CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 17 Jun 2017

Kuih Raya Moden Trending : RESEPI NESTUM BAR POPULAR CHEF OBIE

Apabila dlm blog chef..perkataan & link yang menjadi trending ialah " nestum bar chef obie " tapi tiada resepi dikongsikan melainkan info untuk menempah nestum bar aje..Tak syok lah macam tu kan..jadi
Petang ni chef terbuka hati ingin berkongsi ilmu dalam pembuatan nestum bar ini..
yang penting nestum cereal original tu mesti digunakan..yea


Moga-moga ada keberkatan kite bersama dalam bulan Ramadhan ini. Doakan lah chef obie ni murah rezeki dan sihat untuk melakukan pelbagai aktiviti duniawi mahupun ukhrawi.InshaAllah Aamiin...

Rasanya masih belum terlewat juga chef obie ingin memberitahu khabar berita sedih pada 18 hb Ramadhan 1438 yang lepas , Mak chef obie telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Banting. Wad 6 Bilik Isolation pada pukul 1050 pagi.

Ya Allah Semoga mak di tempatkan dalam golongan Insan terpilih , tempatkanlah mak dalam syurga firdausMU Ya Allah dan dijauhkan lah mak daripada api nerakaMU

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

Pihak chef dan keluarga juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada staff hospital banting terutama wad 6 dan juga ICU/CCU sepanjang mak berada disana , Kalian semua sungguh dedikasi dan sentiasa ada dan membantu kami dalam bersama menjaga mak dan memberi rawatan yg terbaik untuk mak.
Mak berada di Hospital Banting bermula 23 hb April 2017 hingga 13 hb Jun 2017

Al Fatihah untuk mak...


RESEPI NESTUM BAR CHEF OBIE

Bahan Utama

400gm Nestum Cereal ( boleh guna yg timbang @ packet murah jika korang kosting )
1000 gm @ 1kg Milk Chocolate Compound ( dicairkan )
100 gm Serbuk Horlicks
100 gm Kacang Tanah di panggang @ digoreng ( ditumbuk )
100 gm Almond Nibs ( dipanggang )
3 sudu besar Cocoa Butter
1 sudu kecil Coffe Esen
1/2 cawan minyak masak

Bahan Salut

200 gm Cereal Nestum
100 gm Horlicks

Cara Penyediaan :

1.Satukan ke semua bahan dalam bowl sehingga adunan mesra .Gunakan wooden spatula atau plastik spatula.
2.Padatkan adunan ke dlm loyang pilihan korang sama ada saiz 11 x 11 , korang boleh gunakan 2@3 loyang utk resepi ini. Saiz mengikut pilihan korang sendiri.
3.Sila pastikan loyang korang letak partchment paper terlebih dahulu sebelum korang nak padatkan adunan.
4.Biar ketepi dan NESTUM BAR akan set sendiri.Kalau korang jenis tak sabar .korang boleh letak dlm peti sejuk.
( chef tak galak simpan peti sejuk kalau korang nak buat bizz..sbb mudah fungus jadi sabar itu lebih berbaloi ok )
5.Apabila adunan dlm loyang dah set.Potong dgn kemas.
6.Salutkan dengan bolak balikkan potongan nestum bar ke dlm nestum + horliks


whatsapp / telegram
60172260719
chef obie

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign