CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Restoran Pelbagai Tema - Western Food, Kopitiam, Nasi Kandar & Berkenaan / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Kelas Masakan Perniagaan Bijak Bisnes Peniaga & Usahawan / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Ahad, 26 April 2020

StayAtHome Salam Ramadhan 3 : RESEPI ULUNDHU VADAI - Chef Obie

#StayAtHome Salam Ramadhan 3

Chef Obie sharekan " RESEPI ULUNDHU VADAI " Cara mudah yang Penting sedap, chef suka layan bersama Dalcha ,Sebarang jenis chutney utk Tosai , Kari & Sambal Tumis kalian Pula pasti Ade citarasa sendiri Juga Kan apa pun ia antara menu Rakyat Malaysia yang berbilang kaum . Semoga bermanfaat .

B Lejen B Bold B Kondipen Ai Laik
" RESEPI ULUNDHU VADAI - Chef Obie "

Bahan
250 gm Ulundhu Dhal ( rendamkan dgn air bersih 4-5 jam )
4 sdb Tepung Beras
1 sdt Soda Bicarbonate
3/4 sdm Garam ( boleh kurangkan atau lebihkan sedikit )
1/2 Serbuk Pati Ayam / msg ( jika korang suka , chef Tak suke )
3-4 btg Cili Kering digunting halus
1 biji Bawang Merah dimayang halus
1/2 sdt Jintan Manis
Secubit Jintan Putih
Daun Kari Secukupnya ( suka korang boleh letak lebih )
Hampir suku cawan Air panas didih
Minyak Masak SAJI Secukupnya
Cara Penyediaan

1. Setelah direndam Ulundhu Dhal Menjadi lembut. Cuci bersih diulang sekali lagi cuci bersih Tau , kemudian kisar seperti Dalam gambar Menjadi seakan PES. Elakkan letak air. Kalau korang Rasa Azab Masa kisar ,sesudu air tu boleh aje letak utk sekali blender anggap korang dah derhaka ðŸ¤£,nanti korang juge yg susah sbb adunan Akan lembik.


2. Masukkan ke semua bahan ke dlm Ulundhu Dhal yg telah dikisar . Gaul sebati.


3. Masukkan air panas kacau lagi Dan rehat Kan sebentar adunan Ulundhu dhal ini sebelum dibentukkan seakan donut dan digoreng. Rehat 5-10 minit.

4.Panaskan Minyak api sederhana atau kecil untuk baru pestaim Buat..jgn lah API besar sangat , karang rentung korang sibuk pulak nak post kt Masak apa tak jadi Hari ni ðŸ¤£ðŸ¤£ðŸ¤£,
Pastikan Tangan diminyakkan sedikit ,adunan seakan PES kental bukan Macam doh roti okay..jadi tapak Tangan diminyak sedikit ,ambil sekepal adunan bentukkanlah seakan Dunkin donut dgn Kasih sayang korang yg masih Ada tu ditelapak Tangan.( Dua Belah Tangan tu diminyakkan )


5.Gorengkanlah Ulundhu Vadai satu persatu , lakukan sehingga selesai. Bolak balikkan Dan Goreng hingga kuning keemasan.


7. InshaAllah Akan okay kejadian Dan nikmatilah hidangan menu ini Dengan pelbagai Jenis Kari Dan apa sahaja yang boleh menepati citarasa korang.


Jangan Lupe sharingkan resepi ini kepada yang lain , Selamat Mencuba Dan Follow Page : BAZAAR CHEF OBIE , Kepada warga Ampang , yang belum menikmati hidangan PES Sambal Tumis Ori Jin Keluaran  MGJ CONSULTANCY , 


Korang boleh dapatkan dengan hubungi melalui whatsapp
Ketika ini kami menghantar area Ampang , Alhamdulilah kepercayaan diberi cukup bagus. 
PES Sambal Tumis Ori Jin dimasak dengan api kecil dengan masa yang lama dalam Kuali kawah . Penyediaan menggunakan bahan-bahan terbaik dan memenuhi citarasa penggemar Sambal Tumis , 

Enak juga di makan begitu sahaja ,
Boleh juga di jadikan Sambal Tumis Bilis ,
Sambal Tumis Udang Petai 
Sambal Tumis Sotong 
Sambal telu , Sambal Ayam dana sebagainya... Yang utama sedap ! Ia mudah dan cepat untuk dihidangkan. Semudah A , B dan C


  
SAMBAL TUMIS ORI JIN 
1 Paket Berat 200 gm Hanya RM5.00 
Ya , 200 gm ini memudahkan kerja anda didapur , mempercepatkan proses memasak , dan memenuhi selera anda ! InshaAllah.

Kami menggunakan SERVICE RUNNER terus ke lokasi anda dan juga boleh SELF PICKUP , Lokasi Kami di Bandar Baru Ampang. 

Tiada Minimum Order 

Whatsapp PES Sambal Tumis Ori Jin




Sedap Itu Universal - PES Sambal Tumis Ori Jin 



Terima Kasih

Terima Kasih

Sabtu, 25 April 2020

#StayAtHome Salam Ramadhan 1441 Hijrah ( 2 ) : RESEPI KARIPAP PUSING CHEF OBIE

#StayAtHome Salam Ramadhan 1441 Hijrah ( 2 )
RESEPI KARIPAP PUSING CHEF OBIE
Perkongsian ini Daripada chef Obie , sebelum ni Untuk warga kg Pasir Segambut Kuala Lumpur yg ramah tamah Sempoi melayan chef...Hari Ini Untuk semua..boleh sharingkan & guna pakai resepi sebaiknya.

(KULIT LUAR)
Doh Minyak:- 350gm tepung gandum
30gm marjerin/ minyak masak
air ais+garam

Cara Penyediaan
1.satukan dan Gaulkan tepung bersama marjerin.
2.Kemudian, masukkan air dan garam sedikit demi sedikit.
3.Uli menjadi doh. agak2 kalau keras boleh ditambah air, kalau lembut sangat tambah tepung sikit 

(KULIT DALAM)
Doh Marjerin:- 150gm tepung gandum+2sb tepung jagung
100gm marjerin

Cara Penyediaan
1.Tepung dan marjerin digaul sebati hingga jadi doh,
2.Jika doh keras boleh tambah marjerin,jika lembut sangat tambah tepung sedikit.
3.kemudian, Doh bahagian dalam dibuat bebola kecil, kemudian balutkan dengan doh bahagian luar. Buat sehingga habis ***Boleh double kan resepi





4.Canaikan doh tersebut memanjang perlahan-lahan jangan sampai terkoyak , boleh taburkan sedikit tepung ,macam renjis-renjis shj jgn terlebih nanti keras. Kemudia gulungkan doh tersebut, potong 1 inci demi 1 inci sehingga selesai .

5.Canaikan doh yang telah dipotong , masukkan inti pilihan dan kelim doh menjadi karipap pusing, susun karipap pusing atas loyang sehingga siap , simpan sebentar dlm esbok @ peti sejuk kata orang johor...than selepas 30 minit boleh lah goreng dengan minyak .


Bahan Inti
1.5 kg Ubi Kentang potong dadu ( Goreng asingkan )
500gm Keledek potong dadu ( Goreng asingkan )
PES inti Epok-epok
4 biji Bawang Merah dikisar
1 biji Bawang Merah dimayang
5 biji Shallot @ Bawang kecil dikisar
2 ulas Bawang Putih kisar
1 inci Halia tua kisar
5-7 btg Cili API Merah dihiris
5 sdb Rempah Kari Ikan
1 sdt Serbuk kunyit
1 tin Sardine kecil
2 sdb Udang Kering (rendam seb ntar )
6 sdb gula pasir
1 sdb Garam
(Jika anda ingin menambah lagi perasa dgn menggunakan Serbuk stok ayam atau msg itu terpulang)
3/4 cawan Minyak Masak

Cara Penyediaan :


1.Panaskan Minyak,masukkan Bawang yg dimayang tumis sebentar, kemudian semua bahan kisar,kacau mesra sehingga pecah minyak,giliran rempah Kari Dan Serbuk Kunyit.
2.Kemudian,Cili API ,udang kering dan sardine,kacau hingga mendidih,masukkan gula Dan Garam **jika and ingin tambah lagi perasa itu terpulang.kacau hingga pecah minyak.
3.Masukkan Ubi Kentang & keledek yg tlh digoreng asing tadi.Kacau mesra dgn PES ini.Matikan api,biar sejuk diluar pada suhu bilik sebelum digunakan.





TEMPAHAN LUKISAN POTRAIT 

Kepada yang menyukai hasil lukisan tangan potrait dan kreativiti pengunaan watercolour eksklusif boleh hubungi Pihak Chef Obie.Lukisan dilukis oleh Chef Obie Sendiri. 

Hubungi MGJ CONSULTANCY
http://www.wasap.my/60169166010 PA Nesa Intan Payung










Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign