CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 4 Disember 2012

Resepi Chocolate Ganache / Chocolate Ganache Recepi

Salam obie kali ini, nak sharing
"Resepi Coklat Ganache "
Mudah untuk menyediakan bahan bagi resepi coklat ganache :

1- 400 gram dairy whip cream atau dalam bahasa Melayunya krim putar.
2- 500 gram coklat masakan atau dark chocolate Coins ( obie suka gunakan jenama cicao - obie beli di kedai pembekal Artisan supplier di sebelah tesco extra Ampang-anak syarikat Aeroshield ).
3- 2 sudu besar Madu

Nota tambahan : Jika anda sukar untuk mendapatkan dairy whip cream ( obie suka gunakan brand Anchor ),
anda boleh menggantikannya dengan susu segar atau susu pelbagai perisa coklat atau strawberry..heee jika suka la.
Coklat masakan pula boleh digantikan dengan serbuk koko atau cocoa powder / dark cocoa powder.

Cara-caranya-
1) Campurkan coklat masakan atau dark chocolate( dark chocolate coin tak perlu dicincang ) yang telah dicincang kecil bersama dairy whip cream ke dalam satu bekas.
2) Panaskan bahan-bahan ini sehingga coklat masakan menjadi cair. Anda boleh menggunakan kaedah double boil atau menggunakan microwave.
Pastikan anda menggunakan haba yang sederhana dan tidak terlalu panas, dalam erti kata lain panaskan secara perlahan-lahan.
( kalau gunakan microwav3e pastikan wrapping di permukaannya dengan menggunakan cling film )
3) Kacau campuran coklat dan krim putar sehingga sebati.Jangan terlalu ikerap mengacau -boleh menyebabkan campuran split.
( obie memberi anda 2 pilihan cara- anda juga boleh double boiled dahulu dairy whip cream,apabila sudah suam baru masukkan dark chocolate coin dalamnya )
apabila chocolate dan dairy whip cream telah sebati masukkan madu ..kacau sebentar..
4) Biarkan campuran menyejuk buat seketika. Setelah campuran menjadi suam, anda bolehlah mencurahkan coklat ganache anda ke atas kek anda.


Senangkan resepinya... selamat mencuba...LOVE,PEACE AND RESPECT

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign