RESEPI AIR BALANG 33 LITER BAZAAR RAMADHAN Chef Obie 2024
Assalammualaikum wbt , Tidak lama lagi Ramadhan bakal menjelma ,
Pasti ada yang cukup suka terutama anak-anak mahupun korang yang bekerja ni
melayan mencari makanan pilihan untuk berbuka puasa nanti di BAZAAR RAMADHAN.
Ada yang mencari ayam percik ,ayam golek , kuih muih , nasi , lauk pauk dan sebagainya termasuklah minuman.
Bila cakap bab minuman pasti ada yang terbayang air blender , air katira mahupun air pelbagai jus dan kordial.Pasti ada yang suka dengan air bewarna ungu bersusu diatas ni ..iaitu AIR KELADI LEMAK MANIS ( KELADI THAI ) .
Chef Obie nak share satu resepi air iaitu AIR JUS KELADI BAZAAR RAMADHAN yang sesuai sangat anda gunakan untuk berniaga dibazaar ataupun pasar malam.
Alhamdulillah sambutan anda yang mencari resepi air yam atau air keladi ini memberangsangkan juga dalam blog Chef Obie Ini jejak juga 17xxx views pelawat .Mungkin perkongsian chef ini kecil sahaja , tapi jauh harapan Chef Obie agar dapat membantu lebih ramai peniaga kecil menambah pendapatan.
Kalau anda ingin tahu sebalang AIR JUS KELADI BAZAAR RAMADHAN CHEF OBIE ini mampu menghasilkan pendapatan tidak kurang RM200 - 250 untuk 1 x balang sekiranya habis .Anda jual RM2 secawan plastik hingga RM5 seplastik ikat mati. InshaAllah Chef akan kongsikan juga resepi AIR JAGUNG LEMAK BERKRIM untuk anda yang tercari-cari resepi Air Jagung Power !

Chef Obie juga pernah merasa 5 tahun berniaga air dan makanan di Bazaar Ramadhan Di Pandan Indah & Taman Mulia Ampang. Walau ketika itu masih terikat dengan Pekerjaan Tetap Di Salah Satu XXXX milik Petronas . Tetap steady..layan aje , hidup ni bukan tentang pangkat dan RM semata-mata ,Tapi lebih kepada kepuasan , pengalaman dan perkongsian.
RESEPI AIR KELADI LEMAK MANIS
BALANG 33LITER
Bahan Utama
3 cawan Serbuk Perisa Keladi atau TAKO @ YAM FLAVOUR POWDER BAVARAGES ( Boleh dibeli dikedai pembekal bahan bakeri mahupun dipasaraya ) atau 2 botol pes Keladi Thai
6 Tin Susu Pekat Manis
2 kg Gula Pasir
2 sdb esen Keladi / Taro / Yam
20 liter Air & Sedikit Air Panas
6 Tin Susu Cair ( jika anda ingin rasa lebih berkrim )
1 kotak Ais Krim Vanilla
1 sdb Garam
1 bag besar Ais sudah memadai
Cara Penyediaan :
1.Campurkan serbuk minuman , gula , esen keladi, susu pekat ke dalam satu bekas.
2.Masukkan air dan air panas kacau sehingga semua bahan larut bersama.
3.Sediakan Ais penuh balang air.
4.Bahan yang telah larut dimasukkan ke dalam balang air . Kacau sebentar dan masukkan ais krim vanilla siap untuk di jual.
5.Anda boleh extrakan susu cair sekiranya ingin rasa lebih berkrim.
RESEPI AIR JAGUNG LEMAK MANIS
BALANG 33 LITER
Bahan Utama
3 Botol Pes Jagung
6 Tin Susu Pekat Manis
3 Tin Sweet Corn
2 kg Gula Pasir
2 sdb esen Esen Jagung
1 cawan Sirap F&N atau Pati Sirap Rose 1/4 cawan
20 liter Air & Sedikit Air Panas
6 Tin Susu Cair ( jika anda ingin rasa lebih berkrim )
1 kotak Ais Krim Vanilla atau Jagung
1 sdb Garam
1 bag besar Ais sudah memadai
Cara Penyediaan :
1.Campurkan pes jagung , sweet corn , gula , esen jagung , susu cair, susu pekat ke dalam satu bekas.
2.Masukkan air dan air panas kacau sehingga semua bahan larut bersama.
3.Sediakan Ais separuh balang air.
4.Bahan yang telah larut dimasukkan ke dalam balang air . Kacau sebentar bersama 1 tub ais krim vanilla atau jagung dan siap untuk di jual.
5.Anda boleh extrakan susu cair sekiranya ingin rasa lebih berkrim. Kepada anda kesayangan semua , Chef Obie doakan semoga urusan kita semua Allah lorongkan ke jalan yang betul , Allah pelihara hasilnya yang halal .Semoga bermanfaat untuk kita semua . InshaAllah...Chef Obie juga ingin kongsikan 1 Resepi Biskut Raya Paling Sedap Dan Mudah Untuk Dibuat....