Cupcake- penggemar kopi pasti suke dengan cupcake kopi.

Tempat ke 6


Chocolate Cupcake- sape-sape saje mesti suke dengan coklat cupcake atau coklat kek.

Tempat ke 5


Lemon Cupcake- penggemar lemon dan aroma lemon pasti takkan lepaskan peluang, kalau lemon cupcake dah terhidang depan mate...nyuuumm...

Tempat ke 4


Peanut Butter Cupcake,
kalau di u.s penggemar peanut butter ni memang ramai..

Tempat ke 3


Carrot Cupcake-mmmm memang enak kalau dimakan dengan cream cheese frosting

Tempat ke 2


Red Velvet Cupcake,
di mana aje pasti ade peminat red velvet atau
kek baldu merah ni.Walau ianya agak rapuh dan kering ( resepi asli )
kalau yang ade kat kedai tu lembut...dah di ejas supaya memenuhi citarase
orang asia.. nak lembut gebu..

Tempat pertama


Chocolate and Vanilla Cupcake-
kombinasi yang menarik minat penggemar cupcake di dunia,
kek cawan merupakan coklat dan pasangan krim merupakan vanilla buttercream.
kalau kat Malaysia korang mungkin tak berape minat dengan kombinasi ni...
jadi cubalah minat-minatkan yea..
yang pasti kombinasi ni memang menarik dan sedap...perrgggghh..
Bie always.. love all type of chocolate...tak kisah asal ade sikit coklat memang suke!


Kredit :
gambar Courtesy google
TLC Cooking


Terima Kasih

Isnin, 17 Februari 2014

Apa Itu Pulled Sugar atau Pulling Sugar

haaa...
kepada korang yang ingin tahu ape itu..
pulled sugar atau pulling sugar..

Bagi mereka yang berada dalam industri pastri , bakeri dan konfeksionari..
biase la die orang dengar atau pun tahu untuk membuat pulled sugar ni...
Kebiasaannya ia hanya digunakan untuk hiasan table buffet di hotel,pada hiasan kek mahupun pastri atau pun untuk pertandingan.
Ia nya dihasilkan dalam pelbagai bentuk , dan kebiasaannya hanya pastry chef atau eksekutif pastri chef akan membuat pulled sugar ni.

yup... ianya memerlukan minat dan ade seni dalam pembuatan pulled sugar ni, teknik membuat pulled sugar juga agak merbahaya,
dan memerlukan tempat yang betul-betul safety untuk membuatnye, maklumlah ianya dihasilkan daripada gula pasir yang di masak
bersama dengan sugar syrup dan air serta bahan tertentu..
jadi korang boleh bayangkan jika terkena serpihan pulled sugar ni pada kulit... tak dapek r den nak nolong!
Bie sempatlah menuntut ilmu ni pada sifu golden hands executive pastry chef mahmood... 10 tahun yang lalu...
terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menurunkan ilmu ni pada bie yang agak kehingusan pada waktu tu...
Semoga Allah swt sentiasa memberkati chef mahmood.


pulled sugar @ pulling sugar...


sebahagian gambar courtesy google


Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign