CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 11 Oktober 2016

Resepi Berasaskan Sotong : Sotong Masak Ungkep

RESEPI SOTONG MASAK UNGKEP

Bahan
1 1/2 kg Sotong Saiz sederhana @ kecil
3 labu Bawang Merah kisar
1 Ulas Bawang Putih kisar
2 Sdb Biji ketumbar ( disangai dan kisar @tumbuk )
1 Sdb Jintan Putih ( disangai dan kisar @tumbuk)
2 Sdb Jintan Manis ( disangai dan kisar @tumbuk )
1/2 Sdb Lada Hitam ( tumbuk )
1 inci Kunyit Hidup ( tumbuk )
1 inci Halia kisar
1/2 inci Lengkuas kisar
1/2 inci Belacan
1 kotak kecil Santan ( Kara @ Harmuni )
1 keping Asam Gelugor
Gula & garam sebagai perasa
2 batang Serai diketuk
Air jika perlu


Cara Penyediaan :
1. Panaskan pan @ kuali , Masukkaan ke semua bahan kisar dan serai.

2.Setelah mendidih masukan , belacan, aaam gelugor , santan dan kacau mesra.Pastikan api jangan terlalu besar.Api dalam keadaan sederhana atau kecil. Masak jangan dipaksa siap cepat.Hidangan ini tidak akan sempurna.

3.Apabila telah mendidih dan bubbling kecil masukkan sotong.Biar sehingga kuah memekat.

4.Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula.
Siap untuk dihidang.


Hidangan istimewa dan mudah untuk dimasak ini boleh dinikmati bersama nasi putih,nasi impit,ketupat dan sebagainya.
Sesekali ubah menu selain menu rendang.
*resepi ungkep ini bahan utama boleh diganti dengan Ayam / Daging / Udang / Hati Ayam @lembu / paru boleh tambah ubi kentang utk berdaging.


Follow my ig : chef_obie_official
Whatsapp Cooking Group : 0172260719



Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign