CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Jumaat, 2 Jun 2017

7 Ramadhan 1438H / 2017 Resepi Kuih Talam Lapis Kacang Merah Untuk Berniaga


Masuk 7 Ramadhan , chef updated awal sikit la , lepas tarawikh open lappy , dan masih di ICU / CCU Hospital Banting ...petang tadi ade citer sedih tau..kucing chef yang nama memey tu..bersalin..tanpa chef di sisi . memey lahirkan 4 ekor anak yang comel tapi sayang seekor telah mati..R.I.P akibat lemas ..si memey tak perasan masa die menyusukan anaknye..yang seekor tertindih lemas.
Jawabnya chef terpaksa jadi undertaker.Apa pun memey dah diberi tempat yang selesa bersama 3 ekor anaknye..Dan Bapak kepada anak-anak memey ni ..ialah Si Keju... 
Jage kau Keju..buat muke tak bersalah aje...bile mase agaknye ko buat project ni ea?#@&!

Berbalik kepada Resepi yang nak chef sharingkan...
Iaitu untuk hakak-hakak , makcik-makcik , abang long yang berminat nak membuat kuih talam untuk berniaga mahupun untuk family..disini chef kongsikan resepinya...




Resepi Kuih Talam Lapis Kacang Merah Untuk Berniaga atau Untuk Family




Bahan

Gunakan Loyang 11 inci x 11 inci

( A )

525 gm Gula Castor / halus
1100ml Air
5 helai daun Pandan ( digunting pendek )



( B )

1 pkt ( 500 gm ) Tepung Beras ( Cap Teratai )
50 gm Tepung Ubi
1 ½ sudu kecil Garam Halus
500 ml Santan Pekat
1100 ml Air



( C )



300 gm Kacang Merah Kecil direndam 1 malam , basuh , rebus hingga empuk kemudian timbang selepas direbus.

Pewarnna Pink

Cara Penyediaan :

1.Masak Bahan ( A ) sehingga mendidih.

2.Satukan semua bahan ( B ) dan campurkaan dengan bahan ( A ).

3.Bahagikan kepada 2 bahagian.

4.Pastikan putih 800 ml.

5.Selebihnya untuk warna merah ( Rose pink lebih kurang 4 @ 5 titik )

6.Mulakan melapis 500 ml merah , 400 ml putih , 350 ml merah, Dikukus setiap satu lapis lebih kurang 5 minit.

7.700 ml merah + kacang merah ( dikisar sekejap aje ) kemudian kukus 7 minit.

8.350 ml merah, kukus 5 minit.

9.400 ml putih dikukus 5 minit.

10.350 ml merah yang ditambahkan sedikit lagi pewarna. Kukus hingga masak.

* Lap atas kuih sekiranya terdapat lebihan air wap

Gunakan plastik yang disapu minyak / marjeri dalam loyang – bagi memudahkan mengeluarkan kuih talam yang dikukus dalam Loyang, potong menggunakan pisauplastik @ pisau potong kek birthday.
Resepi Kuih Lapis Kacang merah ini Chef Obie telah menggunakannya semenjak 2004 semasa chef obie berkhidmat di Kuala Lumpur Inflight Catering Services KLAS KLIA.
Sila gunakan resepi ini sebaik mungkin, resepi ini sesuai untuk berniaga .Semoga kite same-same mendapat kebaikan.Kepada pembaca selain dari Malaysia seperti Indonesia , Brunei Dan Singapura chef obie ucapkan Jutaan terima kasih kerana menghargai  chef obie.Jangan lupa dapatkan ebook masakan dan baking chef obie ..sila ke link yang diberi

GEDUNG RESEPI DAN BUKU
*Pembeli ebook Masakan & Baking Juga Dibuka Untuk Pembeli dari Indonesia , Singapura Dan Brunei Selain Pembeli Malaysia
Pembeli Boleh menggunakan perkhidmatan Western Union Selain Bank.
Sila whatsapp 60172260719 chef obie

Terima Kasih

Khamis, 1 Jun 2017

6 Ramadhan 1438H / 2017 Dan Resepi Nasi Kabuli Afganistan

Masuk Ramadhan ke 6 , Syukur Alhamdulillah masih diberi nafas untuk melangsungkan kehidupan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNYA. InshaAllah semoga kite semua mampu melaksanakan ibadah-ibadah dengan sempurna dan semampu..mengikut keadaan...maklumlah..kitekan manusia penuh dengan kekhilafan dan kekurangan.

Pagi ni chef masih di ICU / CCU HOSPITAL BANTING ,ye popular jug dengan lapang dada dan semnagt seperti selalu , doakan utk kesihatan mak chef yea...

Hari ni chef nak kongsikan satu resepi nasi..yang popular juge  sepanjang chef berkhidmat bersama hotel-hotel tempatan..lagi-lagi bile masuk Ramadhan fiest..Menu Buffet Ramadhan pasti ada !Selain Nasi Beriani , Nasi Arab dan macam-macam lagi la...NASI KABULI AFGANISTAN ini agak istimewa pada chef kerana cara memasak dan penyediaan yang mudah , tidak perlu menumis bagai...semua sekali boh aje..one shot masuk dalam periuk dan masak ! Apa lagi korang boleh try yea..

RESEPI NASI KABULI AFGANISTAN



Bahan

1 kg Beras Basmathi atau Cream PUSA
2 sudu besar Lada Hitam dikisar atau diketuk
1 sudu besar Serbuk Jintan Manis
1/2 sudu besar Serbuk Jintan Putih
2 sudu besar Biji Ketumbar Ditumbuk
500 ml Susu Segar atau Susu UHT atau Susu Cair atau Santan ( 1 kotak kecil aje )
Air Rebusan Ayam atau Daging atau Air Kosong dnegan Nisbah 1 : 1 ( lebihkan sedikit dalam 1 cawan kerana kite guna Beras Basmathi atau Cream PUSA  selain kite telah masukkan susu sebentar tadi )
2 helai Daun Bay atau Setangkai Daun Limau Purut
Gula , Garam dan Chicken Stock sebagai Perasa
2 sudu besar Minyak Sapi atau ghee atau minyak masak 

Hiasan : Hirisan Lobak Merah , Gajus atau Badam Panggang , Hirisan Daun Ketumbar atau Daun Sup


Cara Penyediaan :

1.Cuci Beras dahulu , Masukkan ke dalam periuk nasi , masukkan ke semua bahan-bahan diatas dalam periuk termasuk minyak sapi.

2.Kacau mesra dahulu semua bahan . 

3.On kan rice cooker anda dan masak.

4.Setelah masak , gembar gemburkan nasi menggunakan garfu atau chopstick , bagi mengelakkan beras patah . Siap untuk dihidang .

5.Bolehlah hiaskan dengan hirisan lobak merah dan daun ketumbar



Korang boleh nikmati NASI KABULI AFGANISTAN ini dengan pelbagai hidangan lauk pauk ( hidnagan yg sama seperti korang makan nasi minyak , beriani dan hujan panas )
Selain side NASI KABULI AFGANISTAN juga boleh menggunakan salatah dan hararah ! Korang juga boleh mencuba pelbagai menu dan Aneka Resepi Nasi Chef Obie dengan memiliki ebook

ANEKA RESEPI NASI

























ANEKA RESEPI NASI menydiakan pelbagai resepi-resepi authentik nusantara , arab dan timur tengah.
Hanya RM40 sahaja

Anda boleh terus Whatsapp / Telegram chef obie
0172260719

juga boleh lawati ke link yang diberi - PELBAGAI RESEPI MASAKAN DAN BAKING

Salam Sayang Selalu

CHEF OBIE
#takhensemmanistuade #lelakipunnakscrub #putusterpaksa #57resepimenubazaarramadhan2017

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign