CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 4 Mac 2019

Chef Obie 2019 : RESEPI AGAR AGAR KELAPA KLASIK @ COCONUT JELLY CLASSIC

Chef Obie 2019 : RESEPI AGAR AGAR KELAPA KLASIK @ COCONUT JELLY CLASSIC 

Salam Isnin ,

Semalam sempat jugalah chef obie menyediakan satu resepi mudah dan klasik iaitu Agar-agar Kelapa Klasik atau Coconut Jelly Classic, kebetulan ada yang ingin chef buatkan.



Sebelum chef kongsikan resepi ,chef saja ingin kongsikan rutin semalam yang telah selesai pada pukul 5 petang  ,Apa lagi mencari lokasi makan yang sederhana berat..tak mau yg heavy-heavysangat than chef terus gerak ke mytown shopping mall. Kiranya untuk terus makan malam...di Suki-Ya ( Japanese Restaurant di My Town KL )
Fees Buffet juga berpatutan Mengikut waktu
seperti untuk Lunch Dewasa RM34.80++ ( 1130 pagi hingga 5 Petang )
Manakala untuk Dinner Dewasa RM41.80++










Next time korang yang teringin mencuba menu makan yang baru dan buffet..bolehlah ke Suki-Ya Restauran Di Mytown Shopping Mall dan korang awal-awal dah boleh budget untuk bawa berapa ramai gang kaki makan korang tu !

Sebelum terus ke resepi..chef obie sukacita berkongsi sesuatu yang baik bersama :
Di Mulakan Dengan Bismillahir Rahmanir Rahim...




Sekilas dengar macam biasa, Tapi sebenarnya sangat melukakan.Bak kata orang Melayu Kerana Pulut Santan Binasa..Kerana Mulut Badan Binasa !

Kes 1

😅Seorang teman bertanya, "Berapa gaji kau sebulan kerja Kat Fast Food tu? "

Dia menjawab, "RM700.00 aja.Kalau Ada kerja lebih masa adalah RM900 "

"RM700.00 aja? Sikit gaji kau,boss kau tahu ke hargai keringat usaha kau tu, masuk pagi balik malam ?Cukup ke nak hidup sebulan?"

Sejak itu temanmu itu membenci pada pekerjaannya. lalu dia meminta kenaikan gaji pada majikannya, dan pihak majikan tidak dapat mempertimbangkannya. Kini temanmu tidak lagi bekerja bahkan menjadi penganggur.

Kepada mulut yg bertanya & bagi panas hati temannya itu pasti gembira Kan?Chef Tanya aje..

Kes 2

😘Saat seorang ibu atau bapa bertanya; 

" Rumah kau ni bukankah kecik Dan sempit? Anak-anak kau pun ramai ,Selesa ke korang ni dah macam Sardine dalam tin ..aku tengok "

Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak saat itu mulai dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan pun hilang saat keluarga ini mulai berhutang untuk mendapatkan rumah yang lebih besar...

Korang Rasa,kalau korang Kat tempat si anak tu. Macam Mana yea..mungkin teguran orang tua tu ihklas , walau bagaimana pun korang sendirilah yg ukur baju...dibadan sendiri..steadylah.. InshaAllah rezeki korang pasti Ada pada mereka yg sentiasa berusaha ,istiqomah Dan tawakal kpd Allah.Ada rezeki lebih mampu baru lah Cari rumah yg selesa. Kau doakan aje.. semoga orang tua korang tu sentiasa sihat , lembut hatinya ,manis tutur katanya dan Menjadi contoh kpd anak Dan cucunya..usah membenci orang tua korang..

So sad kalau anda adalah orang tua tu..fikir-fikirkanlah kalau anda Berada ditempat anak korang.

Kes 3

Seorang abang bertanya saat kunjungan seminggu setelah adik perempuannya baru sahaja dapat melahirkan baby baru.

"Hadiah apa yang diberikan suami kau.. setelah engkau melahirkan baby untuknya?"

"Tidak ada." Jawab adiknya pendek.

Abangnya bertanya lagi: "Apakah suami kau fikir kamu ini tidak berharga? Aku selalu memberi hadiah kpd isteriku walau tanpa alasan yang istimewa".

Keesokannya, ketika suaminya lelah pulang dari tempat kerja dan pulang, kelihatan isterinya merajuk dan meminta hadiah. Mereka bertengkar. Sebulan kemudian, antara suami isteri ini terjadi perceraian.

Kerana apa? Kerana kalimah sederhana yang diucapkan seorang abang kepada adik perempuannya.

Kalau korang ditempat suami adik tu..macam Mana rasanya,disebabkan mulut abang ipar kau yg nak menunjukkan bagus dihadapan adiknya..??? Semoga Kita dijauhkan dari isu macam ni..

Kes 4

Seseorang bertanya pada nenek tua itu,

"Berapa kali anakmu mengunjungimu dalam sebulan?" 

Si nenek menjawab, "Sebulan sekali". 

Yang bertanya membalas balik,

"Wah sungguh keterlaluan sekali anak-anakmu itu. Diusia senjamu ini seharusnya mereka mengunjungimu lebih kerap."

Hati si nenek menjadi sedih padahal awalnya ia amat rela dan memahami situasi anak-anaknya. Maka menjangkakan si nenek dan kesihatannya pun bertambah buruk.

Kalau korang faham apa itu Qada' dan Qadar ( ketentuan Allah ) pasti korang tidak akan mempertikaikan setiap yang berlaku itu..seperti semua contoh diatas..termasuklah korang memerli kawan-kawan yang telah berkahwin beberapa tahun tapi masih tidak mempunyai anak , begitu juga kawan-kawan korang yang hingga kini masih tidak berkahwin.. dan kau boleh pulak kata sebab kurangnya bersedekah penyebab semua itu berlaku , betapa dangkalnya cara pemikiran korang tu MashaAllah , Sila Beristighfar , sebelum korang teruskan perangai habit berkata seperti itu yang akan memakan diri korang dan penyebab amalan ibadah korang tidak diterima Allah & jangan pula merangkak di akhirat kelak sebab perlu mencari kawan-kawan yang korang bahankan.

Sedar atau tidak  kawan-kawan yang kau mengata itu jauh lebih bagus dan hebat hidupnya berbanding diri kau malah kau tahu ke yang kawan kau itu bersedekah lebih dari yang kau fikir? MashaAllah , kawan kau tu humble bab amal ibadah biar Allah sahaja yang tahu bukan untuk di instagramkan atau di facebookkan.

Yang jelas kawan kau itu tahu apa ertinya Qada' dan Qadar dan lebih memahami kehidupan dan erti tanggungjawab yang sebenar.

APA SEBENARNYA KEUNTUNGAN KORANG atau YANG KITA DAPAT DENGAN BERTANYA SOALAN-SOALAN BEGITU?

Ada masanya mulut kita perlu ada 'insuran' untuk tidak bertanyakan benda yang dianggap remeh tapi sebenarnya memberi kesan pada kehidupan seseorang..

Diam itu lagi baik...Untung mereka yang BISU sebab tidak terjerat dengan dosa yang tidak disedari ramai orang ini...Terima Kasih kepada yang kongsikan info ini di media, chef obie telah mengubah ayat dan sedikit infonya sesuaikan dengan situasi.

Baiklah..Tiba masanya RESEPI AGAR AGAR KELAPA KLASIK Atau COCONUT JELLY CLASSIC CHEF OBIE



Bahan

1 paket Agar agar Tali ( 20 gm satu paket )
3 biji Air Kelapa Muda ( 1.6 liter - 1.8 liter )
500ml  Air + Separuh Isi Kelapa dikisar bersama
Baki Isi Kelapa Di cincang
1/2 cawan Gula Batu atau Gula Pasir
Secubit Garam

Cara Penyediaan 

1. Didihkan Air bersama isi kelapa yang dikisar + Air Kelapa bersama Agar-agar Tali , masukkan gula dan garam kacau menggunakan whisk, 

2.Pastikan kacau konsisten perlahan lahan sehingga Agar-agar larut dan mendidih, biarkan mendidih selama 5 minit sebelum matikan api.

3.Susun bekas yang anda telah pilih untuk COCONUT JELLY . Masukkan baki Sisi Kelapa yang dicincang.



4.Tuangkan agar-agar yang telah dimasak ke dalam bekas .



5.Biarkan sejuk sendiri diluar sebelum simpan didalam peti sejuk. Anda boleh gunakan resepi ini untuk jualan . Boleh gandakan resepi sehingga 10 x. Selamat Mencuba

Jangan lupa Follow chef obie di facebook chefobie untold






Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign