CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Jumaat, 3 Oktober 2014

Iklan menyentuh hati , Sebuah Pemberian Kecil Dapat Mengubah Hidup dan Resepi Nasi Ayam Penyet



Bahan-bahan ( 5-6 orang )

Untuk Ayam


1 ekor ayam – potong 8 bahagian,

(rebus selama 8- 10 minit dan toskan )

jika korang suke air rebusan ayam ni boleh digunakan untuk masak nasinya..


½ sudu besar Jintan Manis – sangai / goreng tanpa minyak
½ sudu besar Jintan Putih – sangai / goreng tanpa minyak
3 1/2 sudu besar Biji Ketumbar – sangai / goreng tanpa minyak
secubit serbuk lada hitam
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1/2 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
2 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng


Bahan Untuk Sambal


Sedikit minyak masak

12 batang Cili merah

8 biji Cili padi

10 biji Bawang kecil /merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
6 biji Tomato, potong wedges
1 inci Belacan
Segenggam Ikan Bilis digorerng
2-4 sudu besar gula merah atau melaka
Garam /secukup rasa


Bahan Untuk Nasi


3 cawan beras dibasuh dan ditoskan

3 ulas bawang putih

1 btg Kulit kayu manis

3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit mentega atau marjerin
garam
1 kiub pati ayam
secubit garam
6 cawan air rebusan ayam 


atau


3 cawan Beras dibasuh dan ditoskan

6 cawan Air
2 helai Daun Pandan



Cara-cara


Ayam penyet

1.Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.- paling cepat 2 jam, 
kalau ade kes-kes urgent!

2.Goreng ayam hingga garing dan ketuk apabila telah siap digoreng!

3.Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu..
Setelah perap semalaman, campurkan pula pada tepung beras.digolek-golekan yea..Kemudian-
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal Penyet

1.Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng pula belacan sekejap aje tau.

2.Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng.

3.Kemudian, Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa hancur.Dan masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan,lepas tu masukkan gula merah dan gaul rata, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

Untuk Sup

1.Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi Ayam Penyet
1.Panaskan mentega atau marjerin. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 4-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam Tunggu sehingga menggelegak kemudian bolehlah pindahkan ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa ea..

atau 

1.Masak macam nasi biasa, letak daun pandan sahaja.



Terima Kasih

Komen
2 Komen

2 ulasan:

BukanTaukeBesar berkata...

Terima kasih cef obie
Baik hati nak sharing resepi best
Ni yang buat siapa sahaja akan sayang pada cef obie,semoga cef sentiasa dimurahkan rezeki

Chef Obie berkata...

Most welcome
encik/cik...
Amin

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign