CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 8 Jun 2013

Resepi Candy Kelapa



Chef obie teringat masa menjadi budak-budak dulu..
bila masa hari raya puasa..
masa tu kalau beraya di kanchong darat ,Banting..
Masa raya nilah baru senang jumpa candy kelapa...
ada macam-macam warnanya... merah, hijau..dan kuning...
korang mesti ingat jugak kan...
kali ni chef obie berkongsi resepinya...
selamat mencuba...
gunalah resepi ni..boleh buat masa raya tahun ni..
meriah gitu....

CANDY KELAPA (PANDAN)




Bahan-bahan

2 biji kelapa parut

kelapa muda lagi baik

2 tin susu pekat ( tak kisah jenama apa pun )

380gm gula pasir

3 sudu besar margarine atau mentega ( orang dulu tak guna mentega@butter )

pewarna merah/hijau/kuning

3 helai daun pandan dicarik dan dsimpul

Periuk



Cara-caranya :

1-Sangai sebentar kelapa dalam kuali kiranya menggoreng tanpa minyak ( hingga hampir kering, jangan sampai kering karang jadi kerisik pulak )

2- kemudian,Pindahkan kedalam periuk yang lebih besar dan tebal

3-Campur semua bahan yang lain dan masak
perlu kacau sentiasa atas api yang perlahan (pastikan jangan sampai ada yang hangit )

4-Apabila gula telah cair dan menggelegak ( korang perlu berhati-hati part ni,sebab air gula yang panas ini percik tau..)

5-Kacau adunan sehingga adunan tidak melekat pada periuk.
( adunan berkumpul di bahagian tengah )


Akhir sekali bubuh pewarna ( bahagikan 3 bahagian )

Matikanlah api, dan masukkan margarine / mentega kacau rata
masukkan k dalam acuan lebar 12 x 12 atau lagi besar lagi eloklah..
chef obie sarankan..sebab kite akan tekan dan ratakan pastikan
tebal 1/2 inci

Kemudian cooling..ea..sejuuukkan.

Senangkan... kemudian bolehlah potong mengikut saiz yang
korang suke,... peace...


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign