CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Restoran Pelbagai Tema - Western Food, Kopitiam, Nasi Kandar & Berkenaan / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Kelas Masakan Perniagaan Bijak Bisnes Peniaga & Usahawan / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 1 September 2016

Resepi Biskut Raya Tradisional : Biskut Batang Buruk

Kali ini , giliran admin Smallplate Cooking Group S.C.G pula berkongsi resepi,
iaitu Cik Fara dari Sandakan Sabah .Muda lagi tapi amat berminat dengan masak memasak 
walau amatur katanya. Yang penting minat dan suka mencuba sesuatu yang baru.
Cik fara kongsikan Resepi " BISKUT BATANG BURUK "
Bestnye... Hari raya Haji dah nak tiba..apa kata kite cuba pula 
buat biskut tradisional ni...kepada anda yang ingin follow cik fara 
boleh follow di IG - mt_shop & jangan lupa follow juga ig chef_obie_official




RESEPI BISKUT BATANG BURUK

Bahan-bahan

600 gram tepung gandum

300 gram tepung beras
1 biji santan kelapa
600 gram kacang hijau
400 gram gula kisar
3 biji telur
Minyak masak (utk menggoreng)


Cara buat -

biskut batang buruk
Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus, campurkan dengan gula dan ketepikan.Gaul tepung dengan santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli bahan tadi.Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulungkan dan biarkan ditengahnya berlubang. Potong kecil dan goreng hingga kekuningan. Bila dah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau.


Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut batang buruk yang mudah dan juga sedap, semoga perkongsian ini membawa satu manfaat untuk kita semua.


Senangkan resepi yang dikongsikan ..kepada anda yang ingin joint Group Masakan yang dikendalikan oleh chef obie sendiri . Anda boleh request melalui whatsapp - ke 0172260719.


group masakan private dan dibuka ubtuk mereka yang amateur / masih baru dalam dunia masakan , berminat berkongsi resepi , mengeratkan silaturrahim sesama ahli dan yang penting sporting.


Terima Kasih

Resepi Sambal Goreng Jawa mudah dan sedap

Alhamdulillah , walaupun masih baru Group masakan yang chef obie uruskan
( smallplate cooking group S.C.G ) ahli-ahli group amat sporting ,saling bantu membantu dalam 
mencari jawapan dan persoalan yang diutarakan. Perkongsian resepi dan info yang 
mendatangkan kebaikan sesama ahli harus chef puji.

Keistimewaan ahli SCG , setiap resepi yang mereka kongsikan akan chef updated
dalam blog kesayangan chef obie ini.

Resepi ahli SCG pertama yang merasmikan ialah  " RESEPI SAMBAL GORENG JAWA" mudah dan sedap..
Pemilik resepi ini merupakan ketua tukang masak di PAGI PAGI ESPRESSO CAFE ayer keroh , Melaka iaitu
Kak Nora.Bukan calang-calang juga orangnye...mmm Orangnya peramah dan tidak kedekut pula untuk berkongsi bersama-sama 
ahli SCG. Jom kita cuba resepi daripada kak nora...


Resepi Sambal Goreng Jawa🐸

Bahan


Udang kecik 1kilo

Paru-goreng 1/2kilo
Hati lembu-goreng 1/2kilo
Tempe 3keping besar-goreng
Tahu 6keping-goreng sume potong 4segi
20batang Kacang panjang *
10 batang Cili merah*
Seikat Serai*
Sebuku Halia*
5biji Bawang besar*
5 ulas Bawang putih*
**sume bahan td dihiris kemudian goreng kan skli..
Santan kara 1-2kotak kecik
Cili mesin
Air asam jawa/asam keping
Soo hoon..sepeket
Kulit tauhu..dlm tiga keping


Cara Penyediaan ~ 


Tumis cili mesin mskkan udang yg dibuang kulit..smpi garing mskkan santan...air asam jawa ckit..kemudian mskkan sume bahan yg digoreng td biarkan mendidih api perlahan...mskkan garam..gula ..aji...biar ckup rasa...asam garam gula kne balance k...klu nk tmbh rasa asam letak asam keping ckit.masukkan soo hoon n kulit tauhu..kacau selalu smpi santan tu masak...biar dia kering ckit....dh cukup rasa leh tutup api...leh makan ngan nasi ambang k...selamat mencuba✌🏼✌🏼


Senangkan resepi yang dikongsikan ..kepada anda yang ingin joint Group Masakan yang dikendalikan oleh chef obie sendiri . Anda boleh request melalui whatsapp - ke 0172260719.
group masakan private dan dibuka ubtuk mereka yang amateur / masih baru dalam dunia masakan , berminat berkongsi resepi , mengeratkan silaturrahim sesama ahli dan yang penting sporting.






Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign