Anda yang mementingkan
pemakanan bolehlah mencuba resepi istimewa daripada chef obie ini , resepi ini juga telah dikongsikan dalam media cetak untuk Isu Diet & Menu Sihat.
chef obie suka mempelbagaikan penggunaan bahan mentah walaupun ia simple atau mudah
dalam penyediaan hidangan , yang penting sampai temanya dan amat sesuai
diguna pakai. chef obie juga pernah
berkhidmat sebagai penyedia hidangan kepada pesakit " high class" untuk salah sebuah "Hospital Pelancongan" terkemuka negara.Chef obie bekerjasama dengan dietition dan pakar pemakanan
dalam menyediakan menu dan hidangan mengikut Diet Pesakit.
Anda perlu yakin menggunakan menu-menu yang chef obie kongsikan ini , ia sesuai untuk anda yang sedang
menguruskan berat badan , aktif kan kardiology ( jantung ),
ingin fitkan badan supaya sihat segar dan kelihatan cantik , yang penting sukatan makanan anda
dan cara mengurus menu seharian anda .
Ingat Anda perlu makan 5 x sehari tapi - bersukatan dan berlawanan
dalam hidangan.
Jom cuba Hidangan istimewa chef obie ini
RESEPI TILAPIA PANGGANG TAZIKKI
Hidangan untuk 2 orang
Bahan
2
ekor ikan talapia ( dibersihkan )
1
sudu besar Serbuk Cayyene
1
sudu kecil serbuk lada putih
1
sudu kecil serbul lada hitam
1
sudu besar minyak zaitun
Garam
secukup rasa
Bahan
Tazikki
1
batang mentimun jepun ( dipotong dadu kecil-kecil )
4
sudu besar yogurt
1
sudu besar perahan lemon
1
biji bawang kecil ( dicincang )
Herba
Dill sedikit
Garam
secukup rasa
Cara
Penyediaan :
1.Ikan
tilapia yang telah dibersihkan, dilumurkan dengan semua bahan kering
termasuk minyak zaitun , tidak perlu diperap.Terus panggang ikan
sehingga masak.
2.Penyediaan
tazikki , dalam mangkuk satukan ke semua bahan termasuk mentimun
dipotong dadu sebagai asas kepada tazikki.Gaul sebati dan akhir
sekali perasakan dengan sedikit sahaja garam.simpan dalam peti sejuk
sekurang kurangnya 1 jam. Sebelum dihidang bersama ikan tilapia
panggang.
Sedap dan mudah untuk anda buat dirumah...Selamat Mencuba
Sedap dan mudah untuk anda buat dirumah...Selamat Mencuba
Sila dapatkan Majalah SAJI keluaran September 2016 !
IG : chef_obie_official
FB : chefobie untold
FB Page : smallplate by chef obie
whatsapp 0172260719
Whatsapp Cooking Group ( smallplate cooking group SCG )
email :gunawan.jamil@gmail.com
website: chefgunawanmalaysia.blogspot.com
malaysiapropertiespure.blogspot.com
website: chefgunawanmalaysia.blogspot.com
malaysiapropertiespure.blogspot.com