CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 19 November 2015

Jom Try Masak : Resepi Prawn And Garlic Creamy Sauce



Jom Try Masak #chefobie #foodjam


Resepi Prawn And Garlic Creamy Sauce 


Bahan

8 ekor udang besar( dibuang urat sahaja dan direbus sebentar )
200 ml Krim Masakan
1 sudu besar Bawang putih dicincang
1 sudu besarMentega
1 sudu kecil lada hitam
½ sudu kecil serbuk cayenne
2 sudu besar keju Parmesan
1 sudu kecil gula
½ sudu kecil garam
sedikit Italian Parsley 

Cara Penyediaan :

1.panaskan mentega, tumis bawang putih sehingga naik baud an garing, masukkan krim masakan biar ia mereneh, kemudian masukkan ke semua bahan kering.kacau sebati, apabila mendidih matikan api , tuang ke atas udang yang telah direbus terlebih awal. Siap untuk dihidang dan garnishing dengan italian parsley...
boleh dinikmati bersama garlic bread @ baguette juga bersama nasi putih...

layan.. Ariana Grande-Focus...
focus jgn x focus...


Terima Kasih

Resepi Bergedil Daging Kentang Gaya Holland !





Share & LIKES


RESEPI BERGEDIL DAGING KENTANG

 GAYA HOLLAND

Bahan

500gm Daging Hancur @ minced Beef
200gm Kentang dipotong kiub dan digoreng
1batang cili merah dibuang biji dan dicincang
Sedikit daun bawang dihiris
1 sudu besar Serbuk Rempah Sup
Sedikit Garam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan :

1. Satukan ke semua bahan dalam satu mangkuk dan uli sehingga sebati dan bentukkan bebola dan leperkan sedikit ( telur dan minyak jangan dimasukkan )Saiz mengikut kesukaan anda.
2. Panaskan minyak pada api sederhana.
3. Telur dikacau seperti telur dadar.

4. Celupkan bergedil dalam telur dan toskan kemudian goreng sehingga masak.


Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign