CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 27 Mac 2017

Resepi Aneka Ayam Antarabangsa : CHICKEN PERI PERI KATI KATI BBQ CHEF OBIE

Tak sabar juga rasanya ..ni kepada yang layan komik & superhero macam chef obie ni..
apa taknye..Trailer - Justice League ( extended ) dah dileluarkan...heee..

Apa pun Salam isnin..semoga hari-hari anda semua ...bermula dengan rasa syukur..dan nikmatilah rutin hari ini dengan semangat untuk lakukan yang terbaik!keep positif..

Hari ni chef obie nak kongsikan RESEPI aneka ayam antarabangsa :  CHICKEN PERI PERI KATI KATI BBQ CHEF OBIE ..
macam mana tu boleh panggil peri peri dan kati kati...okaylah namapun chef.. apabila resepi peri peri chef kombinasikan dengan bbq afrika...yang dipanggil kati kati !orang afrika belah Cameroon sana memang popular dengan ayam kati kati nye itu... memang syok..la..korang mesti cuba ! 
Cuma chef tidak sediakan pasangan kepada kati kati ini iaitu - 

1- njama njama ( sayur goreng )

2- fufu ( jagung @ cornmeal )

3- Sos kati-kati ( sebab chef dah guna sebagai bahan perapan dan telah mixed dengan gaya peri peri ) 

satu dalam dunia cuma dalam blog chef obie ni aje ade RESEPI CHICKEN PERI PERI KATI KATI BBQ CHEF OBIE hahahaa..variasi la katekan! kalau jumpa kat blog lain jawabnye...inspirasi dari resepi chef obie ni la...hahahaha its okay..chef halalkan..kalau boleh tu sila beri kreditlah pada chef obie..dah biasa sangat blogger mahupun whatsapp group masakan ambil resepi..pastu direct kata die orang yg punye...tak patutkan..
sedih tau !


Bahan Utama :

1 ekor ayam di bersihkan di potong 2 @ 4 @ 8 @ 10
5 biji cili padi merah dikisar bersama 2 sudu besar tomato puree
1 sudu besar serbuk bawang putih ( garlic powder )
1 sudu besar serbuk bawang ( onion powder )
1 biji cili capsicum
2 biji perahan lemon 
1 sudu besar paprika powder
1 sudu besar Cayene powder
1 sudu kecil garam
2 kiub pati ayam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar oregano segar @ kering
1/2 sudu kecil serbuk cili merah
1/2 cawan minyak masak
1/2  sudu besar lada hitam tumbuk


Cara Penyediaan :

1. Satukan kesemua bahan diatas dalam mangkuk , kacau mesra dahulu semua bahan menjadi seperti dressing spicy - biar seketika 10 minit dalam peti sejuk sebelum diperapkan atau di marinated pada ayam.

2.Setelah 10 minit , bolehlah marinated bahan perapan ke atas ayam . ( pasti ada baki bahan perapan simpan dahulu kerana ia akan digunakan ketika dalam proses memanggang )

3.Panaskan ayam seketika atas non stick pan @ kuali tanpa minyak , sila pastikan setiap permukaan kulit ayam dipanaskan ( bagi memastikan rongga kulit ayam telah garing dan akan menjadikan ayam panggan kite nanti ber juicy walay selepas dipanggang ) - ini tips chef obie
proses ini ambil masa sekejap sahaja dalam 4-5 minit.

4.Masukkan ayam yang telah dipangang sebentar tadi di atas non stick pan @ kuali ke dalam ketuhar @ oven , Sila panggang pada suhu 180-200 'c selama 45 minit , 
20 minit pertama - anda boleh sapukan lebihan bahan perapan ke permukaan ayam kemudian sambung lagi panggang.

5.panggang sehingga selesai , dan enak dihidang begitu shaja juga boleh dinikamti bersama nasi , sos peri peri , black pepper sauce , cheeszy sauce mahupun cili sos dan tomato sos seperti citarasa gaya orang Malaysia ..terbaik.
selamat mencuba !

okaylah korang layan trailer justice league ni..memang best !










Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign