CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 17 Mei 2014

Resepi Kek Coklat Moist Tepung Hairan




TEPUNG HAIRAN
Kepada anda yang berminat menceburi perniagaan membuat pelbagai jenis kek dengan hanya menggunakan satu jenis tepung segera @ lebih dikenali dengan nama Tepung Hairann

"Chef Obie sebagai Duta Tepung Hairan"

Sukacita chef obie berkongsi pelbagai resepi menarik yang boleh dihasilkan hanya menggunakan Tepung Hairan, chef obie telah Berjaya memvariasikan tepung hairan menjadi lebih 60 produk seperti kek red velvet ,kek coklat Badam Moist,kek coklat mocca moist kek,coklat crumble muffin, coklat crunchy cookie dan pelbagai lagi .Hanya perlu campur air dan minyak mampu menghasilkan kek coklat moist yang sedap dan menyentap selera!


Tepung Hairan yang dijual pada harga berpatutan dan telah 4 tahun berada dipasaran menjadi pilihan usahawan online tempatan.Kini telah menjadi buah mulut peminat-peminat kek tempatan kerana keenakan dan kesedapan kek yang dihasilkan daripada tepung hairan!

Jangan Terlepas Peluang Bersama Team kami! 



Testimoni pelanggan Tepung Hairan!









Tepung Hairan Coklat Moist...Paling luar biasa dan menghairankan 
Tepung ini mampu mampu dijadikan lebih 60 jenis kek,cookies,muffin, cupcake dan pelbagai lagi...
malahan brownies yang mantap juga boleh dihasilkan .

Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan tepung hairan 
atau ingin menjadi agen di seluruh Malaysia juga Sabah & Sarawak 

Puan Roazura : 019 2912915 / whatsApp

order@tepunghairan.com




Kepada anda yang tercari resepi mudah membuat kek coklat moist yang sedap
chef obie ingin sharing resepi bersama

Kek Coklat Moist Tepung Hairan

Bahan

1 paket Tepung Hairan
1 cawan Air 
1/2 cawan Minyak Masak

Cara Membuat

1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
2.Tuang ke dalam tin pembakat,Gunakan tin pembakar kek 7 inci yang telah digris.
3.Bakar pada suhu 150-160'c selama 40-45 minit. Jika anda menggunakan teknik mengukus sila kukus 
sehingga 50 minit atau1 jam .

Kek Coklat moist yang telah dibakar atau kukus sedia unutk diganache;

Resepi Ganache @ topping

Bahan

1 paket Topping @ ganache Hairan
1/2 cawan Air 

Cara membuat

1.Satukan air ke dalam bahan topping@ganache, kacau sebati, boleh dipanaskan sebentar 1 minit microwave atau oven.Kacau sehingga menjadi topping yang pekat dan berkilat.Sedia untuk dituang keatas kek coklat moist memang menyelerakan.

Penyediaan kek coklat moist paling mudah! 

Tepung Hairan Di Media






Segera Hubungi : Puan Azu
0192912915 / WhatsApp
Facebook: Tepung Hairan

www.tepunghairan.com




Terima Kasih

Jumaat, 16 Mei 2014

Resepi Nasi Ayam Penyet



Bahan-bahan ( 5-6 orang )

Untuk Ayam


1 ekor ayam – potong 8 bahagian,

(rebus selama 8- 10 minit dan toskan )

jika korang suke air rebusan ayam ni boleh digunakan untuk masak nasinya..



½ sudu besar Jintan Manis – sangai / goreng tanpa minyak
½ sudu besar Jintan Putih – sangai / goreng tanpa minyak
3 1/2 sudu besar Biji Ketumbar – sangai / goreng tanpa minyak
secubit serbuk lada hitam
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1/2 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
2 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng


Bahan Untuk Sambal


Sedikit minyak masak

12 batang Cili merah

8 biji Cili padi

10 biji Bawang kecil /merah, hiris

3 biji Bawang putih, hiris
6 biji Tomato, potong wedges
1 inci Belacan
Segenggam Ikan Bilis digorerng
2-4 sudu besar gula merah atau melaka
Garam /secukup rasa


Bahan Untuk Nasi


3 cawan beras dibasuh dan ditoskan

3 ulas bawang putih

1 btg Kulit kayu manis

3 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang
sedikit mentega atau marjerin
garam
1 kiub pati ayam
secubit garam
6 cawan air rebusan ayam 


atau



3 cawan Beras dibasuh dan ditoskan

6 cawan Air

2 helai Daun Pandan


Cara-cara

Ayampenyet

1.Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.- paling cepat 2 jam, 
kalau ade kes-kes urgent!

2.Goreng ayam hingga garing dan ketuk apabila telah siap digoreng!

3.Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu..
Setelah perap semalaman, campurkan pula pada tepung beras.digolek-golekan yea..Kemudian-
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal Penyet

1.Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng pula belacan sekejap aje tau.

2.Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng.

3.Kemudian, Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa hancur.Dan masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan,lepas tu masukkan gula merah dan gaul rata, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

Untuk Sup

1.Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi Ayam Penyet
1.Panaskan mentega atau marjerin. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 4-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam Tunggu sehingga menggelegak kemudian bolehlah pindahkan ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa ea..

atau 

1.Masak macam nasi biasa, letak daun pandan sahaja.







Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign