Resepi Ikan Keli Masak Berlada Popular
Bahan-bahannya.
6 ekor ikan keli
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
12 biji cili merah
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula
Minyak masak
Serbuk Kunyit
Cara membuat.
Tips bersihkan ikan keli -
Ikan keli disiang dan dibersihkan sebersih-sebersihnya terlebih dahulu. Boleh gunakan limau nipis atau asam jawa untuk menghilangkan bau dan lendirnya boleh juga dilumur garam biarkan seketika kemudian bilas..
1, Anda perlu gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga ikan keli garing.
2. Bawang besar, bawang putih dan cili merah hendaklah ditumbuk atau dikisar kasar. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang itu sehingga hingga cili masak kemudian masukkan air asam jawa dan juga sedikit garam beserta gula.
3.Setelah semuanya mesra anda matikan api, dan tuangkan sambal itu di atas ikan keli yang telah digoreng. Siap.. dan memang sedap dimakan bersama nasi putih .
As Salam, heee.. hari ni chef obie kongsikan kepada anda resepi ikan keli masak berlada yang
mudah dan sedap!Kepada anda semua perlu tahu keistimewaan dan kebaikan ikan keli ini berbanding ikan yang lain....
Kuala Lumpur (Malaysia) –Technology Park Malaysia (TPM) menerusi penyelidikannya mendapati ikan keli atau nama saintifiknya, Clarias gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g).
Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.
Kajian Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat
Penyelidikan yang dikendalikan oleh Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik. Kaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu; ia adalah ideal untuk diet kesihatan. Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, sistem peredaran dalam badan. Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung
Selain mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. "Kebaikan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, Ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan.
Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan banyak kebaikanya.
Tips:
Omega-3 yang terdapat dalam ikan keli membantu:
- Menyelesaikan masalah kemandulan.
- Dapat menyuburkan rahim.
- Ianya juga boleh merawat kanser awal.
Kredit Info- Khasiat Ikan Keli
Jelaskan... ikan keli ni banyak kebaikannya untuk tubuh badan kite...harga pun murah selain mudah didapati dipasar mahupun kedai runcit yang ade menjual ikan ... apa lagi kak long - kak long abang long abang long..
mulai sekarang bolehlah selitkan menu bulanan- masakan berasaskan ikan keli
okaylah jom kita layan lirik dan video music dari kumpulan Forteen - Kita Tidak Pernah Berjumpa
Forteen - Kita Tidak Pernah Berjumpa
Andainya kita tidak pernah berjumpa
Mungkin bisakah aku mengenali cinta
Cinta
Andainya kita tidak pernah bertemu
Mungkin bisakah aku tahu erti rindu
Tahu erti rindu
Sayangku
Wooo ooo
Wooo ooo
Ku sayangmu
Andainya kita tidak pernah berjumpa
Mungkin bisakah aku berasa bahagia
Berasa bahagia
Sayangku
Wooo ooo
Wooo ooo
Ku sayang padamu
Andainya kita tidak pernah berjumpa
Tak kenal cinta
Tahu erti rindu
Tak merasa bahagia
Andainya kita tidak pernah berjumpa
Tidak pernah berjumpa
Kau cinta matiku
Tidak pernah berjumpa
Tidak pernah berjumpa
Facebook : chefobie untold
Instagram : chef_obie_official
website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com
whatsapp : 0172260719