Chef dengan sukacita berkongsi resepi nasi kabuli kambing ini.
semoga nada dapat membuat dengan cantik..pastikan gunakan beras Basmathi keluaran FAIZA...
I Like...
SHARE & LIKES
RESEPI NASI KABULI KAMBING ( 50 orang )
Bahan
5 kg Berad Basmathi ( chef obie suka menggunakan beras jenama FAIZA )
3 senduk Minyak Sapi ( ghee )
3 kg Kambing dipotong kiub
3/4 cawan Serbuk ketumbar
3/4 cawan Serbuk Jintan Manis
10 kuntum Bunga Lawang
3 batang Kulit Kayu Manis
10 sudu besar Lada Hitam kisar
1 liter Susu Segar
Air Secukupnya ( nisbah 1 beras : 1 1/2 air )
Gula Dan Garam Sebagai Perasa
15 helai Daun Limau Purut
Daun Selasih Segar
Kismis emas 1 cawan
Cara Penyediaan :
1.Panaskan minyak sapi bersama sedikit marjerin,Tumiskan semua rempah ratus hingga wangi.
2.Masukkan Kambing dan lada hitam masak hingga empuk.( boleh tambah 2 cawan air ).lebih kurang 30 minit masukkan susu.
3.Perasakan dengan garam dan gula.
4.Tuangkan bahan tumisan kambing ke dalam periuk nasi berisi beras basmathi bersama air secukupnya.
5.Gaulkan mesra bersama daun limau purut.
6.Masak seperti nasi biasa
7.Apabila telah masak gemburkan nasi perlahan lahan dan masukkan kismis dan daun selasih segar .tutup dgn penutup periuk sebentar 5 minit. Siap untuk dihidang.
Selamat Mencuba.
Boleh follow & LIKES chef obie di
IG : chef_obie_official
Page: smallplate by chef obie