Anda mencari sifu untuk belajar masakan aneka nasi tempatan , nusantara dan arab ? Sifu anda akan terus ke lokasi anda ! tanpa sebarang caj tambahan seperti caj pengangkutan mahupun penginapan !

Anda mencari sifu untuk belajar masakan aneka nasi tempatan , nusantara dan arab ? Sifu anda akan terus ke lokasi anda ! tanpa sebarang caj tambahan seperti caj pengangkutan mahupun penginapan !

Hari ni Chef Obie nak kongsi sikit cerita asal usul menu kegemaran ramai — Fish & Chips! 🐟🍟
Kita rakyat marhaen kat Malaysia memang dah biasa dengan hidangan ni. Biasanya mesti ada isi ikan tanpa tulang yang digoreng rangup dengan bancuhan tepung, atau digrill, kemudian dipadankan dengan kentang goreng dan sos tartar.
Hidangan Fish & Chips ni asalnya dari England dan pernah direkodkan sekitar tahun 1830. Tapi masa tu, rupanya tak sama macam versi moden sekarang. Dulu, ia cuma isi ikan goreng yang ditabur bersama kentang — tanpa sos, tanpa salad, tanpa hiasan pun.
Pada zaman tu, laut di bahagian utara England memang kaya dengan hasil laut. Jadi, ikan jadi sumber protein utama mereka, selain pelbagai hasil perikanan lain.
Berbalik pada topik asal — Fish & Chips mula diterima masyarakat England dan jadi sensasi dengan cepat, terutamanya lepas wujudnya rangkaian pengangkutan seperti kereta api dan kapal (macam dalam filem Fantastic Beasts dan Harry Potter tu). Dari situ, hidangan ni mula masuk ke meja-meja keluarga Inggeris.
Banyak inovasi muncul dari masa ke masa. Fish & Chips mula betul-betul popular sekitar awal tahun 1980-an, dan sampai hari ini masih jadi kegemaran ramai — termasuk rakyat Malaysia!
Cuma bezanya, di Malaysia ikan dory lebih popular digunakan. Malah sekarang saiznya pun makin besar — dari versi “ikan patin” dulu, kini muncul pula versi “keli Afrika”! ❤️🐟


Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign