CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 17 September 2015

DIY Resepi Laksa Johor Popular



Share & LIKES


RESEPI LAKSA JOHOR CHEF OBIE

Bahan:

1 paket spageti (direbus terlebih dahulu)

Bahan A: 
Direbus dan dikisar (asingkan)
1 kg ikan kembung / selayang@sardine / selar mata besar
120 gm udang basah
1 sudu besar udang kering

Bahan B 
(dikisar):
4 biji bawang besar
10-15 tangkai cili kering 
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai 
2 keping asam gelugur@ keping
1 1/2 cawan santan pekat
1 liter air
1 paket kerisik
3 sudu besar rempah kari

Bahan hiasan:

8 biji limau kasturi
1 biji timun (dihiris halus)bahagian tengah dibuang
segenggam tauge segar
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah dan hijau
Sedikit daun kesum/daun selasih

Bahan sambal belacan LAKSA JOHOR:

15 btg Cili kering ( direbus terbih dahulu )
1 inci belacan (dibakar)
Garam secukup rasa
3 biji limau kasturi @ 1 biji limau nipis ( perahan air sahaja )

Cara membuat:

Pertama sekali- Rebus spageti dan tos terlebih dahulu.Rebus ikan, udang, udang kering dan asingkan tulang dan kisar hingga halus bersama air rebusan.

Untuk menyediakan kuah , tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B sehingga wangApabila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam beberapa minit.

Masukkan ikan, udang, udang kering dan ikan kurau kering yang dikisar tadi.Masukkan santan pekat , kerisik diikuti dengan air dan masukkan asam keping.Perasakan garam dan gula secukup rasa.Masak sehingga kuah pekat dengan api kecil selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam,lebih lama masak dgn api kecil kuah lebih tahan lama walau tidak simpan dlm peti sejuk..apa pun kuah laksa dah power x simpan dlm peti ais..habis aje! Selamat mencuba di hujung minggu..

FOLLOW IG : chef_obie_official


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign