CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 28 Disember 2016

Oiso Koren Traditional Cuisine & Cafe di Menara Hap Seng Kuala Lumpur

Alhamdulillah , Chef obie berkesempatan meeting di sini , Jadi brunch pun disini ,memang puas hati juga,masakan korea asli & harga juga berpatutan... daebak! jom layan smartphone candid aje ...
harga makanan di sini juga berpatutan... yang pasti hidangan nya bersih selain mendatangkan selera...
sempat order.. korean pancake , seafood ramen , beef bulgogi yang pasti..di mana-mana retauran korea.. pasti akan diberi compliment secara percuma..seperti hidangan side free- kimchi , sayuran , ikan bilis , sup mahupun porridge sebagai penambat selera.





alang-alang chef obie nak share Resepi Pancake Korea yang menggunakan Daun bawang dikenali sebagau PAJEON. Kalau menggunakan Daun kucai namanya BUCHUJEON. 


Resepi Pajeon @ Buchujeon (Korean Pancake)


Bahan Utama

2 cawan tepung gandum

4 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur
1 1/2 cawan air
1 cawan kucai @ Daun bawang (potong setiap jarak 3 inci)
Sedikit cili merah @ cili padi 
Garam secukup Rasa
10 ekor udang kecil @ sederhana dibuang kulit
1 ekor Sotong kecil dipotong kiub



Cara Penyediaan :

1 Satukan tepung gandum, tepung jagung,baking powder dan garam ke dalam mangkuk , gaul mesra.

2.Kemudian masukkan telur ke dalam adunan tepung dan kacau dengan konsisten.

3.Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati. Jika adunan agak cair sila tambah sedikit tepung gandum.

4.Gaulkan mesra dengan kucai ,udang , sotong dan cili merah @ cili padi . 


5.Panaskan kuali  @ non stick pan letak sedikit minyak (gunakan api sederhana sahaja ). 

6.Apabila pan cukup panaa, masukkan sesenduk adunan sukat mengikut ketebalan yang disukai.( orang korea auka sederhana tebal & ada yg suka agak tebal - maklumlah chef obie pernah campur ngan orang korea..jadi serba sedikit citarase orang sana tu kita faham )


7.Terbalikkan pajeon @ buchujeon apabila permukaan masak. Jangan sampai kucai hangus untuk bahagian atas.

8.Apabila telah siap, boleh dinikmati bersama kicap dicincang bersama bawang putih , sos pedas korea, mahupun cili potong dan sos ikan. 

Adunan diatas boleh menghasilkan 3-4 keping pancake korea yg standard !



Daebak !!!!! Jangan kata abang tak payung








Terima Kasih

Chef Obie sebagai perunding dan ketua juri di MAHA 2016

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera ,

Syukur ke hadrat Ilahi , semua planning dan urusan karier chef obie hujung tahun ini berjalan dengan lancar dan banyak moment-moments yang enjoy!

Terima kasih kepada semua yang menyokong chef obie sama ada di alam maya mahupun realiti , amat chef obie hargai.

Salah satunya chef obie merupakan chef yang merancang dan ketua juri dalam PERTANDINGAN MEMASAK di MAHA 2016 @ Pameran Antarabangsa Pertanian , Hortikultur Dan Agro pelancongan Malaysia 2016  .Selain merupakan consultant @ perunding untuk masakan berasaskan pelbagai jenis sotong untuk hidangan katering VIP dan Pra Pelancaran MAHA 2016 oleh  Menteri Pertanian dan Asas Tani YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek.




MAHA 2016 telah berlangsung di Tapak Ekspo pertanian Malaysia ( MAEPS ) Serdang ,Selangor pada 1 Disember hingga 11 Disember 2016.




Chef obie turut dibantu oleh chef profesional yang lain seperti chef hamza jm , chef danial wong & chef rahim





Selain sebagai juri , chef obie juga sempat membuat demonstrasi memasak menggunakan ikan tuna !


-Memotong Ikan Tuna Santai


-Tuna Gourmet Sandwich


-Tuna Salad 


-Asam Pedas Berempah Tuna


Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign