CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Ahad, 3 Januari 2016

Chef Obie Dan Chef Rahim Bachek Berkeloberasi Dalam Buku Masakan

Assalammualaikum wbt,
Salam sejahtera..
Alhamdulillah.. tutup sudah tirai tahun 2015 dan
terbuka pula tirai tahun 2016... Semoga Allah swt akan 
memberkati semua perancangan yang baik daripada kite..dan 
melimpah ruahkan lagi rezeki yang makmur dan Halal !
Aamiin.

Chef Obie bersama Datuk Yusof Haslam Dan Isteri


Tahun ini chef obie memberi peluang kepada chef-chef 
hebat dan blogger - blogger masakan popular
yang akan berkeloberasi menghasilkan buku eletronik -
buku masakan dan baking bersama chef obie.

Pasti akan lebih meriahkan....
Lebih menarik dan Vogue da vass..gitu...

Chef profesional yang pertama kali akan bekerjasama 
dalam menghasilkan  buku masakan bersama chef obie..
ialah chef Rahim Bachek yang lebih 20 tahun dalam Bidang
Perhotelan terutama dalam dapur pastry dan bakeri.
dan masih aktif di salah satu dapur hotel di Kuala Lumpur. Nak bagi share sikit pic chef rahim bachek kepada anda semua...
orang melaka ni... biasa keluar dan berkongsi resepi kepada Majalah-majalah masakan tempatan dan
juga TV tempatan...


Chef Rahim Bachek bersama Kaka

ensem tak chef rahim ?Nantikan kemunculan kolaborasi buku masakan kami
yang pertama-
" MELODI BISKUT RAYA -  chef obie dan chef rahim
pada awal tahun 2016 ini !..

Manakala.. nama blogger masakan popular pula kite surprise dulu yea... tunggu... 

jom kite layan video dan lirik dari wani feat. juzzthin lagu LEPASKANLAH


Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Mungkin kau bukan buatku

Berlalu waktu bersamamu
Kau beri rindu namun palsu
Mana setia bersamaku
Bunga kau beri sudah pun layu

Kata-katamu lengkap bersandiwara
Nilai cintamu tak berharga

Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, hatiku
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, kasihmu

Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, hatiku
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Mungkin kau bukan buatku

Meniti sepi bersendiri
Bahagia cuma ciptaan mimpi
Mana setia bersamaku
Janjimu palsu yang aku ragu

Kata-katamu lengkap bersandiwara
Nilai cintamu tak berharga

Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, hatiku
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, kasihmu

Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, hatiku
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Mungkin kau bukan buatku

Benar buat otak aku semak
Aku banyak makan hati engkau lagi naik lemak
Cinta itu ikhlas bukannya peraduan
Kira lain kelakuan sebab tu tak sehaluan

Lepaskanlah lepaskan
Takde rasa sayang buat aku jadi rimas dan
Oh lepaskan oh lepaskan
Hubungan ini buat aku rasa lemas kan

Jangan cemas jangan gelojoh
Angan bintang kan jatuh ada ke takde jodoh
Dalam hatiku tiada siapa tahu
Maaf takde masa angkat kaki aku chow

Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, hatiku
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, kasihmu

Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, hatiku
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Mungkin kau bukan buatku

Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, hatiku
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, kasihmu

Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, hatiku
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Mungkin kau bukan buatku


Terima Kasih

Khamis, 31 Disember 2015

Pelaut / Kelasi : Hanya Tinggal Kenangan Kapal Dagang Milik Malaysia...Bunga Yang Layu lalu Gugur




BUNGA YANG LAYU LALU GUGUR



Satu ketika dahulu, kapal-kapal saudagar ini gah meredah samudera raya.


Semua orang kenal Malaysia dan MISC ketika itu, dari La Spezia ke Sydney ke Vancouver,dari San Francisco, dari Rotterdam ke Kaohsiung, dari Shanghai ke Singapura...sebut sahaja MISC orang tempatan akan kenal dan akan membalas MALAYSIA....

sebutlah Bunga Suria, atau Bunga Melati Satu dan Bunga Melati 3, Bunga Cenderawasih dan Bunga Anggerik, Bunga Saga Tujuh dan Bunga Cempaka 3, Bunga Pelangi Dua dan Bunga Raya Dua ebagai memetik secebis dari armada saudagar Malaysia....sebutlah ia dikalangan orang lama industri, pasti mereka akan buka cerita kisah perlayaran dizaman 80an dan 90an serta didalam dekad pertama alaf ke 21...kisah susah senang orang-orang yang meninggalkan famili ditanah air menjadi nadi penggerak ekonomi negara.....

ini hanyalah sebahagian dari nama-nama kapal Malaysia yang kini tiada lagi....yang sejarah tidak akan sebut di masa depan kelak dan mungkin sea stories dari angkatan kapal saudagar ini akan hilang bersama bekas pegawai dan anak kapal yang pernah berada disana satu ketika dahulu....

itu kisah orang-orang lama dalam industri ketika itu..sekarang ia menjadi "sea stories"....tinggal cerita dan lagenda yang anak cucu kita mungkin tidak akan tahu....

dahulunya 3 jenis kapal didalam foto ini, merupakan tulang belakang penjana ekonomi negara...kapal-kapal kontena, kapal-kapal bulk carrier dan kapal-kapal tangki kimia yg jika dikumpulkan jumlah kesemuanya melebihi 50 buah kesemuanya kini telah lenyap dari senarai kapal yang didaftarkan di Malaysia...samada hak miliknya bertukar kepada syarikat asing melalui penjualan atau kapal tersebut dilupuskan....dari sejumlah 18 handysize, 9 handymax, dan 11 panamax bulk carrier dijual sekitar tahun 2004...diikuti pelupusan dan penjualan sejumlah 16 buah kapal kontena pada tahun 2012 dan seterusnya penjualan sejumlah 11 buah kapal tangki kimia dengan baki 16 buah dalam perancangan untuk penjualan pada tahun 2014....

ini adalah kisah sebuah perusahaan yang membawa merchant ensign Malaysia, dengan pangkal nama Bunga yang menjadi terkenal disetiap pelabuhan yang dimasuki, gah dengan pendaftaran Port Klang dan dikendalikan anak tempatan.....yang perlahan-lahan digantikan dengan warga asing dengan alasan kos....

inilah lagenda-lagenda kelautan moden Malaysia di era negara sedang pesat memacu ekonomi....yang kini hanya tinggal kisah kekecewaan dan amarah..



kredit facebook

-FJ-


Chef obie pernah berkhidmat di atas kapal MT Bunga Anggerik...
Pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang belayar meredah lautan....
walaupun bermula karier hanya sebagai seorang steward...
mula merangkak menjadi acting cook dan chief cook...
Nasihat daripada kapten dan pegawai-pegawai yang amat mengambil berat
terhadap diri chef ketika itu...
maklumlah.. paling muda di atas kapal 19 tahun usia chef ketika itu...
HQ di Rotterdam City , Netherlands...belayar di..
Benua eropah, Timur Tengah , Asia..Far east...banyak lagi..
cuma tidak berkesempatan merasa Canal Bridge di Panama...
dimana kapal ditarik menaiki bukit dengan kereta api...

kenangan terindah bersama teman-teman seperjuangan ketika itu...
sekiranya ada pic anda dalam gambar di bawah..boleh direct hubungi chef obie..
dan jangan lupa perkenalkan diri...




chef obie kongsikan video dari fina af dengan lagu samudera penyanyi asal nora..
lagu samudera berkaitan pelaut...




Nyanyikan ku gemuruh di irama 

Melewati hamparan hati 
Ku menanti sejuta suara 
Yang memanggilku serikandi 
Di pasak maya pada 
Akan aku gegarkan 
Embu azimat nan sakti 
Dan bercurah awanan 
Akan aku luruhkan 
Menitis emas menghujan 
Ku serakkan tautan kiambang 
Sebelum ku jejaki gelombang 
Jika tak ku temu kekuatan 
Ku ratib semangat kebangkitan 
Lautan bergelora 
Tidak gentar ku rempuhi 
Pelayaranku, biar tenggelam tak melara 
Perjuanganku, sinarnya membelah samudera 
[ Samudera lyrics found on http://lyrics.my ] 
Sinarnya membelah samudera 
Cahaya lantera yang ku bawa 
Mengharungi perjalananku 
Lindungi dari badai prahara 
Tetap bertahan sanubari 
Ku serakkan tautan kiambang 
Sebelum ku jejaki gelombang 
Jika tak ku temu kekuatan 
Ku rabit semangat kebangkitan 
Lautan bergelora 
Tidak gentar ku rempuhi 
Pelayaranku, biar tenggelam tak melara 
Perjuanganku, sinarnya membelah samudera 
Jika tak ku temu kekuatan 
Ku rabit semangat kebangkitan 
Lautan bergelora 
Tidak gentar ku rempuhi 
Pelayaranku, biar tenggelam tak melara 
Perjuanganku, sinarnya membelah samudera Perjuanganku, sinarnya membelah samudera



Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign