Facebook : chefobie untold
Instagram : chef_obie_official
website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com
whatsapp : 0172260719
Untuk berjaya dalam sesuatu bidang, tidak cukup seseorang individu itu mempunyai bakat tetapi yang lebih penting ialah kesungguhan untuk menguasainya.
Bukanlah sesuatu yang mudah apabila terjun dalam dunia masakan kerana bukan setakat hanya tahu memasak bahkan seseorang itu perlu bijak menyediakannya dan mendalami pelÂbagai teknik untuk mempersembahkan sesuatu hidaÂngan.
"Merubah bentuk makanan bukan hanya apa yang kita lihat, tetapi ia perlu disertai minat dan memiliki cita rasa kepada makanan.
"Manakala, pengalaman yang pernah dikutip dalam bidang itu pula umpama satu bonus kerana mampu mempelÂbagaikan ilmu yang kita miliki," kata Gunawan Jamil dari Ampang, Selangor.
Lebih dikenali sebagai Chef Obie, beliau menimba ilmu di Akademi Laut Malaysia (ALAM) dalam bahagian katering marin selama setahun sebelum mengutip pengalaman sebagai pembantu tukang masak di atas kapal dan beberapa hotel-hotel terkemuka juga industri penerbangan.
"Bekerja di dapur kapal agak berbeza sebelum saya memasuki industri perhotelan, namun saya melihat banyak peluang untuk bergerak dengan lebih aktif dalam bidang masakan sewaktu belayar di Eropah.
"Di Eropah khususnya Belanda, industri masakan pastri, kek, biskut dan roti sangat popular kerana masyarakatnya gemar menyediakan masakan seumpama itu tanpa mengira masa.
"Industri masakan masih lesu di negara kita ketika itu dan ia memberi saya idea mengorak langkah dengan menguasai pastri berbanding jenis masakan lain," kataÂnya yang menerima inspirasi daripada gurunya, Chef MahÂmod 'Golden Hand' juga Chef William H Hewitt dengan mempelajari masakan pastri selama tiga tahun di KL Airport Services.
Chef Obie mempertaruhÂkan usia mudanya pada 2011 dengan memulakan perniagaan sendiri selepas melepaskan jawatan sebagai tukang masak cef di Prince Court Medical Centre.Kini Mempunyai Syarikat Perunding Profesional Dan Katering.
Masakan beliau pernah disajikan kepada tetamu kehormat Arab Saudi- King Fadh, ketika perkahwinan Sultan Brunei dengan bekas isterinya, Azrinaz Mazhar Hakim, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta artis tempatan Hafiz Shuib, Sharnaaz Ahmad, Aaron Aziz juga VVIP Tempatan .
Namanya mula meniti di bibir peminat selepas memulakan kek cawan atau 'cupcake' yang satu ketika dulu menjadi kegilaan maÂsyarakat terutama pekerja syarikat dan pelajar kerana meÂnyukai kek yang bentuknya comel serta sangat sesuai untuk diberikan kepada teman selain mudah dihidangkan dalam sebarang majlis.
"Kek cawan tiga dimensi (3D) amat popular di Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan Eropah. Ia turut dikenali dengan nama lain seperti 'cupcake karakter' atau 'cupcake model'.
"Saya membuat cupcake 3D menggunakan bahan asas seperti 'fondant' dan 'gumpaste' kerana memiliki aneka rasa dan boleh digunakan dengan pelbagai bahan lain.
"3D bermaksud reka bentuk kek yang kelihatan menonjol, wujud bentuk figura yang sangat menyerupai bentuk asal dan pelbagai bentuk lain yang dihasilkan menerusi fondant dan Âgumpaste.
"Cupcake 3D ini lebih tahan lasak berbanding kek cawan berasaskan krim dan lain-lain, tahan lebih lama pada suhu bilik, mempunyai isi padu yang lebih berat berbanding cupcake biasa serta memerlukan kemahiran dalam pembuatan fondant dan gumpaste.
"Ia masih baru dikenali ketika itu dan belum ada chef yang mahu memperkenalkannya secara terbuka justeru, saya mengadakan bengkel kepada semua goloÂngan yang mahu mempelajari pastri terutama kek cawan 3D.
"Ramai yang berminat kerana mahu mengubah masakan daripada kek cawan biasa kepada 3D yang nampak lebih meriah dan 'hidup', malah golongan ibu dapat meningkatkan pendapatan keluarga menerusi penjualan atas talian.
"Saya turut menerima tempahan kek cawan 3D dalam jumlah yang banyak daripada pasaÂngan pengantin yang mahukan ia sebagai buah Âtangan kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan mereka.
"Tetapi, ia lebih bermakna apabila dijadikan hadiah untuk hantaran pertunaÂngan dan perkahwinan kerana saya akan menyiapkannya mengikut tema perkahwinan sama ada dari segi warna, bentuk, hiasan 3D dan warna pembalut yang mahu digunakan.
"Tema terbabit memenuhi permintaan pasangan peÂngantin yang mahukan ia kelihatan segar, menarik dan paling utama melukis makna tersendiri buat si pengantin. Sudah tentu kek sebegitu akan kekal diingati dalam lipatan perkahwinan," katanya.
Chef Obie turut merealisasikan permintaan peminatnya dengan meÂngeluarkan sebuah buku resipi berjudul Cupcake 3D oleh Chef Gunawan yang dikeluarkan pada 2012.
Sikap kreatif Chef Obie jelas dilihat pada hasil air tangannya yang menarik sewaktu menunjukkan beberapa tempahan kek cawan 3D mengikut permintaan pelanggan.
Tidak terhenti setakat itu, Chef Obie meluaskan jariÂngan masakan dengan memperkenalkan kek 3D dan ia mempunyai bentuk lebih besar, menarik dan mencabar kreativitinya.
"Sama seperti kek cawan 3D, saya masih menggunakan bahas asas yang sama untuk membuat sebuah kek 3D. Semakin banyak figura yang mahu diletakkan di atas kek, semakin banyak bahan diperlukan.
"Saya lebih suka membentuk sendiri satu-satu figura berbanding membeli yang sedia dijual atau patung yang tidak boleh dimakan.
"Kek 3D yang beratnya satu atau dua kilogram meÂngambil masa satu hingga dua jam untuk disiapkan bergantung kepada figura yang diingini.
"Dalamnya dipenuhi Âdengan coklat manakala luarannya diwarnai mengikut tema kartun, majlis dan bentuk seperti kereta, motosikal, bunga, buah-buahan, kamera dan karakter adi wira seperti Spiderman.
"Semakin sukar membentuk kek itu, semakin tingÂgi cabarannya dan sudah pasti kek 3D dilihat lebih menarik, mahal dan memiliki kelasnya tersendiri," kataÂnya.
Bahan asas seperti fondant dan gumpaste memainkan peranan untuk membentuk satu-satu kek 3D kerana ia perlu lembut, mudah diurus, tahan lama dan sesuai untuk mereka bentuk figura.
"Harganya juga boleh mencecah ribuan ringgit dengan mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan kerana ia mengikut cita rasa unik pelanggan dan Âtidak boleh berlaku kesilapan.
"Justeru, tidak hairanlah mengapa kek 3D kini menjadi kegilaan masyarakat dan mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit jika kek 3D itu mampu menyerupai wajah dan karakter yang disukai," katanya.
Walaupun trend hantaran perkahwinan menggunakan kek 3D belum meluas dalam kalangan masyarakat negara ini, tetapi beliau yakin dalam tempoh beberapa tahun lagi, ia menjadi kegilaan.
"Bentuknya lebih realistik, seolah-olah bentuk itu 'hidup' dan bukannya kek.
"Itulah kelebihan kek 3D berbanding kek yang biasa terdapat di pasaran," kataÂnya.
Oleh Siti Salmiah A Hamid
Chef obie di MHI Malaysia Hari Ini - Hari
Ibu dan Kek 3D
Hubungi :0172260719 chef obie