
Halaman
- Laman utama
- MOBILE COOKING & BAKING CLASS CHEF OBIE 2026
- KELAS BAKAL PESARA KERAJAAN DAN SWASTA 2026
- ASAS MEMBUKA PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN KEK DAN BAKERI
- TEMPAHAN KEK & PETITS
- RESEPI KUIH TRADISIONAL
- RESEPI KEK & PASTRY
- RESEPI MASAKAN
- RESEPI REMPAH RATUS
- MEDIA
- SYARIKAT MGJ CONSULTANCY & MGJ SERVICES
- MALAYSIA HOT PROPERTIES 2025
- SKY CHEF CATERING KL Buffet & Tapau 2023
- Peniaga Burger 2026
- Bazaar Chef Obie
CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY
Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY
Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B
HUBUNGI
017 2260719
017 2260719
017 2260719
email : gunawan.jamil@gmail.com
HUBUNGI
017 2260719
017 2260719
017 2260719
email : gunawan.jamil@gmail.com
obieber
Rabu, 30 Januari 2013
Cerita lawak - Peguam Dan Saksi ( pelakon kawan obie )
Kali ini Bie saje nak berkongsi cerita lawak ringan...boleh kan..selamat melayan...
Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.Peguam ni bernma Cik Eliza bukan nama sebenar tapi nama Kawan Bie...heeee asal kerja buat akaun sekarang sudah bertukar angin..nak jadi lawyer...,Manakala saksi penting ni pula bernama Encik Haitullah juga bukan nama sebenar tapi nama kawan Bie jugak..huuuu pinjam nama korang jap bleh?
Peguam ( Cik eliza ) : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)
Saksi ( Haitullah ) : Kenal tuan..eh puan..eehh cik sorry..eh tuan..lawyer kena panggil tuan kan..?
Peguam ( Cik eliza ) : (buat tak layan dengan soalan merapu saksi)Boleh awak beritahu kepada kami?
Saksi ( Haitullah ): Itu gambar..., tuan.
Peguam ( Cik eliza ): Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.
Saksi ( Haitullah ): Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.
Peguam ( Cik eliza ): (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!
Saksi ( Haitullah ): Nama dia Maria Martopo bte Samrah, tuan.
Peguam ( Cik eliza ): Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)
Saksi ( Haitullah ): Baru kejap tadi tuan.
Peguam ( Cik eliza ): Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?
Saksi ( Haitullah ): Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.
Peguam ( Cik eliza ): Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.
Saksi ( Haitullah ): Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.
Peguam ( Cik eliza ): Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menikam pennya pada gambar tersebut)
Saksi ( Haitullah ): Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.
Peguam ( Cik eliza ): Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)
Saksi ( Haitullah ): Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)
Peguam ( Cik eliza ): Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?
Saksi ( Haitullah ): Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.
Peguam ( Cik eliza ): ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG KENA BUNUH TU LAHHHHH!!!!!
tu aje..kita iklan jap kay...sesekali cerita lawak ringan... peace Yaow!
Terima Kasih

Selasa, 29 Januari 2013
Chef Obie Demo - Resepi Salad Tuna
Salam semoga anda semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya, Dalam pada dikalangan kita sedang bergembira tentu ada yang bersedih..Dikesempatan Ini Bie ingin mengucapkan Takziah kepada Keluarga Abang din ( Imam Shamsuddin ), Kak Faezah Dan Yasir Hosni atas pemergian anak kesayangan mereka Allahyarham Muhammad Yusainy Amer pada Sabtu yang lepas, Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan ditempat mereka yang Soleh- Amin.. AL-FATIHAH. ( Keluarga penyanyang ini merupakan jiran Bie yang paling rapat... )
Kepada Sahabat -sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia ( Damansara ) Jumaat Lepas Bie telah berkesempatan membuat demonstrasi memasak..bersama SURI MEDIA SDN BHD dan orang kuat Majalah Aroma kak Siti Dimiati, kak azie dan photographer izzat juga majalah seperti Stailista, kapcai dan sebagainya lagi, Terima kasih kerana menjemput Bie bersama-sama memeriahkan majlis hee..Terima kasih juga kepada Dato' Zaidah Ali dan setiausaha kak June yang agak sporting.. serta para jemputan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan sepanjang majlis ( Bengkel ).
RESEPI SALAD TUNA ( mudah disediakan )resepi untuk mereka yang mementingkan kecantikan luar dan dalam...
MESTI CUBA!
Bahan-bahan
Lettuce Butterhead 150gm//
Lettuce Baby Butterhead 150gm//
Lettuce Frissie- Rocket 150gm//
Baby Tomato 5 biji//
Red Cabbage dihirid ( 3 kelopak )
Walnut ( disangai -goreng tanpa minyak ) 5biji
Melon seed ( juga disanagai )//
Sunflower seed ( juga disangai )
Kismis hitam 1 sudu besar//
Buah Apricot kering 3 keping//
Lada Hitam sedikit//
Garam//
Tuna Chunk in olive oil 1 tin
Cara-caranya-
1.Masukkan kesemua Lettuce yang telak di plug, juga red cabbage,kemudian kesemua bahan kering.
2.Pastikan Tuna Chunk telah sedikit hancur, masukkan ke dalam bowl dan gaul mesra ke semua bahan dan masukkan garam sedikit rasa adn juga lada hitam...( resepi tidak memrlukan olive oil kerana dalam tuna telah dicampur dengan olive oil)
Siap mudah , ringkas dan amat menyelerakan... kalau tidak masakan...dibawa lari salad tuna ni heeee..apa pun memang agak seronok dan teruja bila dapat membuat demo dengan sahabat-sahabat AIM... resepi salad satu lagi akan Bie update ..dalam masa terdekat ..terima kasih dan selamat mencuba
Terima Kasih







