CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 30 Januari 2013

Cerita lawak - Peguam Dan Saksi ( pelakon kawan obie )

Kali ini Bie saje nak berkongsi cerita lawak ringan...boleh kan..selamat melayan... Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.Peguam ni bernma Cik Eliza bukan nama sebenar tapi nama Kawan Bie...heeee asal kerja buat akaun sekarang sudah bertukar angin..nak jadi lawyer...,Manakala saksi penting ni pula bernama Encik Haitullah juga bukan nama sebenar tapi nama kawan Bie jugak..huuuu pinjam nama korang jap bleh? Peguam ( Cik eliza ) : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan) Saksi ( Haitullah ) : Kenal tuan..eh puan..eehh cik sorry..eh tuan..lawyer kena panggil tuan kan..? Peguam ( Cik eliza ) : (buat tak layan dengan soalan merapu saksi)Boleh awak beritahu kepada kami? Saksi ( Haitullah ): Itu gambar..., tuan. Peguam ( Cik eliza ): Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni. Saksi ( Haitullah ): Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan. Peguam ( Cik eliza ): (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan! Saksi ( Haitullah ): Nama dia Maria Martopo bte Samrah, tuan. Peguam ( Cik eliza ): Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya) Saksi ( Haitullah ): Baru kejap tadi tuan. Peguam ( Cik eliza ): Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi? Saksi ( Haitullah ): Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya. Peguam ( Cik eliza ): Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu. Saksi ( Haitullah ): Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni. Peguam ( Cik eliza ): Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menikam pennya pada gambar tersebut) Saksi ( Haitullah ): Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan. Peguam ( Cik eliza ): Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang) Saksi ( Haitullah ): Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut) Peguam ( Cik eliza ): Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!? Saksi ( Haitullah ): Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan. Peguam ( Cik eliza ): ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG KENA BUNUH TU LAHHHHH!!!!! tu aje..kita iklan jap kay...sesekali cerita lawak ringan... peace Yaow!

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign