Salam Lebaran Dan Sejahtera kepada anda yang rajin melayari blog chef obie,
hari ini chef kongsikan resepi untuk katering 50 pax @ 50 orang.
Sesuai juga diselitkan menu ini dalam menu open house anda !
Selamat Mencuba
SHARE & LIKES
RESEPI AYAM KAPITAN
(masakan peranakan) 50 pax
Bahan
4 ekor Ayam ( seekor dipotong 14@16 )dan cuci bersih
4 cawan Bawang Besar kisar
1 bunga Bawang putih kisar
4 inci Halia kisar
1 inci Lengkuas kisar
4 inci Kunyit Hidup
1/2 cawan Cili Merah Kisar
10 sudu besar Rempah Kari Daging
4 helai Daun Pandan & Daun Kari Secukupnya
1 liter Santan Kotak ( chef suka jenama KARA @ HARMUNI )
1/2 cawan Tomato Puri
1 inci Belacan
1/2 cawan Air Asam Jawa
2 sudu besar Kerisik
Gula Dan Garam sebagai perasa
3/4 cawan Minyak Masak
2 batang Lobak Merah @ 15 biji ubi kentang potong kiub ( optional jika tidak letak juga boleh )
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN :
1.Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar.
2.Masukkan Daun Pandan & Daun kari , tumis sehingga wangi dan pecah minyak.
3.Masukkan rempah kari dan kacau perlahan sehingga pecah minyak sekali lagi.
4.Masukkan ayam , kacau mesra dan masukkan sedikit air. Biar mendidih , masukkan tomato puri dan air asam , masukkan santan,lobak merah @ubi kentang.
5.Sesuaikan rasa Gula dan Garam, dan akhir sekali masukkan kerisik.Biar mereneh .
6.Boleh tambah air lagi jika inginkan kari kapitan sedikit cair.
FOLLOW & LIKES
IG : chef_obie_official
Page : smallplate by chef obie
website : chefgunawanmalaysia.blogsp ot.com
Whatsapp : 0172260719