Salam Jumaat, Terima kasih kepada anda yang melawat blog chef obie hari ini,Posting info asas untuk anda mengenali pangkat-pangkat atau rank didalam dapur beserta dengan tugasan dan tanggungjawabnya.Sebelum itu jika anda mempunyai sosial media seperti Facebook ,Dengan sukacitanya chef obie menjemput follow untuk lebih mudah anda menerima info,resepi-resepi mahupun perkembangan terkini kelas-kelas masakan perniagaan kelolaan pihak chef.
Jom Follow FB : chefobie untold
TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB ORGANISASI DAPUR PROFESIONAL
Tugas dan tanggung jawab organisasi dapur akan chef obie jelaskan berdasarkan tugas masing masing secara menyeluruh manakala secara terperinci akan chef jelaskan dalam updated info dalam blog ini pada minggu hadapan :
Berikut merupakan organisasi dapur beserta tugasnya :
1. Chief Cook ( Executive Chef ) juga Chef De Cuisin atau dipanggil dengan “Chef” sahaja. Pekerjaan seorang Chef lebih banyak bersifat administrative. Pada Hotel kecil seorang Chef masih diperlukan untuk turun padang @ turut mengolah makanan & menu . Tugas dan tanggung jawab seorang Chef antara lain seperti berikut :
1. Mengelola dapur yang menjadi tanggung jawabya.
2. Menyusun dan mereka cipta Menu
3. Membuat standard recipe beserta food cost nya
4. Membuat purchase order ( bahan-bahan ).
5. Membuat perkiraan ( forecast ) yang akan dicapai.
6. Memimpin staff dan bawahannya.
7. Mengawasi perjalannya operasi dapur terutama pada ketika Hotel atau restaurant dibuka.
2. Assistant Chief Cook ( Sous Chef )
Tugas dan tanggung jawabnya a d a l a h menggantikan kedudukan Chef apabila dia berhalangan atau sedang bercuti ( day off ).
3. Chef de Partie
Tugasnya memastikan kelancaran operasi, . Mengorganisasi dan membahagi tugas dan pekerjaan pada staff bawahannya, dan ikut secara Langsung dalam mengolah dan menyediakan makanan.
4. Demi Chef
Adalah wakil Chef de Partie, tugas dan tanggung jawabnya adalah sama.
5. Cook / Commis
Setiap Chef de Partie dibantu oleh juru masak atau tukang masak ( Cook ) dalam melaksanakan tugas dan tanggung jawabnya dan jumlahnya bergantung pada volume pekerjaan atau keperluan setiap bahagian di dapur seperti Cold Kitchen , Main Kitchen dan Pastry Kitchen . Commis 1 atau 1st Cook ( Senior Cook ) a d a l a h pangkat yang biasanya diberikan Kepada seorang Cook yang dianggap mampu u n t u k mengambil alih tanggung jawab atasannya dan untuk beberapa hal dia diberi kebebasan untuk bertindak sebagai “ Chef de Partie /Demi Chef” apa bila keadaan memerlukan, contohnya nya sakit, cuti, (day off ) ataupun emergency leave, sedangkan Commis 2, Commis 3 / Cook Helper adalah sebagai pelaksana y a n g bekerja atas perintah atasannya. Pangkat mereka dinilai berdasarkan kecakapan / kemampuan d a n lamanya bekerja. Pasti lepas ini mudah sedikit untuk anda jelaskan kepada yang bertanyakan mengenai tugasan dan tanggungjawab mereka-meraka yang penting dalam dapur profesional ini, dalam masa yang sama chef obie ingin berkongsikan tanggungjawab sosial kepada komuniti ...informasinya dibawah ini.
Salam
Maaf , menulis malam ni bukan untuk berkongsi resepi atau yang berkaitan dengannya.
Tetapi ia lebih sebagai perkongsian santai dari hati yang tak lah seberapa baik ini.
Mungkin pada anda , tajuk yang chef tulis ini tidaklah menarik mana...,jika ia tidak menarik dan tidak memberi apa-apa keuntungan-
Anda bolehlah scrool atau klik ke informasi yang lain dlm internet ini..
Terima Kasih sekurangnya , anda pasti terbaca posting FB- chefobie untold diatas.
Sekadar ingin menjentik hati-hati
Yang ada sekarang ini,
Ia memang berlaku dalam kehidupan harian dalam masyarakat kita hari ini.
Suka atau tidak,
chef harap setiap dari kita muhasabah diri sebentar ,
Ya, betul anda sibuk dengan kerja, dengan urusan keluarga anda , perniagaan anda , suami anda , isteri anda , anak-anak anda setiap hari...
Cubalah
Ambil sedikit masa bertanyaakan khabar keadaan mak abah dikampung mahupun di taman, dipondok ke , di pangsapuri ke , apartment ke , kondo ke.., 10 minit sahaja setiap hari untuk permulaan anda memulakan kehidupan anda setiap hari. Jangan anda kata tiada telefon untuk dihubungi. Cuba fikirkan cara bagaimana untuk anda mula berbicara menghilangkan rasa rindu dari orang tua anda disana.Ingatlah Keberkatan hidup anda kalau tidak daripada Doa-doa kedua orang tua, Anda tidak kemana la..walau anda ni doktor , engineer , ada master phd pelbagai lapangan..dari universiti luar negara mahupun tempatan..itu semua tak ada nilai..mungkin dari zahir anda kelihatan hebat..tapi hakikatnya hidup anda tak bahagia , tak mencukupi dalam banyak hal...rezeki anda tiada keberkatan... ingat maksud rezeki itu luas...
( Cubalah berfikir sebentar keadaan ke dua orang tua anda , dah makan ke mereka , ada duit ke untuk mneruskan kehidupan mereka , kesihatan mereka lagi macam mana...Anda sepatutnya bersyukur sekiranya kedua orang tua anda masih hidup dan bernyawa, kerana jika hilang mereka..hilang juga doa-doa mereka dan keeberkatan hidup anda ...juga berkurang )
Sekadar berkongsi rasa,
kerana apa yang berlaku dihadapan mata chef , mahupun dari yang terdekat mahupun rakan taulan juga kenalan Isu nya sama.. MENGABAIKAN KEBAJIKAN KEDUA IBU BAPANYA , juga.. adik beradik anda yang tidak senasib baik seperti anda.Pasti ada adik-adik anda atau abang atau kakak anda yang sukar kehidupannya.Cubalah ringankan tulang membantu dari segi apa pun,Usah malu jika mereka tidak sehebat anda. Tapi anda yang rasa diri berjaya ini yang patut malu pada Allah !
Jangan terlalu lama mendongak ke langit...
Semoga kita semua dijauhkan dari berlaku sedemikian ke atas diri kita..
sedar atau tidak sedar...
Tetiba pulak ada pic candy coconut , actually chef terjumpa candy coconut ni kat restauran mamak di telok panglima garang , chef pun beli dan menikmatinya..sebab ia mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak chef dulu...Ia tiada kena mengena dengan tajuk posting diatas..ia sekadar iklan ringan..dari chef obie , korang kalau jumpa candy ni bolehlah cuba yea..masih lazat seperti dulu !
Maniskanlah senyuman semanis candy coconut...
Be Good To others
Maaf Salah & Silap juga kekurangan tulisan chef malam ni...pendek aje..sebab tak sanggup nak tulis panjang-panjang, kite semua PENDOSA ! Semoga ada sedikit kebaikan dari perkongsia malam ni...have a sweet dreams
#chefobie #tanggungjawabsosialchefobie