CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 24 Ogos 2015

Info Daging Lembu Dan Kambing Juga Resepi Daging Dendeng



Assalammualaikum wbt , 
Alhamdulillah hari isnin ini chef obie berkesempatan berkongsi sedikit sebanyak mengenai daging lembu dan daging kambing, semoga perkongsian ini kita bersama dapat manfaatnya.







Daging Lembu vs Daging Kambing

Daging mempunyai kandungan protein yang tinggi. Daging lembu dan kambing terdiri daripada jenis daging merah.

Jenis-jenis bahagian daging:

Daging paling lembut 

  • rib
  • sirloin
  • short lion
Daging lembut
  • chuck
  • round
Daging kurang lembut
  • flank
  • short plate
  • brisket
  • shank


Tips Cara memotong Daging

  • Sebelum daging dipotong seharusnya terlebih dahulu dibuangkan lemak atau serat, selaput keras yang menempel pada daging tersebut.
  • Pada beberapa bahagian daging mempunyai lebih dari satu otot daging, misalnya mempunyai 5 otot daging. Maka setiap otot harus dibuangkan dulu mengikuti selaput pembahagian setiap otot, baru kemudian daging tersebut dipotong melintang mengikuti arah serat daging tadi
  • Cara memotong daging yang tepat adalah dengan memotong arah menegak atas serat urat daging, jadi memotong searah serat daging…ia akan menyebabkan daging yang sudah dimasak menjadi kenyal atau liat bila dimakan.

Melembutkan daging 
  • Sediakan sebiji betik atau nenas muda untuk daging lebih kurang 3kg. kisar nenas dan betik. Perap bahan tersebut dengan daging tadi dan simpan selama sejam. selepas itu, bersihkan daging dan masak mengikut citarasa masing-masing
Hilangkan bau daging
  • Gunakan tepung gandum atau perahan asam limau.
Kaedah penyimpanan daging

Daging yang telah dimasak

  • Sejukkan daging yang telah dimasak sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  • Daging yang disimpan di dalam peti sejuk tahan selama 3 hari
Daging mentah
  • Daging perlu dibungkus dengan dengan plastik kedap udara.
  • Purata suhu penyimpanan ialah 15 °C .
  • Simpan dengan rapi dan tidak terlalu padat
  • Elakkan bercampur daging yang mentah dan yang telah masak
Daging beku 
  • Perlu dibuka dan disimpan di dalam bekas
  • Disimpan pada suhu 18 °C 




RESEPI DAGING DENDENG

Bahan Perapan Daging:
500 gm Daging Lembu
6 sudu besar Kicap Lemak Manis
1 sudu Besar Kicap pekat @ kicap karamel 
1 inci Halia dikisar
2 ulas Bawang Putih dikisar


Bahan Menumis :
100  gram cili kering ( dikisar)
1/2 biji Bawang Holand Di mayang tebal

1 biji bawang besar potong wedges

4 biji bawang merah besar dan dikisar bersama cili kering
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar Jus Plum @ Jus Limau Nipis @ kasturi
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

1.Rebus daging Lembu terlebih dahulu sehingga empuk
2.DiPotong daging nipis-nipis dan tumbuk menggunakan batu lesung , sekadar meleper jangan sampai hancur.
3.Kemudian Perap daging bersama bahan-bahan perapan selama 1 jam
4.Goreng daging, angkat dan toskan
Tumis bawang , bawang holland ,bawang besar dan cili kering sehingga garing dan naik minyak
Masukkan kicap dan gaul rata
Masukkan daging yang telah digoreng tadi
Masukkan garam, gula dan jus plum
Gaulkan dendeng daging,angkat dan hidangkan






Terima Kasih

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Timur ( SMKDPT )



INFO RINGKAS :
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Timur (SMKDPT)
 ialah sebuah sekolah menengah di Masai, JohorMalaysia.
Sekolah Menengah Dato' Penggawa Timur yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Masai. Sekolah menengah ini mula ditubuhkan pada tahun 1965. Oleh sebab bangunan yang sebenarnya belum siap dibina, murid-muridnya terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Masai.
Pada awal tahun 1969, kelas-kelas peralihan telah diadakan bagi pelajar-pelajar yang datang dari Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kenangsaan yang mahu meneruskan pelajaran mereka dalam aliran Inggeris. Ini bermakna dua aliran telah dijalankan bersama-sama di Sekolah Menengah Masai ini sehingga tahun 1979 (apabila aliran inggeris ditamatkan oleh kerajaan Malaysia).
Suatu ketika dahulu terdapat sebuah makmal, sebuah bilik rehat guru, sebuah bilik masak, sebuah bilik jahitan dan tandas murid. Bagi menampung keperluan yang kian bertambah, pada tahun 1978 telah dibina blok C(kini dikenali Graha Temenggung) yang mempunyai 8 buah bilik darjah tambahan, 2 buah makmal Sains dan sebuah bilik perpustakaan. Manakala surau telah dibina pada tahun 1980. Pada tahun 1982, sekolah ini diperbesar dengan pembinaan sebuah dewan besar (Dewan Penggawa), sebuah bengkel perusahaan (kini bengkel Kemahiran Hidup) dan 8 buah bilik darjah di Blok D (kini Graha Laksamana). Dengan pembinaan bangunan ini membolehkan murid belajar dengan lebih selesa di dalam kelas tanpa ada lagi kelas terapung.


Mulai 1 Februari 1986, Sekolah Menengah Masai telah ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Dato' Penggawa Timur. Pada tahun ini juga aliran Sains telah diperkenalkan. Nama baru sekolah ini diambil sempena nama jawatan pembesar bergelar Dato' Penggawa Timur yang menjadi wakil Sultan Johor mulai tahun 1883 untuk mentadbir dan mengawal keselamatan di timur negeri Johor. Masai juga merupakan kawasan yang termasuk dalam lingkungan kuasa Dato' Penggawa Timur.
Pada Tahun 1990, Blok E (kini Graha Syahbandar) siap dibina dengan mengandungi makmal kimia, makmal fizik, makmal biologi, bilik pendidikan seni, bilik kaunseling, 6 buah bilik darjah dan tandas murid. Perkembangan fizikal sekolah ini terus bertambah pada bulan Februari 1991 apabila Blok F (kini Graha Panglima) setinggi 3 tingkat siap dibina yang mempunyai 10 bilik darjah dan 3 buah makmal sains. Akhir sekali, didirikan blok G (kini Graha Bentara). Pembinaan Blok G ini ialah hasil daripada sumbangan PIBG sekolah ini.
Pada 1 Januari 1998, Sekolah Menengah Dato' Penggawa Timur telah diubah nama menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Timur (SMKDPT).
Pada tahun 2001, SMKDPT mula mengambil pelajar tingkatan enam yang pertama dalam aliran sastera.


Mulai pertengahan tahun 2001, ramai pelajar dari sekolah ini mula berpindah ke sekolah baru lain, iaitu SMK Bandar Seri Alam dan SMK Seri Kota Puteri. Selepas pemindahan pelajar ke sekolah baru, SMKDPT mula berubah dari sekolah kongsi gelap menjadi kepada sekolah wawasan. Sekolah ini semakin berkembang apabila mulai tahun 2002 hinga 2005 telah dibuka Kelas Rancangan Khas (KRK). Pada tahun berkenaan, sebahagian daripada murid diambil berdasarkan keputusan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Manakala mulai tahun 2006 hingga kini, pengambilan murid tingkatan 1 sebahagian besarnya dikawal dengan menerima kemasukan separuhnya murid cemerlang UPSR.
Pada tahun 2002, SMKDPT tidak lagi mengambil pelajar untuk kelas peralihan.
Pada tahun 2003, SMKDPT mulai mengambil pelajar tingkatan enam dalam aliran sains.
Bangunan terakhir dibina telah siap pada tahun 2004 iaitu makmal komputer.
Kini, SMKDPT telah mendapat penganugerahan Sekolah Kluster Kecermelangan.


Lagu Sekolah SMKDPT
Berusaha berbakti cita-cita,
mulia untuk semua,
menuntut ilmu sampai dikuasai,
untuk capai kemajuan.
Sekolah Dato' Penggawa Timur,
jasamu kami ingati,
tetap berbakti terus berbakti,
negara yang dicintai.

SMKDPT

smkdptmasai.blogspot.com


Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign