RESEPI SOS UNTUK KAMBING GOLEK , LAMB GRILL DAN LAMB CHOP PALING SEDAP CHEF OBIE
MINT SAUCE Terbaik !
RESEPI SOS UNTUK KAMBING GOLEK , LAMB GRILL DAN LAMB CHOP PALING SEDAP CHEF OBIE
MINT SAUCE Terbaik !
MAJALAH AROMA CARA BUAT BAN MANIS Chef Obie Untuk Jualan
Salam hujung minggu , Alhamdulillah Chef Obie masih diberi kesihatan yang baik , rasa bersemangat , ceria dan paling penting masih ada rasa ingin berkongsi ilmu kepada umum dan diberi peluang untuk berkarya , waima perkongsian resepi ulangan akan tetapi dalam versi gambar yang baru , pada tahun-tahun perkongsian dalam Majalah Aroma Chef ada kekurangan dari segi teknikal tiada simpanan gambar waktu itu .Maklumlah waktu itu hp tidak sofistikated macam hari ini , chef ada gunakan kamera digital lumix leica tapi dah rosak apa pun musnah memori yang ada dalam kamera tersebut.
Hari ini Chef akan kongsikan salah satu resepi yang telah disematkan dalam Majalah Aroma pada tahun 2012 terbitan Suri Media dan editor Majalah Aroma adalah Cik Siti Dimiati , Kak Za juga bersama teman-teman wartawan seperti Cik Akmar Jamaludin & photoghrapernya Faris Elazar. Banyak kenangan Chef Obie bersama mereka. Apa pun jom layan ....Cara Buat Ban Manis Chef Obie sesuai untuk akak-akak dan abang-abang baker berjualan secara kecil-kecilan
Bahan Utama ( 22-24 biji ban manis )
700gm Tepung Roti High Protein
1 1/2 cawan Susu Full Krim
3 biji Telur
1/2 cawan Gula Pasir
2 sudu makan Tang Zhong
2 sudu makan Starter
1 paket Yeast ( 11 gm )
1 sudu teh Garam
Sedikit pewarna kuning telur
1/2 cawan Marjerin @ mentega dicairkan
Topping - sapuan marjerin dan sedikit minyak masak , Hirisan badam , pumpkin seed , black sesame dan gula pasir
Cara Penyediaan
1.Dalam satu bekas bowl atau jug sukatan , masukkan susu , telur , gula , pewarna , yeast dan garam - kacau mesra sebentar , kemudian wrapping atau tutupkan sehingga cecair berbuih dan berganda. ( kebiasaan 15-20 minit )
2. Setelah bahan cecair berbuih dan bau yeast muncul tuang ke dalam bowl satukan bahan seperti tepung .
3. Jika guna mixer , pukul adunan dengan kelajuan medium. Jika uli dengan tangan uli perlahan lahan tapi konsisten sehingga adunan tepung dan cecair bersatu menjadi doh.
4.Setelah menjadi doh tapi belum lagi doh menjadi elastik , masukkan 1/2 cawan marjerin atau mentega yang telah dicairkan dan teruskan uli sehingga doh licin dan elastik , jika uli guna tangan cukuplah sekadar doh kemas walau tidak berapa elastik.
5. Doh di rehatkan dan sila wrapping dengan cling film atau sebarang jenis plastik ( tutup kemas untuk memastikan doh berganda jadinya ) lebih kurang 30-45 minit . Chef akan letak dalam tempat yang sedikit suam dan panas untuk memastikan cepat doh untuk berganda besarnya.
8.Setelah doh berganda , sila buat sapuan telur bercampur dengan sedikit minyak masak dipermukaan doh.
Saaudara Saudari Sekalian ,
Chef Juga Menerima Tempahan Memasak Untuk DiSedekahkan Dan Infaq ( Terbuka Kepada Sesiapa Sahaja )
Pihak Chef Obie aktif menerima dan mengambil tempahan memasak bungkus selain katering buffet , Terutama kini semakin hari semakin ada kesedaran umum tidak kira latarbelakang sekalipun yang mula terbuka hati , mula ada ehsan dalam diri dan akan bersedekah atau berinfaq dalam bentuk makanan yang telah dimasak untuk diagih-agihkan kepada umum dan yang memerlukan.
Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ï·º) bersabda, “Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.”
Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign