RESEPI MACAROONS CHEF OBIE
Salam Jumaat , sukacita Chef Obie kongsikan kembali resepi - resepi di scomed , resepi kali ini merupakan manisan dari france iaitu Macaroons yang telah dikongsikan sejak tahun 2013 . Sedar tak sedar dah 10 tahun juga ia membantu anda yang memerlukannya. InshaAllah semoga perkongsian kecil ini bermanfaat .
Bahan
4 biji (160g) telur putih ( perlu di age dahulu )
120g gula kastor
160g serbuk badam
230g gula aising
esen vanilla
Inti:ganache,coklat ganache ,peanut buuter ,kiwi fruit filling,blueberry fruit filling dan mpelbagai jenis filling yang anda suka boleh digunakan
Cara Membuat:
Tapis bersama serbuk badam dengan gula aising.
Kemudian pukul putih telur dengan gula kastor sehingga kembang dan tidak jatuh apabila bowl diterbalikkan ( sehingga boleh bertanduk )
Masukkan esen vanilla ,pukul sebentar. kemudian masukkan sikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih.Kacau perlahan- lahan .Masukkan pewarna dan guna teknik kaup balik hingga sebati.
Masukkan adunan yang dah siap ni ke dalam piping bag yg telah diletak nozel bernombor 10 berupa bulat kosong sahaja, paipkan adunan sebesar duit 20sen / 50sen ke atas dulang yang di alas dengan baking paper.
Anda boleh lukis terlebih dahulu berpandukan duit syiling 20 sen / 50 sen atas kertas parchment .
Jarakkan setiap satu lebih kurang 4 cm
Pecahkan gelembung udara yang terbentuk di permukaan macarons ( boleh guna jarum peniti atau toothpick )-untuk mengelakkan permukaan macarons berlubang dan tidak cantik bila dibakar.
Ketuk-ketuk bahagian bawah tray utk meratakan adunan.
Biarkan macarons kering atau tidak melekat apabila disentuh dengan jari sebelum dibakar.
Lebih kurang 40minit sebelum dibakar.
Bakar dalam oven pada suhu 140-150'c selama 15 minit-18 minit.Sejukkan sebelum anda paipkan inti. Selamat mencuba resepi macaroons chef obie...chef sharingkan resepi istimewa ini untuk anda yang tercari-cari resepi macaroons....ingat rajin-rajin practice buat macaroons , practice make perfect .
Jom Bijak Bisnes Bersama Chef Obie , Dapatkan eBook Resepi Chef Obie - Cara Buat Premix APAM BALIK CRISPY untuk peniaga laris maju ! Hanya RM19.90
Harga kasih sayang untuk mereka yang bijak bisnes !

Pix Google Credit
Sila Buat Pembayaran RM19.90 Ke Akaun MAYBANK 151409098193
Atas Nama Muhamad Gunawan
Setelah Membuat Pembayaran
Sila Whatsapp👉 WhatsApp Chef Obie 0172260719
Chef Obie – Chef Profesional / Culinary F&B Consultant
Berpengalaman luas dalam industri Kulinari + F&B termasuk:
Menghidangkan masakan tempatan & antarabangsa
Pastri, kek & konfeksi
Pernah menghidangkan masakan, pastri,bakeri dan konfeksi untuk King Fadh Arab Saudi, Sultan Brunei, VIP & VVIP Malaysia
Anak didik Golden Hand Executive Pastry Chef Mahmod
Anak didik Executive Chef William H. Hewitt (Wimbledon)
Berpengalaman mengurus & memasak sehingga 20,000 pax
- Berpengalaman Set Up Central Kitchen- Restoran / Cafe / Foodcourt






