Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY
Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B
Chef obie tergerak hati untuk berkongsi satu resepi mudah , menarik dan sedap, walau ia bukanlah menu popular rakyat Malaysia tetapi ia pasti memenuhi citarasa tempatan.Kalau tak percaya anda boleh mencubanya...Resepi Air aje..sesuaikan dengan cuaca yang panas sekarang khabarnya akan berlarutan panas sehingga April 2019.
" AIR LIMAU KASTURI ASAM BOI "
Sebelum itu Hentikanlah sebarang Bentuk provokasi yg boleh menyentuh sensiviti agama & perkauman sehingga membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Peliharalah Keharmonian hidup bermasyarakat , Please Jauhilah Api Yang Membakar Kelambu ! Apa yang anda dapat daripada tindakan dan tingkah laku yang tidak bermoral itu ? Kepuasan ? Kebanggaan ? Dipandang Mulia kah ? Menjadi hero Pujaan ? Memecah belahkan hubungan yang selama ini terjalin akrab berbilang bangsa dan agamanya ,Chef yakin tidak satu pun sebenarnya dalam hati rakyat Malaysia sejati bersetuju untuk menghina dan mempermainkan sensiviti agama. , Beringatlah langit tidak selalu cerah , Pasti Pihak berkuasa juga akan menghidu gerakan anda & mengambil tindakan yang tegas terhadap salah laku anda itu.
Berbalik kepada citer dan program chef semalam ,
belah pagi sempat bermeeting sempoi bersama Bro yangbakal pembuka business bakeri. Client mmg puas hati. In Sha Allah akan buka kedai supply bahan bakeri di area Setia Alam.
Kepada sesiapa yg berminat nak jadi pembekal bahan-bahan bakeri boleh hubungi pihak kami.
Berbalik kepada niat chef yang utama untuk berkongsi resepi...jom resepi ada dibawah..simple dan sempoi
Bahan
15 biji Asam Boi 20 biji Limau Kasturi 1 paket Selasih ( tlh direndam air panas ) 8 sdb Madu Lebah 1 cawan Air Panas Coway 1 Liter Air Sejuk Coway Ais Batu secukupnya
Cara Penyediaan :
1. Dlm jug,letak air panas,satukan asam boi,madu,perahan Limau kasturi Dan limaunya,serta Selasih dikacau mesra.
2.Masukkan 1 Liter Air sejuk,Dan ais mengikut keperluan,Siap utk dinikmati...
Segar anak tekak..
Selamat Mencuba..Kepada korang yang mencari KELAS MASAKAN PERNIAGAAN yang terbukti hasilnya, + testimoni kejayaan pelajar selepas mengikuti kelas...
bolehlah korang klik link di bawah KELAS MASAKAN PERNIAGAAN 2019
link di bawah ni chef obie kongsikan filem Teenage Mutant Ninja Turtles 2 ..heeeelayan k!
Chef Obie 2019 : RESEPI AGAR AGAR KELAPA KLASIK @ COCONUT JELLY CLASSIC
Salam Isnin ,
Semalam sempat jugalah chef obie menyediakan satu resepi mudah dan klasik iaitu Agar-agar Kelapa Klasik atau Coconut Jelly Classic, kebetulan ada yang ingin chef buatkan.
Sebelum chef kongsikan resepi ,chef saja ingin kongsikan rutin semalam yang telah selesai pada pukul 5 petang ,Apa lagi mencari lokasi makan yang sederhana berat..tak mau yg heavy-heavysangat than chef terus gerak ke mytown shopping mall. Kiranya untuk terus makan malam...di Suki-Ya ( Japanese Restaurant di My Town KL ) Fees Buffet juga berpatutan Mengikut waktu seperti untuk Lunch Dewasa RM34.80++ ( 1130 pagi hingga 5 Petang ) Manakala untuk Dinner Dewasa RM41.80++
Next time korang yang teringin mencuba menu makan yang baru dan buffet..bolehlah ke Suki-Ya Restauran Di Mytown Shopping Mall dan korang awal-awal dah boleh budget untuk bawa berapa ramai gang kaki makan korang tu ! Sebelum terus ke resepi..chef obie sukacita berkongsi sesuatu yang baik bersama : Di Mulakan Dengan Bismillahir Rahmanir Rahim...
Sekilas dengar macam biasa, Tapi sebenarnya sangat melukakan.Bak kata orang Melayu Kerana Pulut Santan Binasa..Kerana Mulut Badan Binasa !
Kes 1
Seorang teman bertanya, "Berapa gaji kau sebulan kerja Kat Fast Food tu? "
Dia menjawab, "RM700.00 aja.Kalau Ada kerja lebih masa adalah RM900 "
"RM700.00 aja? Sikit gaji kau,boss kau tahu ke hargai keringat usaha kau tu, masuk pagi balik malam ?Cukup ke nak hidup sebulan?"
Sejak itu temanmu itu membenci pada pekerjaannya. lalu dia meminta kenaikan gaji pada majikannya, dan pihak majikan tidak dapat mempertimbangkannya. Kini temanmu tidak lagi bekerja bahkan menjadi penganggur.
Kepada mulut yg bertanya & bagi panas hati temannya itu pasti gembira Kan?Chef Tanya aje..
Kes 2
Saat seorang ibu atau bapa bertanya;
" Rumah kau ni bukankah kecik Dan sempit? Anak-anak kau pun ramai ,Selesa ke korang ni dah macam Sardine dalam tin ..aku tengok "
Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak saat itu mulai dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan pun hilang saat keluarga ini mulai berhutang untuk mendapatkan rumah yang lebih besar...
Korang Rasa,kalau korang Kat tempat si anak tu. Macam Mana yea..mungkin teguran orang tua tu ihklas , walau bagaimana pun korang sendirilah yg ukur baju...dibadan sendiri..steadylah.. InshaAllah rezeki korang pasti Ada pada mereka yg sentiasa berusaha ,istiqomah Dan tawakal kpd Allah.Ada rezeki lebih mampu baru lah Cari rumah yg selesa. Kau doakan aje.. semoga orang tua korang tu sentiasa sihat , lembut hatinya ,manis tutur katanya dan Menjadi contoh kpd anak Dan cucunya..usah membenci orang tua korang..
So sad kalau anda adalah orang tua tu..fikir-fikirkanlah kalau anda Berada ditempat anak korang.
Kes 3
Seorang abang bertanya saat kunjungan seminggu setelah adik perempuannya baru sahaja dapat melahirkan baby baru.
"Hadiah apa yang diberikan suami kau.. setelah engkau melahirkan baby untuknya?"
"Tidak ada." Jawab adiknya pendek.
Abangnya bertanya lagi: "Apakah suami kau fikir kamu ini tidak berharga? Aku selalu memberi hadiah kpd isteriku walau tanpa alasan yang istimewa".
Keesokannya, ketika suaminya lelah pulang dari tempat kerja dan pulang, kelihatan isterinya merajuk dan meminta hadiah. Mereka bertengkar. Sebulan kemudian, antara suami isteri ini terjadi perceraian.
Kerana apa? Kerana kalimah sederhana yang diucapkan seorang abang kepada adik perempuannya.
Kalau korang ditempat suami adik tu..macam Mana rasanya,disebabkan mulut abang ipar kau yg nak menunjukkan bagus dihadapan adiknya..??? Semoga Kita dijauhkan dari isu macam ni..
Kes 4
Seseorang bertanya pada nenek tua itu,
"Berapa kali anakmu mengunjungimu dalam sebulan?"
Si nenek menjawab, "Sebulan sekali".
Yang bertanya membalas balik,
"Wah sungguh keterlaluan sekali anak-anakmu itu. Diusia senjamu ini seharusnya mereka mengunjungimu lebih kerap."
Hati si nenek menjadi sedih padahal awalnya ia amat rela dan memahami situasi anak-anaknya. Maka menjangkakan si nenek dan kesihatannya pun bertambah buruk.
Kalau korang faham apa itu Qada' dan Qadar ( ketentuan Allah ) pasti korang tidak akan mempertikaikan setiap yang berlaku itu..seperti semua contoh diatas..termasuklah korang memerli kawan-kawan yang telah berkahwin beberapa tahun tapi masih tidak mempunyai anak , begitu juga kawan-kawan korang yang hingga kini masih tidak berkahwin.. dan kau boleh pulak kata sebab kurangnya bersedekah penyebab semua itu berlaku ,betapa dangkalnya cara pemikiran korang tu MashaAllah , Sila Beristighfar , sebelum korang teruskan perangai habit berkata seperti itu yang akan memakan diri korang dan penyebab amalan ibadah korang tidak diterima Allah & jangan pula merangkak di akhirat kelak sebab perlu mencari kawan-kawan yang korang bahankan.
Sedar atau tidak kawan-kawan yang kau mengata itu jauh lebih bagus dan hebat hidupnya berbanding diri kau malah kau tahu ke yang kawan kau itu bersedekah lebih dari yang kau fikir? MashaAllah , kawan kau tu humble bab amal ibadah biar Allah sahaja yang tahu bukan untuk di instagramkan atau di facebookkan. Yang jelas kawan kau itu tahu apa ertinya Qada' dan Qadar dan lebih memahami kehidupan dan erti tanggungjawab yang sebenar.
APA SEBENARNYA KEUNTUNGAN KORANG atau YANG KITA DAPAT DENGAN BERTANYA SOALAN-SOALAN BEGITU?
Ada masanya mulut kita perlu ada 'insuran' untuk tidak bertanyakan benda yang dianggap remeh tapi sebenarnya memberi kesan pada kehidupan seseorang..
Diam itu lagi baik...Untung mereka yang BISU sebab tidak terjerat dengan dosa yang tidak disedari ramai orang ini...Terima Kasih kepada yang kongsikan info ini di media, chef obie telah mengubah ayat dan sedikit infonya sesuaikan dengan situasi.
Baiklah..Tiba masanya RESEPI AGAR AGAR KELAPA KLASIK Atau COCONUT JELLY CLASSIC CHEF OBIE
Bahan 1 paket Agar agar Tali ( 20 gm satu paket ) 3 biji Air Kelapa Muda ( 1.6 liter - 1.8 liter ) 500ml Air + Separuh Isi Kelapa dikisar bersama Baki Isi Kelapa Di cincang 1/2 cawan Gula Batu atau Gula Pasir Secubit Garam Cara Penyediaan 1. Didihkan Air bersama isi kelapa yang dikisar + Air Kelapa bersama Agar-agar Tali , masukkan gula dan garam kacau menggunakan whisk, 2.Pastikan kacau konsisten perlahan lahan sehingga Agar-agar larut dan mendidih, biarkan mendidih selama 5 minit sebelum matikan api. 3.Susun bekas yang anda telah pilih untuk COCONUT JELLY . Masukkan baki Sisi Kelapa yang dicincang.
4.Tuangkan agar-agar yang telah dimasak ke dalam bekas .
5.Biarkan sejuk sendiri diluar sebelum simpan didalam peti sejuk. Anda boleh gunakan resepi ini untuk jualan . Boleh gandakan resepi sehingga 10 x. Selamat Mencuba Jangan lupa Follow chef obie di facebook chefobie untold