CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 5 Ogos 2015

Organisasi Dapur Profesional : Tugas Dan Tanggungjawab

TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB ORGANISASI DAPUR PROFESIONAL

Tugas dan tanggung jawab organisasi dapur akan chef obie jelaskan berdasarkan tugas masing masing secara menyeluruh manakala secara terperinci akan chef  jelaskan dalam updated info dalam blog ini pada minggu hadapan :

Berikut merupakan organisasi dapur beserta tugasnya  :

1. Chief Cook  ( Executive Chef )  juga Chef De Cuisin atau dipanggil dengan  “Chef” sahaja. Pekerjaan seorang Chef lebih banyak bersifat administrative. Pada Hotel kecil  seorang Chef masih  diperlukan untuk turun padang @ turut mengolah makanan & menu . Tugas dan tanggung jawab seorang Chef antara lain seperti berikut :
 1. Mengelola dapur yang menjadi tanggung jawabya. 
2. Menyusun dan mereka cipta Menu 
3. Membuat standard recipe beserta food cost nya
 4. Membuat purchase order ( bahan-bahan ).
 5. Membuat perkiraan ( forecast ) yang akan dicapai.
 6. Memimpin staff dan bawahannya. 
7. Mengawasi perjalannya operasi dapur terutama pada ketika Hotel  atau  restaurant dibuka. 
2.  Assistant Chief Cook ( Sous Chef ) Tugas dan tanggung  jawabnya   a d a l a h  menggantikan  kedudukan  Chef apabila  dia berhalangan  atau sedang bercuti  ( day off ).
3.  Chef de Partie  Tugasnya  memastikan  kelancaran operasi, . Mengorganisasi  dan  membahagi   tugas  dan  pekerjaan  pada staff  bawahannya,   dan  ikut secara  Langsung dalam mengolah dan menyediakan makanan. 
4.  Demi Chef adalah wakil Chef de Partie, tugas dan tanggung jawabnya adalah sama.
 5.  Cook / Commis Setiap Chef de Partie dibantu oleh  juru  masak atau tukang masak ( Cook ) dalam melaksanakan tugas dan tanggung jawabnya dan jumlahnya bergantung pada volume  pekerjaan atau keperluan setiap bahagian di dapur seperti Cold Kitchen , Main Kitchen dan Pastry Kitchen . Commis 1  atau  1st Cook  ( Senior Cook ) a d a l a h   pangkat  yang   biasanya  diberikan Kepada  seorang  Cook   yang  dianggap  mampu    u n t u k    mengambil   alih   tanggung jawab  atasannya dan untuk beberapa hal dia diberi kebebasan untuk bertindak sebagai  Chef de Partie /Demi Chef” apa  bila   keadaan memerlukan,   contohnya nya sakit,  cuti,  (day off ) ataupun emergency leave,  sedangkan    Commis 2,   Commis 3 / Cook Helper adalah sebagai   pelaksana   y a n g  bekerja  atas   perintah   atasannya. Pangkat  mereka dinilai  berdasarkan  kecakapan / kemampuan  d a n  lamanya bekerja. 
Hubungi Pihak Chef Obie - Juri Pertandingan Masakan , Conduct Program Dan Berkaitan 




Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign