Share & LIKES
▼
Majalah SAJI : KEK ANDALUSIA
Resepi Kek Layer Popular Chef Obie
Kek Andalusia ( kek coklat+kekacang,buah kering & bijirin+ krim )
Bahan
280 ml Krim Putar
80gm Keju Mascarpone
40gm Gula Aising
Inti Snek Bijirin :
100 gm Emping Jagung dikisar kasar
200 gm Nestum
200 gm Campuran Kekacang ( kacang Tanah , Pistachio,Gajus & Badam dipanggang dan dikisar)
60 gm Kismis atau Fig atau Aprikot kering dicincang
100 gm Mentega
200ml Madu
Bahan Kek :
1 3/4 cawanTepung Kek
1/2 cawan Serbuk Koko Van Houten
1/2 cawan gula castor
1 cawan @ 250 ml Air
½ cawan @ 125 ml Minyak Masak
Cara Penyediaan :
1.Masukkan air , minyak ke dalam tepung kek & gula castor, kacau sebati.Masukkan adunan ke dalam bekas@loyang pembakar 7 inci bakar pada suhu 160’c selama 35-40 minitSiap sejukkan dahulu.
2.Masukkan ke semua bahan kering untuk inti bijirin ke dalam mangkuk, masukkan mentega yang telah dicairkan dan madu, kacau sebati dan letakkan dalam Loyang 7 inci, bakar sebentar selama 10 minit 160’c.Siap sejukkan.Kemudian pukul krim putar , keju mascarpone bersama gula aising sehingga menjadi krim, simpan peti sejuk sebentar.
3.jadikan coklat kek sebagai base, letak Inti bijiran yang telah dibakar di atas kek dan paipkan krim diatas inti bijirin.SEJUKKAN DALAM PETI SEJUK. ENAK DINIKMATI CHILLED
Siap untuk dihidang.
Follow my ig : chef_obie_official
website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com