iaitu Ayam Semur Bali @ Ayam Masak Bali ! apabila chef obie yang memasak jadilah Ayam Semur Bali Ala Chef Obie.
Anda boleh juga nikmati lauk ini bersama nasi putih , nasi minyak , nasi tomato , nasi butter, nasi impit , ketupat mahupun lemang.
gambar courtesy Google
ANEKA RESEPI AYAM :
Ayam Masak Bali atau Ayam Semur Bali Ala Chef Obie
Bahan Utama:
1 ekor Ayam potong 12 atau 12 ketul Peha Ayam
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan pekat
1 mangkuk bawang goreng tumbuk lumat
3/4 cawan kicap lemak manis
1 cawan cili kisar
4 biji bawang Merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci haliadikisar
1/2 inci lengkuas dikisar
4 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 kiub pati ayam , gula dan garam sebagai perasa
1 Batang Serai diketuk
1 tangkai Daun Limau Purut
1 Tangkai Daun Kari
1/2 cawan bawang goreng ditumbuk
Cara Penyediaan :
1.Tumiskan bahan kisar , serai , daun limau purut dan daun kari sehingga sehingga naik minyak dan wangi.
2.Masukkan bunga lawang dan kayu manis dan cili kisar, bawang goreng tumbuk ,santan ,kerisik dan kicap
3.Kacau perlahan-lahan supaya mesra.
4.Masukkan Ayam , gaul rata dan biar merenah pada api kecil.
5.Akhir sekali perasakan dengan kiub pati ayam , garam dan gula kacau sebentar.
6.Ayam Semur Bali siap untuk dinikmati !
Untuk mendapatkan resepi terkini sila klik link dibawah
57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR 2017
FB : chefobie untold
IG : chef_obie_official
whatsapp : 0172260719
website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com ( Utama- profesional )
chefobie.blogspot.com ( coretan peribadi )
sajianlazat.blogspot.com
chefbiskut.blogspot.com