CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 5 Oktober 2013

Resepi Nasi Goreng Kampung

Assalammualaikum wbt,
pejam celik dah hari sabtu...
Hope korang semua..dalam keadaan yang sihat,
ceria... kalau dah ceria tu..ape kate..
kite pi kuar jalan-jalan hari ni..heee
kepada yang free la...
Maklumlah..
ade yang buat majlis kahwin pada hari ni..
ade yang menjemput...kan InsyaAllah pi..
kalau tak free ..abaikan aje,paling tak..
ang pow kirim pun dah kire cun....

Bie bukan nak citer mengenai isu majlis kahwin sebenarnye..
tapi saje nak sharing resepi..
resepi biase-biase tapi confirm sedap!
resepi "nasi goreng kampung"..
bukan ape...malam kelmarin teringin sesangat
nak makan orang lain yang masakan
nasi goreng untuk Bie...
jadi..pi kedai makan ajelah..
MMmmmm. rasa boleh tahan...
Bie pi kedai kat Jaya Jusco Maluri..
Restoran Madam Lim...


RESEPI NASI GORENG KAMPUNG


Bahan 1:

3 cawan beras (cawan rice cooker)
air secukupnya

~ tanak nasi spt
~ gemburkankan dan letakkan dlm dulang / mangkuk dan biarkan sejuk.

Bahan nasi goreng:

kangkung secukupnya ~ dipotong
1 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
7 biji cili padi ~ tambah jika ingin lebih pedas
4 batang Cili Merah
2 biji telur
Belacan
garam
sedikit gula
minyak


Cara Membuat :

1.Ambil sebahagian dari ikan bilis yg digoreng tadi dan tumbuk hingga hancur. Boleh juga jika nak guna pengisar kering.
Kisar bawang putih, belacan , bawang merah dan cili padi separuh dan cili merah.

2.Panaskan minyak ,Masukkan bahan yg dikisar tadi dan tumis hingga garing.

3.Kemudian masukkan telur ( kacau )Masukkan ikan bilis yg ditumbuk/kisar, garam dan sedikit gula.
Masukkan kangkung, nasi dan sebahagian dari ikan bilis tadi.

4.Kacau sehingga mesra dam masak.

5.Hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan keropok ikan.

tapi yang bie makan ni tak beri keropok...bie suggest..tambah keropok ikan dan sambal belacan serta timun...



Sempat juge nak merase dessert... yang penting pemanis ade..
Popiah goreng durian.. memang marbeles rasenye...cukup lemak manis duriannye...
karamel gitu!


Penutup...layan tea o ais limau aje...enjoy..




Terima Kasih

Rabu, 2 Oktober 2013

Perbezaan Masakan India Utara Dan India Selatan


Suka makan masakan India? Masakan India sememangnya begitu popular di seluruh dunia. Tidak hairanlah jika kita boleh menikmati pelbagai jenis masakan India walau di mana jua kita berada kerana terdapat banyak restoran yang menawarkan jenis masakan ini di Malaysia. Masakan India begitu popular disebabkan oleh kehebatan rasa dan keunikan aromanya. Namun, di sebalik keenakkan itu sebenarnya rasanya tidak pernah sama kerana cara masakannya berbeza antara India Utara dan India Selatan.

Hidangan India Utara yang terletak di bahagian Utara India lebih banyak menggunakan hasil tenusu di dalam masakannya seperti susu, paneer, ghee dan dadih. Penggunaan bahan-bahan ini menjadikan hidangannya nampak lebih berkrim, berlemak dan kuahnya lebih pekat.


Manakala, hidangan India Selatan yang terletak di bahagian Selatan India lebih banyak menggunakan kelapa kerana sumber ekonomi di India Selatan khususnya Kerala ialah kelapa. Boleh dikatakan hampir semua jenis masakan India Selatan ada menggunakan kelapa tidak kiralah dalam bentuk santan, kerisik ataupun kelapa parut. Malah, mereka turut menggunakan minyak kelapa dalam menyediakan sesetengah jenis masakan untuk menambahkan lagi kelazatan hidangan yang dimasak.


Masakan India Utara juga terkenal dengan keaslian rasa dan kemewahan masakan diraja sehingga digelar sebagai "Raja Segala Herba" kerana menggunakan pelbagai jenis rempah ratus yang dicampur dan diadun sendiri untuk penjagaan kesihatan yang baik. Antara rempah yang sering digunakan adalah ketumbar, jintan manis, cili kering, kunyit, serbuk cili, kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan garam masala (campuran kisaran jintan manis, lada hitam, bunga cengkih dan buah pelaga).


India Selatan pula kaya dengan hidangan nasi kerana India Selatan sebenarnya bukan sahaja dipenuhi dengan pokok kelapa malah ia juga kaya dengan sawah padi. Sekiranya datang ke India Selatan pasti kita akan merasakan seolah-olah berada di negara sendiri kerana ia menyerupai gambaran perkampungan di negeri Kedah yang mewah dengan sawah dan bendang. Malah, makanan utamanya juga tidak berbeza dengan makanan di negara kita. Perbezaannya adalah kuantiti dan keaslian rempah yang digunakan kerana ia ditanam sendiri. Dan kebiasaanya masakan India Selatan lebih menjurus kepada citarasa pedas dan lemak santan.

Keunikan masakan India ini bukan sahaja dari sudut bahan, penyediaan dan proses memasak makanannya sahaja. Keunikannya juga terletak kepada perkakas yang digunakan untuk memasak. Masyarakat India samada India Utara atau Selatan gemar menggunakan kadhai iaitu bekas yang diperbuat daripada logam untuk memasak. Ia mempunyai bentuk seperti periuk dan mempunyai saiz yang pelbagai untuk memasak hidangan sama ada untuk menggoreng, menumis dan sebagainya.


Selain itu, mereka juga suka menggunakan ketuhar tandoor iaitu ketuhar yang diperbuat daripada tanah bersaiz agak besar untuk memasak. Ia menggunakan arang yang ditempatkan di dalam ketuhar tersebut sebagai agen untuk memasak makanan. Oleh kerana keunikannya, ia memerlukan beberapa teknik memasak yang perlu dipelajari sebelum menggunakannya. Pengendalian yang betul akan dapat memastikan makanan masak sekata, tidak hangus dan sebagainya.

Nyata sekali kelaianan yang ada di dalam dalam penyediaan sajian India Utara dan India Selatan samada dari sudut bahan, penyediaan dan proses memasak makanan telah menjadikannnya unik dan tersendiri.

Kredit :
trymasak
gambar courtesy google image
chefindiancousine

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign