CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 24 Disember 2015

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul

Kepada anda semua yang melawat blog chef obie, 
Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.
InshaAllah semoga syafaat baginda rasulullah diakhirat nanti bersama kita.Aamiin

AHLAN WASAHLAN يا ربيع الأنوار

Hadiah buat


#PencintaRASULULLAH


#12RabiulAwwal #١٢

_ربيع_الأول

#JomSELAWAT


مرحــــــــبا يا ربــــــــيع # مرحــــــــبا شـــــهر الأنــــــــوار


مرحــــــــبا يا شــــــفيع # بالرحمــــــــة والأنــــــــوار

Inilah bulan dinanti-nanti,
Oleh semua perindu Nabi,
Ahlan Wasahlan dari kami,
Rabi'ulAwwal yang diberkati.

Rabi'ulAwwal bulan bertuah,
Lahirnya Nabi penuh berkah,
Diutuskan sebagai rahmah,
Menyampai risalah penuh hikmah.

Alam gelap dengan kezaliman,
Menindas hamba dan perempuan,
Sembah berhala jadi ikutan,
Masyarakat dalam kejahilan.

Bangsa Arab berpuak-puak,
Minuman harian ialah arak,
Orang yang kaya menjadi tamak,
Menindas yang miskin dan fuqorak.

Ahli Kitab zaman dahulu,
Sudah tahu dan berilmu,
Sifat dan tanda pada bahu,
Insan mulia yang ditunggu.

Kedatangannya sudah pasti,
Kan menerangi alam ini,
Wajiblah kita mensyukuri,
Atas nikmat dari Ilahi.

Diantara sifat Nabi,
Tidak suka meninggi diri,
Peluh baginda sangat wangi,
Lebih harum dari kasturi.

Kemana jua Nabi berjalan,
Pasti kan ditemani awan,
Dari cahaya diciptakan,
Tidak pernah ada bayangan.

Hadis Shohih menceritakan,
Azab Abu Lahab diringankan,
Kerna gembira saat kelahiran,
Dibebaskan hamba perempuan.

Apakah perihal orang beriman,
Yang tak pernah syirikkan Tuhan,
Gembira menyambut hari kelahiran,
Nabi Muhammad Rasul Pilihan.

Pastilah syurga yang menanti,
Bagi yang mencintai Nabi,
Lebih dari diri sendiri,
Harta dan jua anak isteri.

Kami mohon pada Ilahi,
Agar sempurna iman dihati,
Dengan berkat memuji Nabi,
Selawat Salam setiap hari.

Kurniakanlah dapat melihat,
Wajah mulia Nabi Muhammad,
Didalam mimpi walau sesaat,
Agar rindu kami terubat.

Jejakkanlah kaki kami,
Ke bumi berkah Tanah Suci,
Agar dapat ziarah Nabi,
Beribadah di Taman Syurgawi.

kredit - Qasidah Marhaban Ya Rabii' karangan Al-Fadhil Al-


Maadihun Nabiyy Ustaz Muhammad Neezam Ariffin Al-

Banjari حفظه الله تعالى ورعاه

Terima Kasih

Rabu, 23 Disember 2015

kau , aku , kita


Hari ni , chef obie masih beristirehat bersama 
mak abah , akak , abang noor , fahmy ,wawa ngan adikya..
termasuk bulus-bulus akak yang turut ikut balik kg di telok panglima garang dari jitra , kedah
iaitu bulus kay dan taro , chef punya bulus kesayangan pula... kaiju atau keju panggilannya.kadang-kadang panggil kenit aje.
seorang aje yang tak cukup corum..pak teh tak ade atau kamal.. sebab die balik johor la dengan familynye...

aktiviti masak memasak bersama tu dah tentulah...yang penting 
ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan...

 yang terpancul...dari mulut anak buah yang kecik ni.. adikya..
kite..kite..kite nak pergi jalan kaki aje ke segi(pasaraya) sebelah rumah atok nenek
kite.kite beli bahan memasak ea angah..jom !

"kite.. kite.. berape banyak kali kite anak buah aku cakap ni?
tetibe chef cakap.. , kau , aku , kita... jom pi segi" anak buah panggil chef obie.. dengan panggilan angah! 
wawa dengan adikya laju aje tukar baju.. bersiap-siap..walau dekat aje segi tu...
tersenyum simpul chef obie...maklumlah biasenye..anak-anak buah chef ni cakap ade longaht orang utara... tapi bile cakap dengan angah die..tetap slang johor... terpakse la tu..

kepada anda atau korang semua yang sudi melayan blog chef..
terima kasih banyak-banyak...
nak pesan janganlupa beli majalah SAJI dan Mingguan Wanita... majalah saji untuk bulan januari... mingguan wanita akhir bulan 12 ni yea... chef ada berkongsi resepi-resepi menarik...
Masakan Brunei... dan 13 resepi pelbagai nasi dan pasangannya...

okaylah chef closed nota malam ni dengan serangkap pantun ...

Pen Merah
Pen Biru
I Marah
I love you.... good nite !

kes terpengaruh dengan idea budak bawah umur... 

#chefobie
#smallplate



Kau bagai Udara- Bahrain

Jantung berdegup laju
Menangkis semua jawapan
Jika betul kau jemu
Terus teranglah dan berdepan
Susah untuk terima
Keputusan dari bicara
Cuma satu ku pinta
Cubalah fikirkan semula

Kau bagai udara bagiku
Dirimu ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar kiranya kau jauh di mata
Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta

Semua kesalahan tak berertinya sedemikian
Bila marah menjelma yang benar pun menjadi salah
Ini baru sekali kesilapanku sebegini
Aku layak terima diberi peluang berubah

Kau bagai udara bagiku
Dirimu ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar kiranya kau jauh di mata
Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta

Aku berjanji tak akan sia-siakan dirimu
Bukannya ingin mendedah kelemahan
Jauh di hatimu ku tahu masih tersimpan
Segala kenangan terindah
Segala perasaan cinta

Kau bagai udara bagiku
Dirimu ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar kiranya kau jauh di mata
Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta 



Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign