Share & likes
▼
MAKARONI AYAM ALFREDO DAN PUFF AYAM RADISH
Bahan Alfredo
100 gm Macaroni ( direbus dengan minyak dan sedikit garam terlebih dahulu )
60 gm Hirisan Daging Ayam Panggang
1biji Bawang merah ( dicincang )
1 ulas Bawang Putih ( dicincang )
½ sudu kecil Lada Hitam ( diketuk )
½ cawan Krim Masakan
Garam secubit
1 sudu Keju Parmesan
Daun Selasih segar secukupnya
Minyak zaitun
Cara membuat :
1.Panaskan pan, sedikit minyak zaitun, tumis bawang merah , bawang putih sehingga naik bau, masukkan ayam, kacau sebentar.
2.Masukkan krim masakan, apabila mendidih, masukkan pasta macaroni dan kacau mesra , mesukkan sedikit garam , lada hitam dan daun selasih segar. Kacau lagi . Matikan api dan taburkan diatas macaroni dengan keju parmesan.
Bahan inti Puff
100gm Hirisan Daging Ayam / Daging Ayam Cincang
1batang Lobak Putih ( kecil – dan dipotong memanjang )
½ batang Timun Jepun ( dipotong memanjang )
1batang Cili merah ( dipotong memanjang )
2 ulas Bawang putih ( dicincang )
1 sudu kecil Lada Hitam
½ cawan Krim Masakan
1 ½ sudu kecil Garam
8potongan Puff Pastry ( boleh buat sendiri atau beli )
1 biji Telur Kuning
Minyak zaitun
Cara Membuat
1.Tumis bawang putih sehingga naik bau, Masukkan ayam dan kacau mesra.Kemudian masukkan lobak putih , timun jepun , cili merah dan lada hitam.
2.Masukkan pula krim masakan, apabila agak pekat masukkan garam ,kacau sebentar dan matikan api.Sejukkan dahulu sebelum di isi dalam puff. Apabilla siap diisi dalam puff, sapukan telur kuning pada permukaan puff.
3.Bakar puff pada suhu 180'-200'c 35 minit -40 minit. Siap untuk dihidang
Follow my ig : chef_obie_official
Kelas / Bengkel Masakan & Baking
Untuk Amateur & Profesional -0172260719 chef obie